Gua ucapkan berbanyak terima kasih kat lu orang lu orang semua yang datang event gua semalam. Penghargaan gua kepada semua yang sudi mempersembahkan sesuatu yang lu orang boleh lakukan, dan penghargaan gua kepada semua yang sudi hadir memeriahkan suasana.
Dengan rendah diri gua mohon maaf pada lu orang semua jika terdapatnya ketidakpuashatian mungkin perihal ketidakselesaan tempat ke, makanan ke, layanan ke, dan ke. Sesungguhnya masih banyak kekurangan dan kelemahan.
Namun kehadiran lu orang semua memberi semangat untuk kami menganjurkan majlis kecil yang kedua selepas ini.
Harap lu orang tak serik dan sudi datang lagi.
Terima kasih Tulus Iklas Dari kami.....
(Insyaallah gua akan turun kan gambar2 sekitar majlis kecil sedikit masa nanti)
Dan kepada orang yang mengusahan majlis ini serta mensponsor moga Allah sahaja dapat membalas kemurahan hati kalian.
29 March 2009
22 March 2009
Earth Hour (Malam Puisi dan Akustik)

Gua dengan rendah diri menjemput lu orang ke majlis ini, jika anda berminat untuk membuat persembahan puisi atau berakustik ia amat dialu alukan, sebuah perjumpaan di ruang tamu rumah, sama bersila. Dan suarakan ketidakpuashatian anda. sila hubungi gua (012-6293327) atau tinggalkan mesej di blog ini. Kehadiran perlu dimaklumkan.
18 March 2009
Fatimah Juga Senyum
Fatimah tersandar di sofa mahal dari kain baldu biru tua buatan tempatan. Pelanggan di luar rancak bercerita dan menari. Ada yang separuh sedar dan ada yang mabuk sepenuhnya. Ruang kaberet sederhana besar dipenuhi lelaki lelaki kelas pertengahan dan atasan. Dan hanya beberapa orang lelaki yang berkumpul sesama lelaki sahaja, selebihnya asyik diulit dan mengulit para pelayan kaberet. Irama segar Kisah Dan Tauladan didendang oleh ahli kugiran muda berkot dan berkaca mata.
Segelas scoth diteguk Fatimah, rasa yang telah sebati dengan lidah merah melekat di keronkong. Gelas putih tinggi diletakkan bersebelah bekas abu rokok, di meja penuh bersepah dengan gelas gelas lain bersisa air kuning dan jernih nikmat. Sebentar tadi bilik ini penuh dengan lelaki tua berperut buncit. Kini semua telah usai dan dalam beberapa ketika sahaja lagi pesta akan segera berakhir.
Gema diluar mulai menyepi, pasti kugiran telah berkemas dan pelanggan mulai terhoyong hayang keluar pintu. Linda bermalas di sofa lembut, seluruh urat dibadan dirasakan tegang. Letih melayan gendut gendut lelaki miang sebentar tadi, disuruh menari, diajak berpeluk tangan merayap ke pangkal peha dan jenuh diriba riba.
Sudah berpuluh dan mungkin beratus lelaki telah dilayannya, dari yang kaya berduit lebat sebemban, berpoket ala kadar, dan hanya lepas paras hidung telah diberi merasa panas gebu tubuh montoknya. Semua dilayan tidak mengira tua, muda hatta ingin pertama kali megecap nikmat gunung Himalaya sekalipun, semuanya dilayan kerana disitu ada kelangsungan untuk meneruskan hidup. Namun sekali sekala meloya juga tekak apabila berlaga laga dengan kulit bersisik atau kulit hamis berhancing keringat.
Sejak Hassan menghilangkan diri, dia bersusah payah membesarkan Linda, kuih penah dijaja keserata kota kuala lumpur, dapat juga mengisi perut. Jalis lelaki budiman yang dikenali ketika menjaja hadir bagai memberi sinar buat Fatimah menyuluh jalan liku berkelam. Lelaki itu tempat mengadu apabila dijemuh jiran sekampung, dan lelaki itu juga teman berhibur menonton filem filem terbaru lakonan Latifah Omar di panggung Rex.
