Rosnah : Abang Ramlee, malam tu Ros dengar Abang Ramlee nyanyi sedap sekali tau, nyanyi la satu lagu Abang Ramlee.
Ramlee : Abang Ramlee tak pandai nyanyi la.
Rosnah : Ala...bila orang nak beli tanak dijual.
Ramlee : Baiklah, kalau nak dengar Abang Ramlee nyanyi,, nanti Abang tutupkan pintu dulu ya.
k/k: Pandai gak Abang Ramlee ni,nak nyanyi kene tutup pintu.
28 February 2009
26 February 2009
Pembogelan - Tentang Seseorang
Tagged dari Nicca Vontiya. 25 Perkara tentang diri Gua.
Perkara pertama Gua dilahirkan cacat. Gua tak boleh bercakap! Tapi berkat kesabaran dan usaha kini kecacatan gua diubati. Gua boleh bercakap sekarang. Alhamdullilah!
Gua masih diuji, punyai kecacatan kedua iaitu bertubuh kecil sewaktu bayi. Atas usaha berterusan dari Ibu dan anggota keluarga lain kini gua telah sihat dan normal seperti orang lain.
Daya kepimpinan itu penting. Darjah satu Merah gua diberi jawatan Ketua Kelas. Kompius mengucapkan "Terima Kasih" ketika Cikgu masuk dan "Assalammualaikum" ketika Cikgu keluar, seminggu kemudiam gua dilucutkan jawatan. Jijou yang selalu bagi kompius gua dilantik sebagai Ketua darjah yang baru. Cikgu tu tak faham, gua bukan klise dan gua berpandangan jauh. Maksudnya "terima kasih" kerana Cikgu akan mengajar kami, dan "Assalamualaikum" ketika cikgu keluar bermaksud doa dari gua dan salam perpisahan.
kalau nak balik awal, kene amik pembaris panjang dan bace ape yang ditulis dipapan hijau. Sape yang pegang pembaris die ade mandat untuk beri kepada rakan lain yang die suke dan rakan itu juga boleh keluar awal. Lepas gua bace dan nak past pembaris, semua jerit nama gua mintak pembaris. Tapi gua seterit je jalan kat Ita terus bagi kat die. Cikgu Rosli boooo,,,,,kata gua suke Ita. Gosip semata mata.
Perkara Ke Lima ialah gua masuk darjah 5.
Dan perkara ke enam Gua masuk darjah 6.
Ditingkatan 6 gua seorang yang berjimat cermat dan tak suke membazir. Tak perlu hari hari datang sekolah kerana nanti rekod kedatangan kite akan banyak. Tinggalkan ruang kosong sedikit buat bekalan hari muka.
Dari muka yang suci bersih bertukar menjadi anasir akibat Chicken Pox. Anasir membinasa menjadi ketumbuhan merebak bagai Hitler bermaharajalela. Tak touch mana mana!
Memang tak touch mana mana, Memasuki AKSES dan disitu gua diuji kembali. Gua diugut pukul oleh seorang senior.
Katanya semua budak AKSES tak farra fauzana dengan gua dan cari point je nak belasah gua. Sebagai orang kerdil yang bukan apa apa gua akur dan mendiamkan diri. Gua solo je dalam AKSES.
Di tangga ke 10. Lulus audition Malam Jahanam gua berlakon dengan kecil dan takut. Maklumlah ada budak budak AKSES nak pukul gua.
Dan di tangga ke 11, Akhirnya gua ketahui, rupannya budak tu yang takde orang nak kawan die dalam AKSES. Cakap gebang poyo lebih. Kes jeles sebab gua macam terar dari die. Woi aku sem satu dah pegang watak utama la.. Tupun sebab takde orang lain. Hahahahaha.
Diikuti rapat pula audition "Rekaan Utama" dan baru la gua rasa gua macam ader member dalam AKSES. Baru la Farra Fauzana dengan cilanat cilanat tu semua. Gua ingat dulu dia org dengan Mamat tu nak pukul gua, tapi rupenye diaorang nak pukul Mamat yang nak pukul gua tadi.
Tutup cerita pukul. Shy pulak jatuh cinta dengan Ana masa "Rekaan Utama". Shy rasa macam dah boleh pergi Thailand. Tapi tetibe plak masing masing macam lost kontek. Die kata Aidit Alfian kenal die, sebab Aidit Alfian mentor Anna. Apehal lak citer pasal Shy, buat blog sendiri la kalu nak citer pasal diri ko!
Dalam banyak banyak manusia. Gua paling benci makan kuewtiau. Setakat nak makan dua sudu tu boleh la, satu pinggan muntah darah gua. Gile ape lu makan sudu?
Ade ke patut Ah Moi jual Hand Phone tu cakap gua tak hensem tapi MACHO! tapi MACHO!
Tak caye la gua. Lu caye?
Susah nak percaya bahawa gua suatu ketika dulu pernah bergelar seorang Pegawai Polis.
Susah kan nak percaya? Gua pun tak percaya! Gosip liar ade orang cakap Gua berlakon dalam Kala Malam Bulan Mengambang. Tu Rosyam Noor la, bukan gua.
Lagi sekali haru bile orang tanye gua kenapa lame tak keluar dengan Album? Ya Allah takkan tak perasan, gua ALOY la, bukan Aqasha. Korang dah salah sangka.
Perkara ke 17, ciri ciri wanita idaman gua ialah seorang wanita. Tak kire bangsa apa, dan yang penting dia bukan sahaja wanita, malah seorang wanita.
Sebut tentang perkara yang mahu gua lakukan, dalam usia 30 tahun gua mahu menjelajah seluruh tubuhmu. Tubuhmu? Ok itu cerita lain, gua mahu menjelajah dan merantau. Destinasi pertama gua mahu ke Indonesia mungkin dalam masa setahun. Belajar dan melihat bagaimana utuhnya seni Peran dan budaya mereka. Dengar citer kat sana banyak rumah urut? Selanjutnya negara mana biar ditentukan oleh faktor yang mendatang.
(cukup kot sampai 18 je)
orang yang gua Tag untuk buat Tag ni jugak
- En Adam
- Dark Ray
- Susilo Bambang Yudhoyono
- Raihan
- Utusan OnLine
- Gloria Macapagal Aroyo
- Prof Dr Ibrahim Abu Shah (V.Canselor UiTM)

