Gua, lu dan mereka semua adalah hamba.. kecuali Dia.
K/K ; entry paling pendek pernah gua tulis, amacam? Stylo tak?
25 April 2009
19 April 2009
Penternak AyAM !
Saat ini masihkan lu orang bersenang-senang melihat waktu berlalu pergi, atau lu mcm cacing kepanasan? Merasa panasnya bumi dan makin meruap ruap membahang? Jika lu rasa senang, itu bagus? mungkin benar lu sudah memang bisa bersenang senang seenaknya. Tapi, jika lu rasa panas dan meruap ruap.. itu juga bagus? bagus kerana lu belum selesa dan makanya cubalah cari kenapa lu tidak bersenang senang macam orang orang yang telah selayaknya bersenang.
Tika dan saat ini dimana lu merasakan diri lu, dimana tempat lu. Adakah berada ditempat yang lu mahu tempatkan diri, atau diri lu berada di tempat yang selesa agar lu boleh merasa selesa. Dalam erti kata yang mudah gua ingin bertanya.
ADAKAH LU SUDAH BERJAYA?
Alhamdullilah jika sudah.. dan insyaallah jika masih berusaha.
Klise dilihat kejayaan kita dan kita bila sudah memiliki apa yang dinamakan kehidupan yang nyata. Maksud gua lu ditafsir berjaya bila berkerjaya yang bagus dan bergaji lebat macam pohon mempelam belakang rumah opah gua. Lu balik kampung berhari raya dengan kereta terbaru buatan Malaysia ataupun luar negara. Tiap bulan dalam akuan tersedia menanti not not besar, not not buat meneruskan kelangsungan hidup.
Berjaya.. memang berjaya.. pandai mencari cari dimana ada ruang dan peluang.
Tapi dari otak kecil yang kotor ini gua melihat api! Api dalam diri gua!
Gua keras nyatakan bahawa BERJAYA bagi gua apabila lu BERJAYA capai apa yang lu nak capai!
Lu impikan kerjaya sebagai seorang guru.. dan kini lu megah dilihat sebagai Pegawai perhubungan awam sebuah agensi swasta. Bagi gua lu tidak berjaya. Apa yang lu mahu gemgam.. terlepas dan terburai.. apa yang lu impikan menjadi sirna bila dikejutkan dengan lampu kalimantang.
Jika ayah saudara gua bercita cita hendak kelaut selepas habis sekolah menengah dulu. Dan kini dia benar benar menjadi nelayan. Maka dia berjaya pada gua. Berjaya dalam impiannnya.
Kebendaan dan kemewahan bukan lambang keberjayaan. Itu bagi gua. Lambang keberjayaan bila gua percaya pada diri dan suatu hari nanti gua capai apa yang gua cita citakan.
Bukan mohon masuk maktab bila semua firma guaman dipenuhi tenaga yang tangkas dan pantas. Bukan menternak lintah bila semua syarikat syarikat gergasi tidak mahu mengambil pakar pemasaran baru kerana pakar yang ada tak mahu mahu pencen.
Itu gua tafsirkan sebagai senang, selesa dan stabil.
Tapi berjaya pada gua bila lu bisa memenuhi apa cita cita hakiki lu.
Apa lu mahu lakukan, dan lakukan.. dan apa lu mahu capai dan bisa capainya.
Jika impian gua seorang peniaga pasar malam.. dan esok gua berniaga di pasar malam.
Itu BERJAYA.
kalau lu nak jadi penternak ayam, tetibe lak lu jadi Perdana Menteri Malaysia!
Lu GAGAL!
K/K ; Susah gua nak terangkan apa definisi kejayaan pada gua.. Harap boleh faham kot melalui tulisan berserabut ni.

16 April 2009
Intro Mimpi 2 "MISTIK DAN AKUSTIK"
Sedikit kisah perancangan yang bermain di minda. "MALAM" anjuran Paradoks akan meneruskan pemberontakan dan berkemungkinan menjadi "MiMPi" serta direalisasikan dalam bulan Julai atau selewatnya awal bulan Ogos.