Pelawaan kerja di kaberet oleh Jalis difikir ragu berkali kali oleh Fatimah. Namun Jalis bijak memancing, hanya sekadar menghantar minuman dan mengemas meja yakinnya.
Namun beberapa ketika bekerja di Kaberet Irama Malam Fatimah mulai berani dan nekad, kerja disitu saja sudah dipandang jahat oleh mata mata sekalian, maka biarlah jahat sepenuhnya dan Jalis adalah lelaki pertama yang dilayari nafsunya tanpa pernikahan.
Dan sejak itu, noktah tidak bertemu lagi....
Tauke Meng masuk kebilik, tajam mata memanah tepat ke mata Fatimah..
"itu Incik Rashid ada tunggu luar ar, ini malam lu pegi ikut sama dia, wa sudah janji"
Fatimah diam,,tidak berkata... lemah dia menghayun kaki ke ruang Bar.. Disitu menanti Incik Rashid Lelaki separuh umur tersenyum manis kepadnya.
Fatimah menghala ke lelaki sedang berghairah itu.....sekurang kurangnya yuran pengajian Linda di Kolej dapat dilangsaikan esok.... Fatimah senyum... senyum juga kepada Incik Rashid.

15 March 2009
Terbalik?
Walaupun dilihat secara lahiriah gua bukan seperti seorang Lelaki yang bersih berkupiah, malah sering diangap kutu juga dipersoal adakah pekerja kontrak binaan di intitusi ini, dan tidak juga dilihat bagai seorang pengamal ajaran islam yang baik tetapi gua masih islam dan mengakui keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.
Maka gosip bahawa gua Freethinker adalah tidak berasas sama sekali. Orait.
Dengan rendah diri gua sekadar ingin bertaskirah perihal dunia masakini yang terpusing sepenuhnya. Dalam komuniti kita biasa berlaku perihal kematian, jika tidak anggota keluarga kita ia berlaku pada orang lain. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluargasimati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuhdan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullahdi mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Sekian saja untuk kali ini, niat gua cume ingin menyampaikan kepada kalian dan harap ianya tersampai.. jika ada yang terasa dan terkena batang hidung, batang hidung gua pun kene jugak.
K/K : Untuk artikel ini gua telah merujuk kepada tulisan tulisan keagaamaan terlebih dahulu.

12 March 2009
Angin Kota Astineopel
Jendela berbingkai kayu kelabu yang terkopek catnya dibuka, menderu deru angin Kota Astineopel masuk menghalau segala hapak dan hamis ruang beradu. Cahaya yang menujah menyilaukan penglihatan Joh Bie, mata yang sempit itu sekian lama tidak dibasahi cahaya mentari mengeyit ngeyit menahan kepedihan. Jururawat Raihan menyelitkan daun daun langsir ke ceruk tingkap yang ketat.
Bengang pada Jururawat yang banggang makin menebal. Harap muke je cantik tapi otak letak kat bawah bekas bawang didapur. Bukan tidak diketahui Joh Bie tidak suka akan cahaya dan tidak suke makan tanpa belacan. Cahaya menyakitkan, meyilaukan dan menyebalkan, belacan membuka selera. Joh Bie lebih rela terbaring sepi dikamar. Biar tiada siapa yang ambil peduli pun tidak mengapa, die lebih aman begitu. Tanpa cerita dan kisah dari dunia luar, biar dia dalam duniannya asalkan makan nasi ada belacan.
Saudagar Zulkarnain Cendol Pulut keluar negeri selama dua bulan atas urusan perniagaan. Dan ketika mendengar perkhabaran itu, Jururawat Raihan telah nekad, akan diubah segala semasa ketiadaan Saudagar Zulkarnain Cendol Pulut. Baginya kehendak Joh Bie tidak harus dituruti begitu saja.