24 February 2009
Slumdog Millionaire !
Slumdog Millionaire !
Sebuah filem hebat yang membuat aku tak kisah perkara perkara lain.
Dimana datangnya skrip, pengarah, sinematografi, dan pelakon yang hebat ni?
Aku keluar dengan puas,,,puas,,,dan puas.
Dalam poket tinggal 2 ringit? takpe aku rela. Aku rela kerana ini adalah hasil seni yang terhingga.
"Amithah Bachannnnnnnnn!"
k/k: "Sifu dan Tongga" filem mana ar?

Sekadar Coretan
21/02/2009, Gua dengan rendah diri menyertai Bengkel Asas Bangsawan anjuran Belia 4B Laksama. Tiada apa yang terlalu menarik, cuma kehadiran sebuah keluarga membuat gua terfikir dan berfikir.
Seharian keluarga itu bagaikan berpiknik di Kompleks Sukan Kg Pandan ini. Lelaki separuh usia itu membawa bersama dua orang anak perempuannya mengikuti kesemua aktiviti dan proses pembelajaran. Isterinya duduk di pinggiran kami bersama bayinya. Jika tidak aku pasti isterinya juga akan turut sertai.
Tanpa segan silu dan dengan bersemangat Pak Cik itu akan melakukan apa jua yang diminta oleh fasilitator, bengkel teater tidak seperti bengkel pelajar cemerlang. Di bengkel teater sifat malu dalam diri perlu dibuang jauh jauh, dari sesi ceramah hingga memaikan permainan dilakukan oleh Pak Cik tadi bersama golongan muda yang selayakkan dipanggil anak dan menantu.
Lelaki itu senang gua panggil sebagai Pak Cik sahaja, dan dia pun mahukan begitu. Gua tak pikir di usia yang begitu dia mahu menjadi seorang pelakon (andaian aku sahaja).
Tapi apa yang aku pasti dia mahu memberi pendedahan kepada anak anak gadisnya, biar ada jati diri dan mampu berdepan dengan masyarakat. Itu didikan yang sukar diperolehi di sekolah.
Jika lebih ramai bapa yang berfikiran seperti itu, Gua pasti dan yakin semua rakyat Malaysia punyai ketahanan minda dan jati diri yang kukuh. Buat apa pun yakin dan jelas akan halatuju hidup masing. Tidak sekadar membuat dan mengikut.

