31 January 2009

tagged dari Nicca Vontiya

5 products I'm boycotting :
1. Ceramah "Melayu Masihkah Kau Ingat by UMNO Teluk Kemang"
2. Tabung Derma Palestin oleh Suami Najib.
3. Pementasan Puteri Gunung Ledang (ada ke patut offer kat aku tiket rm30)
Baik aku tengok Bilik Sulit takpun Koken kat DBP.
4. Dato Seri Najib Tun Razak.
5. Filem Sifu n Tongga.

5 products i will start to boycott :
1. Gula (akan naik harga)
2. Hua Hua Hua Saiful Apek
3. Man Belon
4. Shamsul Ghau Ghau
5. Perdana Menteri Negara2 Islam

5 products that i find hard to boycott :
1. Nokia (never n never)
2. KFC (itu nikmat yang ada di dunia)
3. Olay total white
4. Yahoo.com (benda penting masakini)

Orang Yang aku Tag
1 . Dato Seri Abdullah Hj Badawi
2 . Najib Tun Razak
3 . Rosma Mansor
4 . Anwar Ibrahim
5 . Saiful Bukhari

23 January 2009

"Hei Brader" (Klasik)

Sebelum gua keje kat Unilever(Ladies Choice n Knorr), setahun gua keje kat Seben Eii.
Gaji kat situ pun kira Farra Fauzana jugak la. Tiap tiap ari gua masuk keje pkul 11. Tapi waktu tu gua dedikasi beb, pukul 8.30 gua dah sampai. Arapaima mangkok ayun bas last dari rumah gua kat Sungai Buaya pukul 8 mlm, jadah apa kalau lambat lambat gua nak datang keje macam mana.

Bos tengok gua mmg dasyat la, seumur hidup die tak penah tengok orang datang keje terlalu paling awal macam gua. Akhirnya dua bulan sebelum diberhentikan keje gua dah mula hebat, pegi keje naik motor kriss. Dan sejak itu gua akan sampai 5 minit sebelum 11 malam. Baru la adil.

Satu malam dekat pukul 12 gua lepak kat kaunter, ada dua orang customer tengah beratur nak kasi duit kat gua. Lepas tu masuk satu brader badan kurus pakai cermin mata. Brader ni kire selalu datang gak la beli barang. Die usha kat kaunter, ada customer dan Die terus pegi belakang dekat rak air.

Customers yg tadi pun dah habis bayar, kaunter lengang..Selengang lengangnya, Dengan pantas brader tu meluru ke kaunter dan tiba tiba masuk pulak 3 orang budak muda terus ke kaunter mintak rokok kat gua, dan brader tadi secara pantas jugak u-turn balik ke rak air kembali. Gua sudah boleh baca ~la~la~la~

Elok je bebudak muda tu bayar, brader tu dah stanby. Tapi bebudak muda tak keluar terus, berenti jap tengok tengok tengok paper dengan majalah yang banyak gambar pompuan pompuan cina seksi tu.....ermmmm.. Orait! Bebudak muda dah keluar, muke brader tu terpancar sinar.. Tapi keruh balik bila makin ramai, makin ramai dan ramai la pulak yang masuk...Hahahaha. Sian aku nengok brader tu..

Nak tak nak Brader tu pun amik roti, biskut dan keropok... Orang dah ramai beratur kat kaunter nak bayar, tapi brader tu masih lagi tengok tengok ape yang boleh dibeli kononnye.. Sambil tu mata jeling jeling kat kaunter usha orang. Tak keruan la aku tengok. Macam kambing jantan tercium buntut kambing betina.

Sampai ke sorang akak, ni last.. aku mintak dalam hati jangan la ada orang masuk lagi buat sementara waktu ni. Dah pucat lesi aku tengok brader ni..
Ngam..line sudah kosong, semua customers sudah keluar.
Itu Brader sudah letak balik semua roti, keropok dan biskut kat rak mana yang die sempat.
Sepantas Oto Boldon menuju ke Kaunter, aku belum sempat tanye nak yang mane die sudah cekup satu pakej "Topeng Suami Isteri" jenis Black Cat..