Hati yang panas makin membara. Joh Bie mengetap bibir menahan nafsu dan marah. Raihan muncul kembali menyorong masuk kerusi roda. Joh Bie enggan tatkala diangkat kakinya berpijak di pedal kerusi roda. Namun Raihan mengeraskan niatnya, diangkat juga kaki kudis berkurap Joh Bie yang lumpuh itu dan mudah bagi Raihan menghayun Tubuh kurus Joh Bie ke atas kerusi roda.
Di halaman rumah yang menghijau Joh Bie dibiarkan dibakar terik mentari oleh Jururawat Raihan. Berkali kali Joh Bie menjerit meminta agar dirinya dibawa masuk. Puas dipekik dan memaki, namun kini arahannya tidak diendahkan. Setelah penat berteriak dan merasakan semuanya adalah sia sia Joh Bie diam termangu mangu. Kulit mula serasi dibakar matahari dan disapu pawana dingin dari Pergunungan Kenji. Kawasan pergunungan kelihatan berkabut dan awan saling melanggar Gunung.
Di kawasan cenuram Barat rumah dapat dilihat pokok pokok menghijau tumbuh. Sudah lama dia tidak menikmatinya keindahan ini. Dan kini semuanya kembali mengamit memori.
Dari jendela usang berlapuk Jururawat Raihan melihat Joh Bie, pemuda yang terlalu emosi hingga memakan diri. Sejak kematian Ibu dan Kekasihnya dalam kemalangan jalan raya 5 tahun lama dahulu dia yang disahkan lumpuh sementara tidak lagi bersemangat untuk sesuatu yang bernama kehidupan. Segala galanya kosong dan ruang vakum itu adalah lebih baik baginya. Tuhan tidak merancang perjalanan hidupnya dengan adil, dan Tuhan seperti sengaja menganiaya dirinya Jikapun Tuhan itu benar wujud. Semenjak itu tiada Tuhan dalam dirinya, dan tiada dirinya dalam Tuhan. Tuhan itu hanya mitos dan dongeng masyarakat purba dahulu kala untuk merehatkan diri sambil mendengar penglipur lara menghibur.
Angin segar dari Pergunungan Kenji berterusan membasuh hapak Kamar beradu. Semua cadar hapuk berhancing dan langsir telah diganti baru, Jururawat Raihan kini puas biarpun selepas ini Joh Bie akan menyuruh ayahnya Saudagar Zulkarnain Cendol Pulut memberhentikan dirinya. Biarlah cukup sebulan saja dia bekerja disitu, asalkan kebodohan Joh Bie yang amat sangat itu cuba juga dibijakkannya.
Malam itu Joh Bie menangis teresak esak di beranda selepas menghirup udara malam. Jururawat Raihan kaku dimakan sepi dan tangis itu. Airmata kesyukuran turut mengalir membasahi pipi gebu tatkala Joh Bie mulai sedar akan kebodohan dirinya. Azam dan tekad jobie begitu membulat, dia mahu mendapatkan rawatan terbaik untuk membolehkannya berjalan semula. Dia ingin menikmati segala nikmat kehidupan dan tidak mahu terperap di bilik buruknya saja sambil menunggu mati....
Bayu malam masih dingin mengigit tubuh.. Sudah sepuluh tahun berlalu, nama Raihan kekal bersemadi dalam hati dan tidak luput diingatan. Maisara lambang kasih sayang bersama menjadi kudrat Joh Bie meneruskan hidup. Raihan menghebuskan nafas terakhirnya disisi Jobie suami tercinta tatkala dia telah menjadi sebahagian dan hampir seluruh dari dirinya. Namun kini dia semakin bijak, tidak perlu lagi mengsiakan siakan hidup dan Maisara harus merasa kasih sayang sewajarnya biarpun tanpa ibu lagi disisi. Maisara gadis manis, manja dan keletahnya menawan hati ayah. Penawar duka dan pengarang jantung di kala sepi, menghalau jauh jauh rasa rindu yang sering berpamit di pintu hati.