21 February 2009
Pengalaman Saya Di Kolumpo (Klasik)
Masuk je area yang dah banyak bangunan tinggi tinggi ni hati gua mula merisau.
Apa nak jadi nasib gua malam. Kolumpo makin menggelap. Dalam takut takut berani gua terdengar pembantu driver cakap "ar puduraya puduraya".
Bas berenti, semua orang turun, gua pun terpaksa ikut turun bila rasanya tinggal gua sorang je kat dalam bus tu. Cilanat, apasal bas ni tak berenti kat dalam puduraya, ni sipi sipi je.
Buat pertama kali gua rasa macam gua ni bahan kelakar lak, Dengan baju hitam bergetah bergambar naga, gua tak ubah macam cina hong kong, eh standart sikit la macam Ekin Cheng dalam Young And Dangerous. Apsal macam pelik je dressing aku ni, tak macam orang orang Kolumpo ni. Tadi kat Sungai Tiang dah macam moden sangat rasanya. Cool je walaupun kain bergetah tu membakar didalam.
Gerun gak, semua orang orang moden ni aku tengok jalan laju laju. Tak kire lelaki ke pompuan, macam ade benda yang dikejarnye ataupun die dikejar. Ligat!
Aku tak tau nak tanye sape, takde sorang pun yang jalannya perlahan macam jalan jalan kat Supermarket Billion di Teluk Intan.
Nak tak nak aku rayau rayau dulu kat atas puduraya tu cari kaunter yang jual tiket bas ke destinasi aku seterusnya. Dari satu kaunter ke satu kaunter aku bace senarai tiket tiket yang die jual. Haram Jadah takde satu pun yang jual tiket bas pegi "Rawang"! Teluk Intan yang jauh ade pulak. Aku tengok semua orang orang moden yang ligat ni turun ke bawah. Aku pun ikut turun.
La kat bawah ni rupenye bas kumpul, dekat sini mesti ada bas nak ke "Rawang", kalau jumpe nanti aku terus naik je. Tapi mmg cilanat betul, habis semua lorong aku cari tak jumpe jugak. Tension aku terus tanye je kat Pak Cik yang duduk kat hujung lorong tu.
"Pak Cik, Bas pegi rawang last pukul berapa?"
Pak cik tu tengok aku dari atas ke bawah, dari bawah ke atas balik.
Seolah olah aku ni Umi Aida Heroin Salam Taj Mahal.
Takut jugak kalau kalau pak cik ni perogol bersiri ke.
Kes liwat pun makin menjadi sekarang ni.
"Mana ada bas pegi Rawang dekat sini, ko pegi tunggu sana tu dekat kotaraya."
Balas Pak Cik tu.
"Erm macam nak pegi kotaraya Pak Cik". dalam ragu ragu gua balas balik.
Dah panik takde orang lain yang boleh diharap.. Gua angkat Phone gua call Jas. Jas moden sikit, pernah datang rumah abang die kat Kolumpo ni dua tiga kali. Dari mcd jas suruh gua masuk kiri,,lepas satu satu,,satu,,satu akhirnya sampai jugak gua ke Kotaraya. "or ini kotaraya", selalu gua nyanyi lagu XPDC je,
~mahu ronda kotaraya~
~lepak kejap pasar budaya~
tapi haram gua tak tau kat ne tu.
Lepak kejap kat Bas Stop, ade awek cantik. Baru balik keje gua rasa.
"erm kak, saya baru pertama kali datang kolumpo, macam mana kalau nak pegi rawang, bas ade tak?" selamber je gua sound direct kakak tu. Cantik sangat!
"Erm bas nak pegi Rawang dah takde dah ni", jantung gua tersentap bile awek tu cakap camtu.
"Kalau nak g Rawang awak kene naik LRT kot" Sambung akak tu...
Lemah kaki gua menuju ke stesen LRT mengikutT pelan yang awek tadi cakap.
Sampai dekat LRT tu gua tanye sorang amoi untuk kepastian.
"hallo, Amoi tumpang tanya..LRT pegi rawang dekat mana?"
amoi tu diam....pastu die cakap...
"aiyo,,mana ada LRT pegi Rawang maa, itu komuter saja pegi rawang"
apa benda komuter ni? macam LRT jugak ke?
Amoi tu cakap aku kene pegi dekat pejabat Pos Besar. Sebelah Pejabat Pos tu ade stesen komuter. Berdasarkan penerangan ringkas aku redah cari Pejabat Pos. Nak kol Jas lagi kedit dah habis, Sambil tu habis semua orang tanye, dari melayu, india ke cina, indon, Orang Putih je aku tak tanye, Tak tau macam mana nak tanye.
Pendek citer gua berjaya sampai ke stesen komuter dekat Pejabat Pos tu. Lagi masalah gua tak tau mana satu pintu masuk. Tau tau gua dah sampai atas jambatan komuter tu, gua rasa gua dah masuk ofis die la tadi. Lantak la, sape suruh pintu tak tutup.
Gua seberang. Tegak tunggu Komuter, ehh..apsal semua orang tunggu belah sana.. tengok papan tanda belah sana tu rawang. Tapi macam mana nak pegi belah sana, tengah tengah ni rel keretapi. Pintu jambatan tadi dah kene solek. Ah sudah.
Drastik aku terjun ke bawah dan ke atas rel, aku lintas rel untuk kesana, tetibe ada bunyi wisel kuat nak mampos. Ada mamat Polis datang kejar aku.
~apa salah aku~
Mamat tu menjerit jerit suruh aku cepat naik. Giler ar tembok ni sama tinggi dengan aku, susah siot nak panjat. Dengan kudrat tangan aku tarik badan aku ke atas.
"ko apehal terjun bawah tu? ko nak mampos? kalau ko mampos aku yang susah tau tak"
banyak lagi la die sound aku.
Aku dengan rendah diri cakap "saya baru datang dari kampung, nak pegi rawang cari kerja, maaf la saya tak tau ape ape".
Mamat tu tanye tiket aku, aku jawab la takde tiket. Die pelik! kalau aku takde tiket macam aku boleh masuk, siap boleh lepas sebelah sana lagi, padahal pintu belah sini.
Die tak tau aku lagi pelik!
Die bawak aku g kaunter, suruh aku bayar kat kaunter cakap mana nak pergi.
"Rawang ye bang"
yes dapat tiket! Ops lupe..
"erm tiket ni pukul berape bang?"
abang tu cakap kejap lagi sampai.. Fuh nasib baik.
Dah ader tiket boleh la masuk cara sah.. aku tengok ada uncle India tu masukkan tiket dalam tu, pastu die lalu... Aku ikut...Tapi tiket aku tak masuk...
Aiseh..nak tanye Mamat Polis tadi die dah kat dalam.
Ade awek yang boleh tahan cantik tunggu aku masukkan tiket aku.
Aku try lagi, tapi palang tak bukak jugak, tiket rejek.
Awek belakang dah mula ketawa ketawa.. Ah gentleman je la.
"awak saya pertama kali datang kolumpo, tak tau macam mana nak buat ni"
awek tu amik tiket aku, die cakap aku masuk terbalik dan seraya itu palang terbuka.
Aku lalu, lepas pun..
"terima kasih ye" ucap aku memandangnya sambil kaki berlalu pergi.
Tetibe die menjerit
"Eii tiket ni ambikla...nanti macam mana awak nak keluar kat sana"
Bodohnye aku!
Aduh blur lagi,,nak tunggu kat mana. Nanti Komuter tu benti kat mana?
aku tanye mamat polis tadi. Die cakap aku kene tunggu dekat no 18, jangan pegi lain, nanti tak sampai Rawang.
Elok je aku nampak aku nampak ada binatang Komuter datang, aku meluru ke Mamat polis tadi,
"bang tu pegi Rawang ke?"
Mamat tu bagi isyarat tangan supaya aku naik dan die sempat melaung
"Lain kali jangan terjun atas Rel lagi!"
Aku angguk sambil mulut berterima kasih!
K/K : Sekarang gua dah moden beb. Gua dah tau beli tiket Komuter gune mesin atomatik. Gua dah pandai jalan laju dekat KL.

