8.30 malam
"assalamualaikum"
Gua dengar ada orang bagi salam dari luar, gua khuatir samada nak terima salam tu atau tak. Sementelaah zaman tu para penduduk honar di taboh tabohkan dengan cerita hantu susu. Ye hantu susu, perempuan memakai tudung yang mengendong bayi, meminta susu kepada tuan rumah apabila dibukakan pintu. Namun anak yang dikendong itu rupanya seketul batu nesan. Astafirullah al azim.
"Waalaikumusalam"
jawab opah gua yang masih kedengaran bunyi jawanya dari sudut dapur. Oh jauh rupanya perkiraan gua hingga kotak fikir ribut memikirkan hantu susu. Susu memang bagus untuk bagus untuk tumbesaran kanak kanak seperti gua waktu tu. Tapi hantu adalah sesuatu yang bisa merencatkan perkembangan minda. Dan cikgu disekolah sering mengingatkan murid murid agar tidak menjadi kacang hantu.
"Bukaklah pintu tu tengok sape datang"
arah opah gua separa panas hati jugak bila mana gua masih kaku berdiri samada nak bukak atau tak. Pak Uda gua masih leka menonton cerita MCGyer di TV 2 sambil mulutnya tidak menghisap rokok. Itu kerana beliau sedar akan bahawa Rokok Itu Membahayakan kesihatan walaupun rokok masih murah waktu tu. Tambah tambah lagi atuk gua hisap rokok More pada zaman itu.
Perlahan gua bukak daun pintu. Susuk tubuh Mak Cik Jamiah jelas kelihatan, wah disebelah Mak Cik Jamiah ada Linda... Apa Linda? Ye Linda! Gua kaget! terus lari lintang pukang meluru masuk ke bilik. Apa ni? Nak lamar gua takde bincang bincang pun? Semasa Linda dan Maknya duduk diruang tamu, sekali sekala sempat gua curi curi intai wajah ayunya dan curik curik dengar apa diaorang diskus.
Sampai Linda balik rumah malam tu, baru gua tergerak hati nak keluar bilik.
K.K : Lepas Tu tengok ni.. gua terharu ni.
8 komen:
aloyyyyyyyyyyyy
azzaliena Suziantie:
yeeeeeeeeeeeeee?
nak jerit aloyyyy gak..
Razman :
aduiiiiiiiiii..
pemalunya lu..
gud2..
apasal xkasi susu badan je?
gua pun terharu
dzul hafixi :
mesti la.. tengok pun tau kan..
Sharamli :
lebih berkhasiat kan..
Maqruf Lim :
bagus la kalau gitu..
Post a Comment