Die bagi aku cepat cepat sebab tau aku nak Key In dulu, dulu aku penah sound die sebab amik terus masuk poket, lepas tu bagitau "kondom 3.70 satu ye dik ".
"Ye la 3.70 bang tapi saya nak key in dulu"

Sambil menghulurkan duit brader tu cakap "Tak Tahan La Dik, Anak Dah Banyak"
Takpe Bang, rilek bang.

p/s : Brader ni dalam seminggu sekali die akan datang beli, tapi setiap kali tu die kelam kabut. Spesis "Abang Ipar Abang Din" gak la ni, cume die berani beli sendiri la.

18 January 2009

Abang Ipar Abang Din (Klasik)

2005 gua keje kilang Knorr and Ladies Choice kat Rawang, ada satu brader gua panggil Abang Din, umur dalam 32 anak dua. Din mari sama gua dia sudah mengeluh. Kata abang ipar dia suruh die buat satu benda yang tabu.

Abang Ipar die suruh die beli "Topeng Suami Isteri", balik keje malam ni bawak.
Din cakap die segan, nanti apa orang kata kalau nampak. Gua cakap la kat Din apa nak segan, ramai orang beli skang. Pegi Seben EEi amik je kat depan kaunter tu, scan and masuk terus dalam poket. Tapi die tanye lagi, banyak jenis kan, tak tau nak amik yang mana satu.

Lain la aku orang muda, takde segan sangat kalau beli topeng tu. Kes nak mintak aku tolong la ni.

Mangrib tu on da way balik keje Gua singgah Seben Eii, Seben Eii tu paling sesak sekali sebab sebelah perhentian bas Rawang. Din bagi gua rm20, die amanahkan kat aku untuk belikan bagi membantu abang ipar die.

Aku masuk Seben Eii, budak Seben Eii tu senyum kat aku, pompuan, aiseh mesti die ingat aku liar nanti. Aku ambik je pac kecik yang ada 3 pieces dan ade duri duri sket tu. Mesti abang ipar die layan nanti.

Awek tu sambil amik duit die usha je muke aku. Mesti die ngumpat dalam ati. Arhhh lantakla, niat aku ikhlas nak Tolong Abang Ipar kepada Abang Din ni.
Nampak aku keluar, Din yang tunggunya jauh hujung blok sudah senyum.
"Amacam dapat?" die tanye aku.
Ek elah, benda ada jual mesti la dapat. Die je yang segan nak mampos.
Aku keluarkan dari poket dan secepat kilat die amik masuk dalam poket die.
Ceh, macam beli dadah la plak.

Sambil tu Abang Din cakap die nak makup dalam 5 ringgit kat Abang Ipar die nanti.
Kene ada untung sikit. Ceh aku yang beli die nak makup.
Aku ajak die lepak minum, tak boleh katanya... Abang Ipar die nak datang jap lagi amik barang tu....

Orait balik terus..
_____________________________________________________________________________________

Esok pukul 7 aku tengok Abang Din dah ready depan Mesin bancuh Tom Yam.
Senyum je tunggu aku masukkan bahan bahan yang nak diadun.

Aku datang dekat aku tanye

Aku : Amacam Topeng semalam? OK?
Din : Ok ape, tebal, sebu je...
Aku : Or tebal ye.....
Din : (terfikir)..... Eh mana aku tau, Abang Ipar aku la, mesti die main malam tadi, arhh lantak la die..Kompen die main tu....(muke merah)

Hehehehehe,, dan seperti diduga.. Abang Ipar Abang Din betul la,,,..

Tak Perlu Takut..

Lama mungkin hidup di persimpangan,
lambat laun nanti aku ketahuan.

Penantian Tetap ada dalam tangan,
Kepastian dan Kemungkinan.

17 January 2009

"Seperti Di Duga"

Seperti yang diduga, Pas menang Parlimen Kuala Terengganu. Pastinya kekalahan BN ini memberi tamparan kepada Najib yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan Mac ini.
Rujuk kepada entry gua "Rezeki Rakyat Terengganu(adil kepada bangsa)" bertarikh 13/01/09.

Saingan kali ini yang dilihat lebih sengit menyaksikan Pas mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi.

Pendirian gua masih macam dulu. Gua sokong parti Pas tapi bukan Pakatan Rakyat.