Lu Nak Makanan (ini Ikalan)
Jika lu rasa ada nak buat majlis sekitar Shah Alam, perlukan makanan bungkus dalam kuantiti tak melebihi 300 unit. Hubungi gua dan tinggalkan mesej di blog gua. Harga sangat berpatutan. Tapi ingat, bungkus sahaja dan tiada hidangan V.I.P.
P/S : Tiada hidangan V.I.P sebab syarikat gua baru mula, tak beli pinggan lagi dan Gua fokus kepada tempahan berbungkus. Kalau majlis lu kat Johor lebih baik lu beli kat Singapore, Sebab air paip tak mampu menggantikan petrol.

19 February 2009
Rogol... !
Masa kecik gua tak faham sangat ape benda rogol tu, kalau ada orang yang tau apa benda rogol masa kecik dulu, lu mmg dasyat la. Satu ari Atuk gua yang buta huruf tu sibuk suruh Pak Cik gua yang baru balik kelaut beli surat habor.
Gua dengar jiran jiran kecoh pasal rogol rogol, apa benda rogol ni? Yang selalu gua dengar Opah gua cakap "Jawa Penorogo" je. Opah gua jawa Sungai Batang, tapi kawin dengan Atuk gua Melayu terus duduk Sungai Tiang, Kg tepi laut. Dan sejak itu opah gua dah sombong tanak makan ikan talapia dengan ikan bulan lagi. Nak makan ikan laut je, ikan darat tak mandang dah.
kecik kecik dulu ari sabtu ahad atau musim cuti sekolah bagi Sekolah Kebangssaan Sungai Tiang Baroh gua akan ikut atuk gua pergi laut, beremdam berjam dalam air gagau kerang, nampak kepala je timbul timbul. Paling koman pun dapat 2 guni la. Guni Gula yang 50 kg tu. Mendak motor honda Atuk gua dengan 2 guni kerang tu, gua pulak tenggek atas guni.
Sampai je rumah, terus bentang kanvas besar kasi tabur, gua amik cedok kasi bungkus itu kerang. Satu bungkus singit, berat bersih 1 kg. Kadang kadang alat penimbang tu tak sampai sebulan, sebab gua selalu naik atas penimbang tu. Mengamuk atuk gua kalau nampak. Waktu macam ni rokok gulung memang tak lekang la dari mulut atuk gua. Pernah gak gua terpikir, nak jugak bungkus kerang sambil mulut kemut kemut rokok, baru nampak kool.
Habis bungkus gua pergi mandi, Lepas mandi makan nasi..kerang rebus, siput sedut, lala, kijin, salah satu tu mmg wajib ada dalam talam. Berlambak, tak habis makan selalu. Pak Cik gua lagi balik kelaut bawak ikan nala punye. lepas makan atuk gua akan tidur..
Petang sikit gua ikut atuk gua pegi pasar malam. Open Kanvas, taruk kerusi atuk gua duduk...lepas tu bangun terus hilang... Gua kene jual la ni..
Aiseh kalau bagi 5 ringit, beli sebungkus baki die berapa ar.. Gua kire pakai jari je depan orang. Pedulik hape!
Selain kerang,, Gua gak follow atuk gua cari siput sedut dan sayur meranti. Cari siput kene tunggu petang air pasang. Bile air pasang siput akan memanjat pokok kayu (bakau), ni air penuh maka naik sampan dari satu pokok ke satu pokok. Kutip siput melekat kat pokok masuk dalam jut. Tapi kene waspada, sebab banyak ular gak atas pokok. Atuk bagi gua pakai topi pandan macam vietnam tu. Kalau ular jatuh atas kepala safety sikit.
Cari meranti paling gua benci. Masuk hutan tu, atuk pun tak layan ajak gua. Sebab guni gua lagi banyak isi dari guni die, kes jeles. Atuk tebas rumput amik meranti, Gua tebas meranti, ambik rumput bawak balik. Cabaran cari meranti paling gua gerun. Babi hutan banyak or. Opah gua ajar, kalau nampak babi, kita lari pusing pokok sebab babi ni jenis die lari lurus je tak boleh konar konar. Tapi kalau dapat die sondol memang berlubang la ponggong.
Maka pada orang pikir nak jalan lurus je tu camno.. Same macam babi gak ke?
Eh,,ape kene mengene dengan rogol semua ni.
P/s: lu boleh bayang tak berapa belanja sekolah gua itu jam..?