Namun yang pasti menjadi sebu dan sebal. Tuhan itu memang tidak adil.. dan hampir tepat siapa Tuhan, dimana Tuhan, apa itu Tuhan. Bagi Joh Bie ini hukum alam, datang pergi, lahir....membesar...dan mati.... tiada siapa menentukannya kecuali diri sendiri. Kerana diri sendiri yang selayaknya menuntukan siapa kita. Dan kini, Joh Bie sendiri sudah lupa benar bagaimana untuk sujud kepada Tuhan yang pernah diangapnya sebagai Tuhan. Kerana yang pasti baginya jika ada Tuhan dimana dia?

04 March 2009
Lelaki Tua Itu (edisi terhad)
Termenung di hujung beranda menikmati angin malam membuat kotak ingatan memutarkan kembali cakera kenangan. Berkepul kepul asap rokok buatan sendiri memenuhi ruang. Perlahan sedutan terakhir ini ditarik lembut, asap dihembus.... kabus memenuhi seketika...dan asap lenyap dibawa angin bersatu dengan udara.
Pandangan kosong dilempar ke tanah seberang, semak bersamun. Pasti ular sudah bersarang disitu, jika benar ular bersarang disitu ia akan membahayakan orang berjalan kaki lalu lalang, membahayakan kanak kanak yang bermain ditepi jalan.
Membahayakan Siti Raihan anak dara Arwah Awang Labu yang saban hari menunggu Bas Kilang di pondok Bas depan rumahnya itu. Serabut mata memerhatikan dan otak memikirkan fenomena itu. Jika kudratnya masih kuat, akan diusahan tanah itu dan tanah tanah jirannya dengan pelbagai hasil cucuk tanam. Hala ke baroh akan ditanam dengan ubi kayu, hala ke darat dipenuhi dengan pisang, hala timur lagu nyanyian Noraniza Idris. Ada juga hasilnya dari bersemak seperti itu.
Sekarangpun jika dia mahu boleh diusahakan, keuzuran perkara mudah baginya. Minum saja "Kopi Ali Guar" yang disaran oleh Amy Search, Tetapi anak anak dan menantu menantunya yang honar menyuruhnya duduk duduk saja di rumah sambil menonton "Astro Oasis", tapi lelaki tua lebih gemar menonton CD rakaman konsert penyanyi dangdut Inul Daratista. Alasan mudah, makan pakai semua sudah tersedia, tiada apa lagi yang perlu diusaha. Mereka tidak mengerti jiwa lelaki tua ini. Jiwanya penuh semangat dan bunga.
Kerepot diwajah yang jelas kelihatan menampakkan usianya tua, lendut lendut diseluruh tubuh mengiyakan bahawa memang lelaki ini telah tua. Entah suratan atau kebetulan isterinya telah pergi tak kembali lebih awal darinya. Jika Umi Kalsom masih hidup, pasti Umi Kalsom akan mengerti bahawa jiwa lelaki tua itu kini memberontak. Memberontak untuk melakukan sesuatu yang mahu dilakukan.
Jika tanah bersemak itu ditanam dengan ubi, mayat dan pisang pasti ada hasilnya. Kini ramai peraih dari kampung sebelah hendak membeli ubi dan pisang bagi memenuhi permintaan dalam Industri Kecil Sederhana yang rancak diusahakan. Dengar kata Kilang Kerepek Salamah isteri Bibik selalu kehabisan bekalan bahan mentah seperti ubi. Panas hatinya tatkala terlihat lori berkepala merah melintasi jalan besar didepan rumahnya, lintas aje takpe, die tak kisah, Tapi ini penuh dengan pisang dan pelbagai tanaman kontan. Pasti hasil itu dibeli dari tanah Mail dihujung simpang, ataupun tanah Ramli di belakang kedai Tin Huat.
Apalah sangat dengan keuzuran ini, yang penting tanah itu tidak menjadi tempat ular bersarang, tidak membahyakan orang yang lalu lalang, tidak membahayakan Siti Raihan yang menunggu Bas kilang saban hari kecuali hari Ahad. Maka tanah itu harus diusahakan dan jangan dibiarkan kosong. Untuk itu kepala mula berkira kira, esok petang Mail lalu nak kebun akan disahut biar singgah ke rumahnya sebentar. Akan dipohon dalam 50 anak pisang untuk ditanam di tanah seberang jalan itu bila semak samun licin ditebas. Jika anak pisang di tanah Mail kekurang, di tanah Ramli juga boleh dicuri pada malam hari. Mereka bukan berkira sangat, sama sama membesar dari kecik hingga segala lanjut segala begini.