Gua Taksud untuk menjadikan "MISTIK DAN AKUSTIK" sebagai Tema MIMPI kali ini, dan disuntik elemen TEATER lebih mendalam lagi seperti Dekon, Monodrama, dan Muzik.
Dan tidak ketinggalan persembahan seperti DEKON dan MONODRAMA berkisar perihal Alam Ghaib mengikut citarasa, jika melencong pun takda hal,, janji ada sangkut sikit sikit.
Jika ada sesiapa kenal otai otai yang boleh berbicara Soal Hantu dan Alam Ghaib anjurkan pada gua untuk menjadi tetamu bual bicara pada malam tersebut.
Buat masa ini, tempat masih dalam perbincangan dan budget sedang diusahakan. Jika ada pihak berminat untuk memberi sebarang bentuk sumbangan amat dialu alukan.

11 April 2009
KJ ada yang itu dan ini
Ada sesuatu yang aku lihat ada pada KJ ada pada org lain, dan juga sesuatu yang ada pada KJ tapi tidak ada pada orang lain. Yang tidak ada pada orang lain itu yang menjadikan dia seorang KJ. Kenapa mereka tidak suka pada KJ, kerana pada aku dia ada apa yang orang lain itu tidak ada maka KJ itu merbahaya pada mereka, mereka dan mereka. Jadi jawapan anda?
06 April 2009
"Erm... Buah Langsat Kuning Mencelah"
Dalam sebuah kamar ruang beradu, sepasang suami isteri resah gelisah, si suami nak dipeluk cium sang isteri terasa tidak enak dan terlalu mual ketika ini. Si isteri, suami di sebelah nak didakap terasa semacam rimas menyelinap rasa. Biar,, biar fikiran alun beralun, tingkah bertingkah kerana hanya kesenyapan yang meribut makin meracau racau digejolak rasa. Ini bukan sebuah kamar mewah dengan meja solek antik kayu jati kilat bervarnis. Ini bukan kamar mewah punya tingkap sliding yang ditarik ditolak. Ini bukan Kamar mewah yang punya ruang mandi sendiri apatah lagi besen marmar besar enak beremdam badan di air panas. Ini hanya sebuah bilik sempit dengan meja dari habuk kayu tempat meletak cermin muka sebesar penumbuk dan bedak kompak jenama Avon serta bedak batu gambar perempuan Jepun memakai Kimono, dan tingkap cermin berjeriji....disamping dua bilah cermin telah pecah menyebabkan udara menerobos dari ruang yang terdedah. Ini adalah rumah Flat bawah 40 ribu ringit seunit.
Dalam ruang yang kelam,, sejalur cahaya kuning dari spotlight jalan menujah masuk menyamarkan keadaan dan menjamah otak yang kekuningan. Seketika lolongan anjing di luar dan dibawah dibawa masuk sekawan angin yang hanya mencari dimana ruang kosong udara.
Didalam kepala hotak berjambul sang suami yang siang tadi penah memerah keringat di kilang besi hanya satu...duit, duit, duit, duit, duit, duit. Dimana nak dicari duit untuk diberi kepada pemilik duit. Untuk diberi kepada orang yang menjual duit.