18 February 2009
Ngak Fair.........
Dunia mmg tak adil...
Jadah apa satu pun gambar Elizabeth Wong tak sampai kat gua.

gua tak rogol arwah nenek abah lu..
Orang lurus akan mengikut jalan jelas didepan mata.
Jika ada persimpangan yang dikiri atau kanan, itu adalah sesat.
Dan jika ada perhentian bermakna itu satu kerugian.
Orang bengkok akan mencari dimana ada jalan dilitupi semak,
Biar agak bodoh, tapi die percaya itu jalan yang terbaik untuk die.
Mungkin nanti ada buah yang boleh dimakan..
P/s; aku sendiri sukar untuk mengerti, tapi jangan jadi orang yang berlagak sombong dan rule adalah rule bile anda diatas (gua tumpang cari makan je, gua tak rogol arwah nenek abah lu).

17 February 2009
Siapa Tahu?
Susah untuk menjadi lelaki yang terbaik..
Adakala kesalahan lebih banyak tertonjol dari kebaikan,
Namun hati, siapa yang tahu?

KOnoNnya....
Ada beberapa hari lalu aku makan malam dekat MCD, esoknya pulak aku sarapan kat MCD lagi sebelum pegi Tanjung Karang. Heish,,penuh je orang?
15 February 2009
"Pemberontakan..."
Lu ade tempat baik area Shah Alam, boleh sponsor bagi kat Gua buat port Puisi dan Teater. Hubungi gua.. Tak kisah la rumah kedai ke? rumah pusaka ke? Gua ingin memberontak.
13 February 2009
AKSES
Tak seperti Tahun sudah, semalam ujbakat untuk pementasan AKSES hanya dihadiri oleh ahli ahli AKSES. Memang itu yang aku mahu dan kemahuan itu aku unjurkan kepada Penakluk Air. Alhamdullilah Penakluk Air bersetuju. Bukan aku memilih bulu, tapi aku mahu pada semester ini AKSES berehat dari menerima ahli baru. Setiap semester sebelum ini, aku melihat diawal sem dan ujibakat akan berlaku lambakan ahli. Tetapi setelah tidak terpilih ke dalam senarai pelakon mereka akan hilang, hilang dan menghilang.
Inisiatif mereka untuk belajar dan mengambil pengalaman entah dimana? Kini aku berfikir, dari kita sibuk mengumpul ahli, biar kita mantapkan dulu ahli yang ada. Jika pelakon biar die kenal apa itu lakonan, jika krew, biar die mahir dan cekap serta bijak dalam aspek tersebut. Aku tak mahu orang yang berfikir "Masuk kelab teater boleh popular", tak popular pun sebenarnya pada pendapat aku. Tapi aku mahu orang yang benar benar mahu mengenali "apa itu teater?"
Secara peribadi dari pandangan yang naif, aku melihat kemampuan mereka sudah ada apa yang dipanggil peningkatan. Aku tak tahu dari mana mereka perolehi semua itu, sedetik benak aku berkata "mungkinkah BAKAI?"
Jika benar aku amat bersyukur, sekurang kurang BAKAI telah memberi mereka pelajaran dan pengalaman. Melalui latihan setiap malam mereka akan lebih matang dan mengenali apa itu lakonan. Usaha mereka selama ini aku nilai tidak sia sia. Inilah apa yang aku kata kita tak boleh nak tunjuk secara teori saja, tapi mereka perlu melalui dan merasai pengalaman itu dan sendiri, dan mereka telah merasainya. Para wanita dan lelaki yang pernah berlakon dan menjadi krew dalam BAKAi aku melihat korang ada peningkatan.
Tak mustahil mereka akan menjadi lebih bagus asalkan masih mahu mengutip ilmu dan pengalaman.