15 January 2009

"Berani Mati kisah Yang Hipokrit"

Aku melangkahkan kaki ke DBP dengan satu kehendak yang tinggi. Jangkaan aku mahu melihat sesutu yang puas pada malam itu. Jerjak aku jadikan sebagai batu asas. Jika yang itu baik, yang ini aku mahu lebih lagi. Jika "Jerjak" aku berpuas hati, "Berani Mati" aku mahu lagi kepuasan yang melebih dari yang pernah aku terima.

Sebaik memasuki lohong itu aku terpikir. Dari mana para pemain akan memulai langkah. Lohong itu hanya mempunyai satu pintu dan kini semuanya tertutup. Pintu yang ada itu kulihat tak mungkin akan dibuka kerana terselit daun diatasnya, seolah olah sudah lama bilahnya tidak dibuka.

Gelap dan kelam.. Dalam kekelaman itu kesemua watak menujah masuk. Yes..Satu permulaan yang baik dan terus ke nadi tertinggi. Dup dap dup dap, jantung ku berdegup kencang beberapa minit pertama. Memang pembukaan yang menarik dan kreatif. Mampu menancapkan kesemua indera untuk kaku dan beku.

Bergerak seiring dengan cerita jantung aku tidak berdegup dengan tenteram. Ada saja dialog dialog keras yang menimbulkan unsur suspen. Unsur suspen bukan apabila Lipan dan Azhar bermain pisau, tapi melalui lontaran nada perasaan mereka. Itu yang penting bagi aku.

Razak hebat bagi aku, Jelas dia memang seorang diktator walaupun di beberapa bahagian ternampak kebodohannya. Namun ada bayangan Soffi Jikan dan Adlin Aman Ramli yang aku lihat. Gaya bertutur dan melontarkan dialog. Namun adakala seperti Nasir Bilal. Tapi takde hal la, Lu mantap beb.

Lipan, aku berfikir adakah Lipan ini akan berkuasa di akhir nanti. Ini kerana perlambangan Namanya itu sendiri. Jelas kebodohannya disitu namun adakala seperti tidak ikhlas dan masih nampak seperti berlakon. keluar dari panggung aku fikir andaian aku meleset, Lipan tidak berkuasa. Tapi dalam perjalanan pulang baru aku berfikir. Lipan tadi telah menggigit sebenarnya. Dan farid sebagai medium serta kesemua mereka adalah mangsa termasuk dirinya. Aku kata " INI BUKAN KLISE ".

Pian seorang pelakon yang cantik. Bukan paras rupa. Tapi watak dan pembawaan watak. Memang realism tapi aku tak sure samada pembawaan wataknya dapat mencuri perhatian atau tidak. Bagi aku Pian ibarat seorang penyokong kepada watak utama yang baik. Kehadirannya perlu dan kene pada tempat dan untuk meredakan ketegangan.

Aku kagum dengan lontaran suara Azhar. Jelas dan ada getar dihujung nadanya. Namun aku tak pasti adakah dia benar benar sakit, kerana adakala kesakitan itu seolah tidak dirasainya. Dari segi pembawaan watak aku memuji Wazir, walaupun Kak Lenny berkata perlu diperbaiki(itu benar) kerana aku pun belum tentu mampu buat apa yang Wazir buat. Dan adakala Azhar yang didokong oleh wazir melahirkan kebencian penonton.

Farid, aku fikir dia memang sesuai sebagai seorang "runner", namun dari segi lakonan aku tak merasakan begitu. Bukan maksud aku lakonannya tidak bagus, tapi ketika aku melihat Farid aku tahu dia sedang berlakon. Tidak seperti aku melihat Razak, Razak aku sedar dia sedang berlakon tapi tahap capaiannya tinggi dan menenggelammkan "apa yang dikatakan dia sedang berlakon". Tapi bagi aku Hisyamudin selaku Farid memang sangat sesuai, cume lakonan perlu dihalusi lagi.

Pembawaan watak bagi kesemua mereka pada aku ditahap yang baik dan tidak menegecewakan. Beberapa sindirin sosial jelas dalam "Berani Mati".
Pengarah menzahirkan pemikiran dalam bentuk yang mudah difahami dan kadangkala diringankan sedikit dengan unsur unsur humor dan pojok. Tiada pelakon yang berusaha membuat lawak, tapi ia lawak, semuanya seolah olah spontan.