Tekad hatinya membulat, rindu pada cangkul, tajak dan Siti Raihan kian membara. Esok pagi pagi akan dihayun tajak dan membalas dendam pada semak samun menghijau itu. Biar anaknya Manisah dan menantunya Sarip sedar bahawa tenaga uzurnya tidak seuzur yang disangka. Biar anak anaknya di KL terlopong mulut tatkala pulang hari raya nanti melihat hasil kerja kudratnya. Biar mereka sedar bahawa jangan dipandang tak bermata kudrat yang telah membanting tulang mencari rezeki membesarkan mereka itu.
Di mata mula terbayang lori berkepala merah itu akan berhenti di depan tanah seberang untuk membeli Pisang dan ubi. Mula terbayang orang yang lalu lalang akan menoleh menyapanya yang tengah membajak tanah ataupun mencatas pisang. Mula terbayang Siti Raihan akan kagum dan gersang melihat urat urat jantannya yang timbul tatkala mencabut ubi dari dalam tanah mencengkam..Jika terlihat oleh Siti Raihan akan dikerah lagi tenaganya biar Urat Urat jantan timbul kelihatan... Biar,,,biar Siti Raihan tahu bahawa tenaganya juga seperti orang muda. Sambil mencangkul boleh juga memerhatikan liuk lentok Siti Raihan dari belakang nanti, pasti saling tak ubah seperti Gerudi Inul jika Siti Raihan juga menggerudi. Biar.....
Esok.. segala sagalanya bermula esok.. Dia perlu merehatkan badannya kerana esok tenaga akan diperah dan keringat akan menitik. Maka lelaki tua ini bingkas bangun ke kamar beradu, namun tak semena mena terlucut kain pelikat cap buah mata kucing dari cengkaman di pinggannya. Melendut...tetapi nasib baik tiada siapa siapa disitu bersama bersamanya. Jika tidak entah dimana hendak disorokkan muka merahnya yang berkedut itu.
Lega menyeresap terasa apabila kepala diletakkan di tengah tengah bantal.
Akan kubuktikan pada semua fikirnya..
Dibilik yang suram dalam angan dan sedar lelaki tua tertidur.
Esok paginya semua telah tersedia.. Cangkul yang tersimpan didalam setor sudah tegak berdiri di tangga. Di luar jangkaan rupannya Orang ramai makin ramai datang berkumpul, yang capik datang bertongkat, yang kurap datang dengan Minyak cap ayam, yang berpanau berbau salap, yang buta berkaca mata, yang pekak diam tertanya tanya, yang budak berputing di mulut. Semua datang berkumpul memberi semangat. Zakaria pemuda hitam legam ditugaskan untuk menggali tanah kubur di hujung kampung mula bergerak. Pak Mail dan Pak Ramli bertukang menyiapkan keranda. Menantunya Sarip memotong batang pisang bagi memudahkan kerja memandikan jenazah. Anak anak dari KL subuh tadi sudah berada di rumah itu.
Dan selepas Zohor lelaki tua diusung ke Tanah Perkuburan oleh sanak saudara dan sahabat sekampung. Lori berkepala merah berhenti seketika berselisih dengan rombongan menghantar jenazah lelaki tua. Dan menjelang tengahari juga Siti Raihan kelihatan menonggek membonceng motosikal sambil merebahkan dada di belakang badan Kamil menuju keluar kampung, hari ahad, mungkin mereka ke Pantai Port Dikson untuk makan kerang rebus.