12 February 2009
09 February 2009
Meyut The Legend - Siri 2 (Klasik)
Upper six kelas 6AE, ketua kelas bukan gua. Bukan gua tak dicalonkan, tapi sebab gua tak main politik wang maka gua hilang sokongan. Apabila adanya gerakan lompat parti gua dengan sendiri hilang kepercayaan dikalangan ahli exco. Kabinet tidak dibubarkan oleh guru tingkatan, Gua nak dapatkan keadilan di meja pengetua, tapi macam buang masa je, Pengetua sibuk mengendap tukang kebun yang duduk hisap rokok dalam stor.
Meyut, tak puas mengajar gua Pengajian Am masa Lower six, ajar pulak Makroekonomi. Gua stedy je walaupun dah setengah tahun kelas gua tak tau apa itu keluk kemungkinan. Takda hal la.
Kelas Meyut mmg pagi yang amat, loceng pertama tu menandakan kelas Meyut bermula. Kerusi gua kosong. Amle kat sebelah leka usha belakang awek kat depan meja. Baju nipis boleh nampak die pakai baju dalam warna apa. Semalam warna pink, gua tak tau, amle yang cakap.
Meyut dah start sesi pembelajaran dan pengajara, 10 minit lepas tu gua sampai, aisey awal 20 minit dari semalam.
"Ha kamu, lambat" Meyut tegur gua.
"Eh ye ke? Tak perasan" aju gua dalam gementar.
"Ha bak sini 20sen" pinta Meyut.
Gua akur, jika lewat kelas Meyut walaupun seminit akan didenda dengan 20sen.
................
esoknya,
aisey hari ni gua lambat lagi...
"Kamu lagi lambat" Herdik Meyut dalam kesamaran.
"or ye ke, nasib baik saya dah bayar 5 ringit semalam, jadi saya ada 23 hari lagi boleh lewat" Gua cuba mengingatkan Meyut.
Meyut senyum dan mengambil buku catatan 20sen nya. Rm 4.80 - 0.20sen