Namun aku juga terfikir, "berani mati" sentiasa menuju klimaks. Tiada ruang rehat bagi minda aku selaku penonton. Mungkin ada perlunya jika graf itu diturunkan sedikit untuk memberi keredaan kepada penonton.
Atau mungkin pengarahnya memang mahu menyampai "Berani Mati" itu kepada penonton. Mati dan mati.

Isu bahasa Inggeris. Pengarah seolah berusaha keras untuk memberi gambaran kepada penonoton. Namun bagi aku lebih cantik dan indah jika ianya dibuat sebagai perkara sisi yang tepi dan bertapis tapis. Maksud aku bukan terlalu direct, tapi gaya lakonan yang seolah olah tidak membincangkan isu itu, tapi isinya terlalu dalam (adakah ayat aku ini sukar difahami)

Apa yang jelas pada aku, ialah kisah hipokrit seseorang manusia khususnya manusia yang islam. Sikap berpura pura jelas dan semua cube menjadikan ia sebagai sistem piramid. Cube untuk menjadi pemangsa dan mencari peluang untuk terus keatas.

Berkata kononnya itu tak betul, ini tak betul, tapi dia sendiri apa yang dilakukannya. Semua orang boleh berkata itu dan ini, tapi pelaksaannya siapa?
Siapa yang nak melakukannya. Benar, orang melayu ni mesyuarat je lebih, buatnye tidak.

Dari 5 bintang aku suka untuk memberi 3.7 bintang. Maaf bukan 5.
Maksud aku, ia hampir sempurna dan tiada kecacatan, namun masih biasa.

Sebenarnya hanya melalui tontonan sekali belum cukup untuk aku menangkap penghantaran pemikiran pengarah itu, aku perlu menontonnya lagi pada malam berikut.
Namun itu tidak berlaku. Tontonan pertama hanya cukup untuk aku melihat pintu dan ruang tamu, mungkin di tontonan kedua aku mampu sampai ke dapur dan melihat apa yang ada didalam tudung saji atau peti ais itu.

Tapi Aku datang dengan kehendak yang tinggi, dan kehendak itu tercapai.
Tahniah Fasyali.

Dan bagi aku " BERANI MATI ADALAH KISAH MANUSIA YANG HIPOKRIT.

p/s ; penamat cerita ni paling cantik dan aku suke.. Tik tik tik tik,, lampu merah.

14 January 2009

Kita Berdosa Membiarkan Zionis!

Aku rasa kita sebenarnya sedang berdosa. Zionis sedang menghapuskan keturunan penduduk Palestin dari muka bumi ini. Bukankah tanggungjawab kita untuk sama sama berjuang mempertahankan saudara dan agama kita? Kalian tahu tak berdosa?

Bila Pak Lah nak umumkan pasukan askar kita akan kesana bagi membantu Palestin?
Bila lagi, kini mereka perlukan bantuan ketenteraan dan senjata. Bukan sokongan moral lagi.

"Rezeki Rakyat Terengganu" Adil kepada Bangsa.

Aku bukan terlalu Pro kepada kerajaan, dan bukan terlalu memuja pembangkang.
Tapi benak aku kali ini merasakan BN akan tewas sekali lagi. Akal aku yang dangkal berkata begitu kerana aku mengambil kira jarak perbezaan undi yang hampir dalam kempen lalu. Sekitar 600 undi sahaja.

Jika kita dimomokkan dengan kekuatan BN di Buletin Utama dan Utusan Malaysia, aku juga yakin Pembangkang bekerja keras ke arah itu, dan khabarnya majlis yang dianjurkan oleh pembangkang melampau bilangan tetamunya.

Antara faktor lain yang boleh diambil kira, apabila rakyat kini telah terguris hatinya. Kos sara hidup yang tinggi dijadikan kayu pengukur. Jika ada yang sebelum ini berdiri diatas pagar, mengundi ikut rasa semasa, aku yakin rakyat mula jengkel melihat hipokritnya UMNO, kini berbagai bantuan dan prasarana dijanjikan termasuk mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan Terengganu.