Awal tahun yang lalu sedikit kelegaan terasa mengalir di urat urat kepala. Yuran sekolah, yuran PIBG dan yuran peperiksaan anak pertama, kedua, ketiga berjaya dilunaskan. Along, Angah dan Ucu gembira dihari pertama persekolahan dengan Baju putih baru dari Jenama "Canggih"... dan kasut putih baru berjenama "Batak". Angah pulak seminggu bersekolah teruja dilantik jadi pengawas perpustakaan, maka baju kemeja berwarna pink ditempah dari kedai Jahit "Tai Ku Cing" yang mengesyorkan fatrib lembut. Baru la smart bile nak susun buku, takpun meletak jari di bibir tatkala Cikgu Rahim gelak gamat mengorat pembantu pustakawan yang ramping berkebaya itu. Dalam beg sekolah masing masing dilengkapi perkakas menulis baru. Along mahukan sebuah set geogmetri, Angah meminta Kakulator Saintifik, Ucu nak sekotak Buncho dan berus mewarna dari bulu kuning dan lembut. Kata Cikgu Nuri itu bulu babi, lepas guna kalau nak cuci, nak lap tangan kene lapik dengan kain, tapi kata Cikgu Nuri lagi, berus bulu babi paling sesuai nak membuat catan kerana kualitinya. Anak nak sekolah, nak belajar... tanggungjawab dia untuk memenuhi keperluan mereka.
Lepas tolak belanja persekolahan, masih lega lagi untuk membayar bayaran tertunggak Kancil 650 warna merah. Lega, lega dan lega.
Mujur ada syarikat pemberi pinjam wang "Kita Saudara" yang sudi menolong. Nak harapkan Bank Orang Ramai, banyak sangat songehnye. Borang itu borang ini, naik sana naik sini, masuk sana masuk sini, datang esok datang hari ini. Pinjam sama Abang Yang Sulung, habis cerita.
Ermmm... adik angkat Abang Sulung datang bagi salam semalam. Katanya Abang Sulung nak mintak benih bunga sikit,,, nak mintak benih bunga dengan pasu bekas bunga. Sebab dah lama tanam, takkan tak subur subur lagi kot. Siram hari hari tak?
Ermmm..patutla layu...
Kalau tak berbunga jugak, terpaksa dicantas pohonnya...biar tumbuh yang baru..
Biar tumbuh yang lebih segar dan cantik kelopaknya.
Mana nak cari bunga ni..? Entahlah...benih dah habis dimakan Helang.
Dalam kepala hotak si isteri nak kata apa?
Telebesen plasma tokey kedai elektronik tu pinjam kejap.
Mesin Basuh tu pulak tumpang letak kat kedai jugak.. sempit rumah kot.
Ermmmmm...
Kereta Kancil merah tu, semalam ada dua orang badan besar datang pinjam.
Nasib baik ada sikit sikit main kutu dengan Kak leha, Kak Yati dan kakak kakak yang gempal gempal kat blok ni. Dapat jugak beli beras petang tadi..beli telur satu sangkar..beli sardin King Cup 6 tin. lepas la makan malam dengan makan tengahari dua minggu ni. Ada la lebih buat Along, Angah dengan Ucu belanja sekolah. Buat Suami beli tembakau nak gulung rokok nanti..
Tapi nanti...mana nak kutip benih nak bagi bunga dengan pasu dekat Abang Sulung..
Nak mintak balik kancil 650 yang abang badan besar tu pinjam.
Nak bawak balik telebesen plasma dengan mesin basuh..
Sewa rumah? tuan rumah kata dah 3 bulan die menanti buah tak gugur..
Takkan bulan ke4 tanak gugur jugak kot? mau muntah darah.
"Beginilah, kalau nampaknya hujung bulan ni(esok) tak ada hasil jugak. Saya harap awak gugurlah. Kebun inipun boleh ditanam buah lain".
Itu ini sana sini, deru otak makin meligat..
Itu ini sana sini, tempurung kepala seakan meretak..
meretak..meretak.. makin besar dan merekah...
dan rekahan mengalir derita merah...sakit...sakit..sakit lagi..sakit sungguh..
makin sakit, sakit membelit, membelit belit dan.. tik..tik..tik..tik..tik..
beberapa detik sahaja akan berderai..