Meyut The Legend - Siri 1(Klasik)
Ini hari gua sampai sekolah awal dari biasa. Gile ape aku keluar rumah 5.30 dari Bagan Datoh nak pegi sekolah kat Teluk Intan. Satu jam dalam perut Bas Lower Perak gua boleh layan tido lagi beb, nak usha budak awek sekolah Sungai Sumun gua tak de mood. Apa barang Sungai Sumun, Gua form 6 Kat Teluk Intan la beb. Baru la bandar.
Samapai Kat Hutan Melintang gua terjaga. Mangkok satu kumpulan wadeka wadeke wadeka wadeke budak india sudah naik bus. Gua tahan sabar je, kalau tak gua dah hayun satu group turun ikut tingkat. Die tak tau ke gua otai Seri Perak.
Pukul 7 gua sudah sampai Depan pasaraya Billion. Naik teksi cepat sikit sampai sekolah. Gua keluar dari perut teksi dengan megah...kire macam kaya kaya la budak2 lain tengok dari kantin sekolah, dalam hati sudah sebak 5 ringit sudah rabak.
7.30 pagi, Apa barang duduk dalam dewan kuliah, tak jantan la. Keluar dulu lepak dengan budak budak lain kat Pondok Sukan depan Dewan.. Kasi ngam dulu borak borak..
Siot aje aku nak tunggu dalam kelas, seratus orang student berape kerat je aku kenal. Semua dari sekolah kampung mana ntah. Aku budak asal Seri Perak kasi tunjuk otai la sikit. Mane leh duduk dalam, nanti habis budak budak baru tu aku pukul kalau berani angkat mata jeling kat aku. Aku kan Otai Seri Perak. Sambil borak borak usha usha tengok Meyut kalau kalau on da way mari kelas. Takde bayang pun, macam tak payah belajar je pagi. Aku tak kisah sangat.
Lepas 5 minit baru nampak Meyut sudah mari jauh, sayup sayup je dek redup pokok kayu.
Ok wahai angkatan pelajar asli Seri Perak, mari kita terabur masuk kelas.
Fuh sejuk ekon boleh buat gua mengigil pagi pagi ni. Gua terus panjat tuju kerusi paling atas, otai mesti duduk kat hujung dan atas sekali. Sambil jalan naik tangga gua memang takkan usha awek awek belah kiri. Biarr diaorang kempunan nak tunggu gua senyum. Jangan harap lu boleh dapat cinta gua tanpa usaha dan bekerja keras.
Gua sampai kerusi Meyut pun masuk.
Letak buku yang dikepit diketiak ke meja.
"Yang belakang tu semua bangun" Meyut bersuara tanpa salam.
Gua bangun, para angkatan otai lain turut bangun bagi menghormati gua.
Meyut langkah tangga. Sampai dekat Azha,
Penepang!!! Azha sudah kene lempang.
Gua kaget dan kagum.. Fuh..ape kes..
Lagi satu langkah itu tangan sudah melekat tepat ke muka Mat..
Aku nampak Mat goyang terhuyung hayang, tangan Mat berpaut pada meja bagi mengelakkannya tersembam ke lantai.
Biar betul,, Meyut sudah kat depan gua.
Pang ! siup berdesing.. Gua rasa ini bumi sudah gegar.
Gegar lagi. Badan gua rasa melayang..
Dalm kepala bergegar gua tak sedar bila tangan gua berpaut erat dekat kerusi..
Sudah puas lempang itu Meyut pegi depan buat ucapan perasmian.
"saya dah cakap semalam, kalau bunyi loceng saya taknak ada orang dekat luar dewan kuliah lagi, terutama kelas saya!"
Chiss !! semalam gua tak datang!
Bodoh punye angkatan Otai. Apasal tak cakap tadi.
Dewan Kuliah Seri Perak (Tempat Kejadian)
Luahan gua :Sampai ke petang pening lagi. Otak gua alami gegaran kot. Budak pompuan yang minat kat gua tu cakap, lebih kurang dalam 10 0rang, gua dengan Mat yang dapat pelempang paling kuat. Aku kan Otai Seri Perak.
Samapai Kat Hutan Melintang gua terjaga. Mangkok satu kumpulan wadeka wadeke wadeka wadeke budak india sudah naik bus. Gua tahan sabar je, kalau tak gua dah hayun satu group turun ikut tingkat. Die tak tau ke gua otai Seri Perak.
Pukul 7 gua sudah sampai Depan pasaraya Billion. Naik teksi cepat sikit sampai sekolah. Gua keluar dari perut teksi dengan megah...kire macam kaya kaya la budak2 lain tengok dari kantin sekolah, dalam hati sudah sebak 5 ringit sudah rabak.
7.30 pagi, Apa barang duduk dalam dewan kuliah, tak jantan la. Keluar dulu lepak dengan budak budak lain kat Pondok Sukan depan Dewan.. Kasi ngam dulu borak borak..
Siot aje aku nak tunggu dalam kelas, seratus orang student berape kerat je aku kenal. Semua dari sekolah kampung mana ntah. Aku budak asal Seri Perak kasi tunjuk otai la sikit. Mane leh duduk dalam, nanti habis budak budak baru tu aku pukul kalau berani angkat mata jeling kat aku. Aku kan Otai Seri Perak. Sambil borak borak usha usha tengok Meyut kalau kalau on da way mari kelas. Takde bayang pun, macam tak payah belajar je pagi. Aku tak kisah sangat.
Lepas 5 minit baru nampak Meyut sudah mari jauh, sayup sayup je dek redup pokok kayu.
Ok wahai angkatan pelajar asli Seri Perak, mari kita terabur masuk kelas.
Fuh sejuk ekon boleh buat gua mengigil pagi pagi ni. Gua terus panjat tuju kerusi paling atas, otai mesti duduk kat hujung dan atas sekali. Sambil jalan naik tangga gua memang takkan usha awek awek belah kiri. Biarr diaorang kempunan nak tunggu gua senyum. Jangan harap lu boleh dapat cinta gua tanpa usaha dan bekerja keras.
Gua sampai kerusi Meyut pun masuk.
Letak buku yang dikepit diketiak ke meja.
"Yang belakang tu semua bangun" Meyut bersuara tanpa salam.
Gua bangun, para angkatan otai lain turut bangun bagi menghormati gua.
Meyut langkah tangga. Sampai dekat Azha,
Penepang!!! Azha sudah kene lempang.
Gua kaget dan kagum.. Fuh..ape kes..
Lagi satu langkah itu tangan sudah melekat tepat ke muka Mat..
Aku nampak Mat goyang terhuyung hayang, tangan Mat berpaut pada meja bagi mengelakkannya tersembam ke lantai.
Biar betul,, Meyut sudah kat depan gua.
Pang ! siup berdesing.. Gua rasa ini bumi sudah gegar.
Gegar lagi. Badan gua rasa melayang..
Dalm kepala bergegar gua tak sedar bila tangan gua berpaut erat dekat kerusi..
Sudah puas lempang itu Meyut pegi depan buat ucapan perasmian.
"saya dah cakap semalam, kalau bunyi loceng saya taknak ada orang dekat luar dewan kuliah lagi, terutama kelas saya!"
Chiss !! semalam gua tak datang!
Bodoh punye angkatan Otai. Apasal tak cakap tadi.
Dewan Kuliah Seri Perak (Tempat Kejadian)Luahan gua :Sampai ke petang pening lagi. Otak gua alami gegaran kot. Budak pompuan yang minat kat gua tu cakap, lebih kurang dalam 10 0rang, gua dengan Mat yang dapat pelempang paling kuat. Aku kan Otai Seri Perak.
Risau Beb !
Gua risau gak beb, takut perang Palestin dah reda, perang Perak pulak meletus. Tetibe pulak gua macam setuju dengan Karpal Singh.
06 February 2009
"Jangan Marah Kucing Itu...."
Jangan marah kucing itu jika dia menggesel gesel badannya ketika lu sedang enak menggigit ayam goreng di gerai murahan ini. Jangan lah cepat melenting dan naik angin. Jangan disepak jika kucing itu menggesel badannya ke belakang badan lu tatkala tunduk bersila menyuap nasi di rumah.
Jangan disimbah kucing itu dengan air panas kerana semalam dia mencuri ikan cencaru yang ditinggalkan di singki untuk disiang. Biarpun ia kucing jalanan, kurap dan hanyir.
Menjijikkan pandangan, dia hanyalah seekor kucing yang lemah. Dia tidak diberi keistimewaan untuk mengenakan tali leher dan kepejabat pada esok pagi. Dia tiada kudrat untuk menarik pukat di laut apatah lagi memiliki sebuah sampan. Juga tiada kemahiran untuk menanam bendi dan terung serta menjual di pasar tani. Dia hanyalah seekor kucing yang disayangi semasa bulunya cantik bersih halus, dan dibuang tatkala mula dihinggapi penyakit kulit.
Jika lu digerai murahan itu, campakkanlah sedikit tulang itu, jika tidak pun bukan lu nak makan habis tulang tu, lagi mulia jika lu hamburkan seketul dua isinya. Mungkin dia telah berhari hari tidak menjamah apa apa kerana semua manusia semakin berhati batu. Seketul tulang yang sampah itu, sangat berharga dan ternilai padanya.
Mungkin anak kucing yang kecil itu baru dibuang oleh tuannya sebaik dilahirkan ibunya kerana khuatir rumah akan dipenuhi najis, tidakkah kamu mengerti dalam usia sementah itu, susu dan makanan hanya tujuannya untuk hidup.
Gua lebih rela memberi seketul ayam kepada kucing liar yang kelaparan dari RM 1 kepada mereka yang berhijrah dari meja ke meja itu. Bukan gua prejudis, tapi gua percaya orang lain akan memberi kepada mereka, dan duit dalam beg galas mereka lebih banyak dari dalam dompet gua.
Gua tidak terlalu mengutuk beb, tapi kurang selesa dengan cara tu, tak perlu Gua ceritakan bagaimana Gua mulakan hidup tanpa perlu dari meja ke meja. Bagaimana susahnya seorang ibu tunggal membesarkan seorang Gua.
Namun Gua sedar bukan semua orang punya kudrat yang sama, tapi Gua juga percaya, bahawa setiap orang punyai peluang yang sama, cuma cara jalan berbeza.