Aku tak ada masalah dengan Najib, tapi aku getik bila ucapannya berbunyi..
"ini semua rezeki rakyat terengganu kita akan beri royalti minyak,
Rakyat Terengganu saja yang ada rezeki sebegini. Negeri lain di pantai timur tak ada rezeki sebegini"

Tapi apapun mungkin andaian aku tersilap, kerana biasa aku katakan akal aku masih dangkal. Namun ada masa yang lain aku menyokong UMNO kerana aku sayangkan Melayu.
Namun ada ketika aku merasakan kerajaan ini tidak adil walaupun kepada bangsa sendiri.

13 January 2009

"Orang Yang Berjalan Malam"

Dalam kekalutan manusia mengangkat cinta,
manusia sering terlupa kecintaan ini telah lama pinta dibelai.
Alpa dan leka hingga setiap cerita diangap merah.
Sedar atau terlupa, merah itu telah lama mekar,
cuma kini cerita yang sama diulang ulang berpusing balik.

Semuanya bermusim, kini sedar dan esok terlena kembali.
Bukan baru berlaku semalam, bukan kelmarin.
Dari mula keganasan Holy Land abad ke 11
"Orang Yang Berjalan Malam" itu sentiasa segar bersama cintanya.

p/s; siapa "orang yang berjalan malam".

10 January 2009

Berani Mati

Sementara belum terlambat, saksikanlah pementasan teater "Berani Mati"
masih ada 2 hari lagi tinggal malam ni dan esok. tak seperti Filem yang dapat kita tonton lagi selepas ini dengan membeli DVD Pirates, tapi teater tidak. Pementasannya eksklusif dan hidup di depan mata anda.P/s: Aku hanya syorkan produk yang terbaik SAHAJA!

Terpikir Tak?

Aku Terpikir, bagaimana nak boikot Yahudi. Apa guna segala macam perhimpuan menjerit sampai pecah anak tekak. Apa guna?

Tak ada kudis pun bagi die. hehehehehe.
Huyoo,,mesti Israel cuak bile Pak Lah kumpul semua pemimpin OIC.
Ye ke? Tapi dah kumpul nak buat ape?

Mari kita fikir.

Nak Online tengok e-mail? Pos entry ni pun guna Yahoo!
Benjamin Nathan Yahoo...... sampai internet pun guna nama die?

08 January 2009

New Year 2009.




07 January 2009

Jeans Dan Bilik Seni.. (Klasik)

Dalam banyak peraturan, sampai sekarang aku masih tak faham kenapa asrama aku dulu mengharamkan seluar jeans. Tanpa sebab yang jelas kami dilarang memakai jeans. Membawanya ke asrama juga adalah satu kesalahan, dan boleh dirampas oleh warden.

Maka sape yang ader seluar jeans kat asrama kira dasat la. Dua kali seluar jeans aku dirampas. Kalau nak tengok budak aspura menyemart, malam adalah waktunya. Dalam pukul 8.30 lepas isyak tu la kalau nak pakai jeans, time tu la nak tengok bebudak ni bergaya. kekadang ada yang smart mcm nak pegi ofis, siap bertali leher lagi.

Mana budak punk, tayang jaket jeans dengan seluar koyak. Meroyan pun ader, berbaju melayu lengkap siap sampin dan bersongkok. Aku kekadang tayang baju FTG dengan Metallica, kire hebat dah. Nak lagi ganas aku pakai baju Sill Khannaz. Memang Ganas. Budak junior lalu mesti cakap "fuyoo".

Kekadang kene jaga, nampak warden datang kene lari dulu selamatkan diri. Pi tukar seluar. Kang tak pasal pasal balik bilik bogel. Sebab tu Otai je leh pakai jeans kat aspura. Banyak budak lagi senang study pakai track sut dengan tshirt je.

Jalel member aku baru masuk asrama tegur aku.
" Ko gile ape malam malam ni pakai jeans, menyemart je"
Ate itu le timenye nak menyemart, bile lagi?

Padahal pakai bukan lame, nak pegi study je. Karang pukul 10.30 bukak balik.
Ops ada lagi satu, lepas study nanti nak pegi minum malam kat dewan makan. Time tu la nak tunjuk fesyen sket kat budak aspuri.
Baru die tau, sape Abg Aloy...Hahahahahaha...
Rugi tak buat Boyfren.