01 March 2009
Meyut The Legend - Siri 3 (Klasik)
Leka je Blur sebelah Gua usha belakang awek ni. Baju kurung putih nipis dari kain lembut itu diterobos oleh mata nakal Blur. Kunci kunci yang lain semua sibuk berkumpul mangadap Senah yang rancak bercerita. Gua macam biase dikordinat paling hujung dalam kelas, terlentok!
"Bangun bangun! Meyut dah masuk"
Gua tersentak terbangun. Mata kelat kelat silau matahari masuk.
Terkulat kulat gua tengok semua budak bangun bagi salam dekat Meyut.
Sebelum salam habis gua bangun pejam pejam mata.
Bila kelas Meyut, maknanya kene keraskan badan dan sendal mata.
Kalau kelas Cikgu Azalina, gua celik masa bagi salam masuk dengan terima kasih nak keluar je. Tupun kalau Blur rajin kejutkan gua, kadang gua dengar orang bagi salam dalam mimpi je. Tau tau cakap terima kasih. Terima kasih pe pasal? Gua pun kompius kadang kadang.
Arini mood Meyut boleh tahan, tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya.
Dalam keterpaksaan gua lihat keluk kemungkinan berserakan...
KDNK berselirat menambah lesu dan lesi. Tiada tangisan duka yang kedengaran.
Hanya senyum palsu yang terpamer tatkala Meyut terpandang wajah criminal gua.
Bagi mengembalikan kudrat, ekor mata gua ditancapkan seketika tepat ke belakang awek depan gua ni.... Blur pun gua jeling sama dengan je..kejap kejap mata kat situ.
Hari ni Bra die ade jalur bunga bunga. Warna krim gelap.
Sesekali gua menoleh keluar tingkap yang berdebu melihat lagaknya langkah cikgu Sudin di blok sebelah dengan Gunting Ajaibnya. Ramai budak tingkatan 5 yang berderet kat luar menunggu giliran kedai gunting bergerak Cikgu Sudin. Mestila ramai pelanggan, kerana semua perkhidmatannya adalah percuma. Percuma yang macam haram.
Dari satu kelas ke satu kelas Cikgu Sudin mencari customer. Sesekali Blur dan awek di meja depan juga ikut melihat kemahiran Cikgu Sudin tu.
Kini Cikgu Sudin menghilang dari pandangan. Gua pasti dia kini berada dideret blok gua dan Gua pasti kelas budak 6 rendah yang die ketuk dulu. Dalam hati biarla Cikgu Sudin cepat sampai kelas Gua. Ade can nak beratur ramai ramai depan kelas, takyah fikir tentang KDNK lagi.
"Assalamualaikum" cikgu sudin mengetuk pintu dan memberi salam.
Meyut yang ralit didepan buntang buntang matanya.
Cikgu Sudin sambung lagi.
"Ar semua pelajo lelaki keluo, berator kat tepi ni. Arini saye nak spotchek rambut, misai, janggut"
Gua follow je rentak die. Semua kunci kunci kelas gua dah beratur dekat luar kelas.
Sauk dan sauk habis budak lelaki kene sauk...
Mana yang terpilih buat barisan lain sebab Gunting Ajaib itu akan memulai langkahnya.
Gua rambut ok, tapi misai pulak jadi masalah. Gua nak nampak matang, itu je!
Sambil pisau cukur Cikgu Sudin meragut misai dan Jangut sorang kunci tu, die membebel
"kalo kamu semua tau nak potong rambut sebelum saya buat spotchek kan senang, cukur misai lu, baru la elok sikit"
Habis je Cikgu Sudin cakap gitu, dari dalam kelas gua dengar Meyut dengan lantang bersuara.
"BODOH ke ape? budak dah beso panjang, memang la berjangut berjambang. Sibok sangat nak buat spotchek mase aku ngajor. Buat ngaco je!" Meyut membara kerana terhenti cerita KDNK nya.
Gua toleh tengok Cikgu Sudin.... muke Cikgu Sudin sudah merah,,,,merah dan merah!
K/K : sejak tu kalu dalam kelas ada Meyut. Bapak segala spotchek pun Cikgu Sudin tak ketuk dah.

Subscribe to:
Posts (Atom)