05 February 2009
"Jemputan Untuk Kalian..."
Sape nak dating dengan aku pada 27,28 feb atau 1 mac 2009 dan sponsor tiket
Alam Muzik M.Nasir?
Aku alu alukan, standart tiket pilihan RM 250, RM 200 dan RM 150 sahaja,
Selainnya tidak akan dilayan.
Peluang terhad pada 3 orang untuk 3 hari sahaja.
________________________________________________________________________________

Panas Nye Hari Ini Di Kampung Gua....
Kemaskini : 6.50pm
Esok majlis angkat sumpah MB dan exco BN berlangsung. Anwar nak wat parti malam ni. Musa Hassan cakap jangan.. apa jadi? kita Tunggu...
___________________________________________________________________________
Kemaskini : 6.15pm
Nizar utus surat pada Sultan.
Isi:Pakatan Rakyat sebulat suara tidak mahu Nizar letak jawatan sehingga krisis diputuskan oleh Mahkamah atau DUN.
_________________________________________________________________________________
kemaskini : 5.52pm
Polis sudah kepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, semua exco pakatan rakyat dan pembantu boleh keluar ye. Nizar taknak letak jawatan. Anwar berkubu di Kediaman Nizar. Perdana Menteri telah tiba di Istana Kinta, untuk apa?
mungkinkah majlis angkat sumpah MB baru akan berlaku dalam masa terdekat ini?
Kita nantikan.
__________________________________________________________________________________
kemaskini 5.52pm
PaK Lah sudah sampai Istana Kinta, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.
___________________________________________________________________________________
kemaskini 3.22pm
3 kepala atas Pakatan Rakyat Lepak di rumah MB. Nizar - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi.

kemaskini 2.33pm
Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, Baginda juga menitahkan Nizar perlu meletak jawatan sebagai MB Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

02 February 2009
"Dalam Bahasa Aku"
Kesan satu derita
Timbul satu rasa..
Rasa sukar dimengerti
Menerbit putik putik keanehan..
kau tidak melihat aku dalam sesiapa
Itu memang kemahuan aku
Kerana aku sedari tadi dan sehingga kini
kekal dan kental berupa itu
Aku merayap dengan kudrat sendiri
Aku terbang dengan kepak diberi
Aku berjalan dengan gaya peribadi
Aku Berlari dengan deru abadi
Kau jangan cuba menjadi aku,
tetapi berusahalah menjadi kau
kerana kau tidak seperti aku
aku yang bersuara dalam jerit
aku yang menjerit dalam bisik
aku yang berbisik dalam lagu
aku yang berlagu dalam bahasa aku!

01 February 2009
Akan Diam...
Sebentar lagi manusia manusia ini akan diam dan lupa kepada Palestin.. Usaha untuk segala macam derma akan semakin layu, layu dan layu... Hahahahahah,,
Segala cerita Boikot menjadi basi.....dan suatu hari nanti akan muncul lagi..
Manusia disekeliling aku akan tidak sedar, bantuan selepas perang lebih ditagih oleh mereka. Tapi mereka akan diam kerana ianya turut diam..

Subscribe to:
Posts (Atom)