02 April 2009
"Pagi Yang Sakit"
Pagi hadir lagi seperti biasa, rutin kewajipan yang tak pernah dilalaikan. Di kota metropolitan ini gauman deru enjin dan hon motokar menyambut kehadiran pagi, sama seperti kokokan ayam jantan di kampung dan kicauan ungas di hutan banat. Cuma bezanya didaerah ini udara bukan lagi sesegar seperti di daerah yang penuh menghijau. Asap berkepul hitam dari corong bontot bas bas kilang terpaksa enak dimamah disedut untuk mencari ruang bernafas, biar sesak namun hanya itu udara yang dikongsi bersama.
Pagi tidak lagi sesegar daerah hijau, tidak sesejuk daerah hijau dan tidak seharmoni daerah hijau. Jika jerubu itu satu kecelakaan. Tidak seperti jerubu didaerah hijau yang gua diami suatu ketika dulu. Jika jerubu di kota ini, lu orang, lu orang, dan lu orang serta gua akan menekupkan hidung dan mulut dengan topeng putih melemaskan.
Disebarang jalan sebelah perhentian bas sebelah sana gua boleh nampak ada satu kakak gendong anak berbungkus baju pink. Anak pompuan pada penafsiran gua kerana akal dan minda bangsa gua dan bangsa moden sekarang pink adalah perempuan dan perempuan itu pink. Heh, ntah siapa yang mulakan gua pun tak tau, padahal mengikut pembacaan gua pink suatu ketika dulu adalah kepunyaan lelaki atau lebih tepat kepunyaan para pahlawan. Tapi ntah macam mana, sekarang ni dah bertukar. Patut pompuan pompuan sekarang ni kadang2 buat gua kompius. Kompius? Ye la kompius!
Tapi apa yang pasti anak ni diusia masih hijau tidak merasa nikmat segar udara hijau.
Baru sekejap tadi bas kilang berbadan biru lalu sambil memberakkan najis hitam dari duburnya. Sekejap busuk hitam ruang nafas menyelimuti kakak itu. Ditepis tepis ruang udara yang melingkarinya, ditepis namun dimamah jua.
Gua yang sedari tadi enak tersandar di Restoran Mamak Ghulam bingkas bangun. Beberapa keping not kecil biru gua hulur kepada Mamak berkepala botak yang asyik leka mengorek telinga dengan pencungkil gigi. Jangan die letak balik pencungkil gigi tu kat bekas balik sudah. Dan bakinya beberapa keping duit siling bernombor 20.
Keluar dari kedai, gua tiada hala tuju. Nak kanan tak ada cerita, nak kekiri tak ada cerita. Seluk tangan kanan dalam poket seluar kanan, gua raba raba ada satu benda rasa kotak kotak. Tarik keluar kotak putih, bukak kotak putih tarik sebatang batang putih berline hijau. Tutup kotak putih tangan kanan masuk dalam kocek seluar kanan. Tangan kiri ligat menggagau kocek seluar kiri, keluar batang separa bulat putih, gesek tengah tekan tepi keluar api, lepas tekan tepi api padam.
Hujung batang putih sudah nyala nyala.. tangan kiri seluk poket seluar kiri, lepas batang putih separa bulat. Sedut dalam dalam batang putih, batang putih makin rancak terbakar. Keluar dari mulut batang putih, sedut lagi..... keluar asap berbunga bunga. Asap berbungan bunga bentuk lingkaran awangan di kepala. Asap berbunga bunga sedikit terkena mata. Mata pedih pedih, mata pejam pejam.
Langkah segera hala kekanan, begitulah hukum yang seeloknya. Mulakan sesuatu dari kanan dan mulakan dengan lafaz bismillahhirohmannirrahim. Moga moga kota metropolitan yang semakin sakit dan tenat ini masih mampu bertahan dengan kerenah anai anai kecil ini. Mampu bertahan bagai ibu sabar dengan perangai anaknya yang macam cilanat. Dan moga kota Metropolitan ini masih ada ruang untuk orang macam gua, macam gua dan macam gua merasa makan roti canai esok pagi lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)