Aku study ke dulu? Opss, ermmm. Susah nak jawab soalan tu. Lepak bilik seni main kaler kaler lagi bagus. Masa form 6 aku pegang kunci bilik seni. Selalu aku tido je kat situ, ade satu bilik khas baik punye. Kat situ line clear, port bagus isap rokok. Kira itu kawasan Bebas cukai dan wilayah aku.

Masa upper six awal taun aku kecik ati sikit dengan Cikgu Nuri. Bubudak AJK sukan ramai giler gune bilik tu. Aku bagi je la, dah die cakap cikgu Nuri suruh mintak kunci. Tapi last2 bilik tu jadi Haram Jadah. Cikgu Nuri mengamuk habis semua kerusi meja terbang. Kebetulan aku datang nak ponteng kelas Cikgu Maknun. Belakang hati aku sudah terguris sebab die cakap orang yg diharap pun tak leh harap.

Aku rasa aku tak salah, tapi bebudak tu yang macam setan. Buat ****T. Ei nak aje aku sebut. Aku terus tak amik tau pasal bilik tu. Sebulan aku tak jumpe Cikgu Nuri. Lepas tu Cikgu Nuri naik pangkat jadi PK, dia tak amik tau pulak dah pasal bilik seni langsung. Maka dipendek cerita die perasan aku merajuk dan hubungan kami baik balik dan aku bebas menjadikan Wilayah itu tempat ponteng kembali. Die tak tau sampai sekarang kegiatan gelap banyak berlaku disitu...

P/s: Lame tak jumpe Cikgu Nuri. Last die jadi pengetua dah.

06 January 2009

Tutup lobang,,,,,,,,,,,,(takpe..aku TABAH)

Selepas menghabiskan rm 1000 untuk membayar hutang aku sempena Sem Lepas,
Pagi ini Pejabat JPN aku tuju pulak. Not RM50 dua keping kuhulur dan Mykad yang menjadi idamamku sejak setahun lalu kini bertukar tangan. Sah aku kini warganegara Malaysia.

Singgah jap JPJ pulak sempena memperingati Road Tax motor aku yang dah mati semenjak 2006. Siot insuran dah naik harga, dari rm64 kelas bodoh ke rm125. Erm bayar je la. Yes akhirnya aku boleh hidupkan road tax.

Tap tap, Blacklist da. Aku gi check ada 2 saman. Hampeh, ntah sape naik motor aku takde lesen kene saman, dengan aku aku sekali kene saman jugak. Lagi satu saman pasal aku tak dapat surat saman yang pertama tadi. Orang yang bawak, aku jugak kene saman. Rm 200 lebur disitu. Maka nya hari ini aku budget Rm 2500 akan lebur menjelang petang nanti.

Dan esok rm600 akan dikorbankan untuk sewa rumah selama 3 bulan.

Lusa nak bayar yuran UiTM,,hehehe,,tambah hutang baru pulak. Gali lobang tutup lobang.

Takpe, aku kan TABAH melakonkan hidup ini.. Ye, aku TABAH dilakonkan OLEH hidup ini.
AKU TABAH.

_____________________________________________________________________________________


lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza, semalam.

Bagi aku, lelaki ini perlukan ketabahan yang lebih berbanding aku..

05 January 2009

Mereka itu Zionis !

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang maha pemurah, maha penyayang dan maha mengasihani.
Di pagi yang mulia ini, kau perkenankanlah doa doa kami Ya Allah.
Kau lindungilah saudara saudara kami di Gaza.
Kasihanilah mereka Ya Allah, berikanlah kemenangan kepada mereka.
Berikanlah kekuatan kepada pejuang Hamas.
Kau satulah seluruh umat Islam agar tiada lagi saudara kami yang menangisi kematian.
Kau satukanlah umat Islam agar Mampu menegakkan agama-Mu dan mampu membela saudara kami Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang maha permurah, maha penyayang dan maha mengasihani.
Kau hancurkanlah rejim zionis Ya Allah, kau gagalkanlah "Operation Cast Lead" mereka.
Sesungguhnya bangsa itu telah banyak menyeksa dan membunuh saudara saudara kami di bumi-Mu, Mereka telah lama melarat Ya Allah. Hentikanlah tangisan dan ketakutan mereka Ya Allah, dibumi-Mu PALESTIN..

Amin Amin Ya Robbal Alamin.

04 January 2009

Jom Tengok!!!