10 September 2009

Melisa (Bahagian Terakhir)

Bukan Punitha tidak sayang kepada Husin, namun itulah, hidup ini bukan cinta saja yang perlu dikejar. Banyak perkara lain yang lebih penting. Dan kerana husin juga Punitha memilih menjadi Melisa, namun tatkala dirinya menjadi Melisa dia mula keliru apakah yang akan dilakukannya nanti benar dan tepat.

Punitha meletakkan sesuatu batu tanda yang hanya dia seorang saja tahu, batu tanda untuk Husin dan Joseph. Jika siapa yang menyenangkan dan meyakinkan di batu tanda itu, itulah dianya. Itulah cahaya yang diharapkan.

Punitha telah bayangkan segala apa yang bakal diterima, dia pasti akan dibenci ayahnya, malah seluruh ahli keluarganya juga mungkin tidak dapat menerima keputusannya esok. Namun dalam hal ini Punitha harus sedar, bahawa itu semua hanyalah helah dan cabaran dunia.

Husin menyesal atas segala yang terjadi, segala sangkaan meleset. Cinta kepada Melisa menjadi tragedi dalam hidupnya. Entah mengapa disaat akhir begini Melisa tidak memilih Islam agar dapat berkahwin dengannya. Entah madu apa yang dilihat pada Kristian dan tegar memilih Joseph, menjadikan Husin masih kabur.

Namun Melisa, memilih bukan kerana Husin atau Joseph, tapi kerana Islam dan Kristian itu sendiri. Melisa lihat cahaya itu ada pada Joseph bukan Husin. Cahaya hakiki diyakini adalah pencarian dan penemuan terbesarnya selama ini.

15 komen:

bias® said...

ah sudah?

patungcendana said...

cahaya?...joseph tu self illuminating rupanya...

yg_indah said...

husin akan dapat yg lebih baik nanti.

mamai said...

mungkin husin sendiri tak membawa cahaya itu

azzaliena suziantie said...

cahaya

sharamli said...

w0it..w0it..w0it..

xkn da abes k0t...

Unrestmind said...

bro..husin tu husin lampoyang ke???

FareeZan said...

betoike dh abes?

aloy_paradoks said...

Bias:
Ye sudah...

Patungcendana:
Lebih kurang la..

Yg Indah:
Kalau dapat..

mamai:
ya.. itu maksud gua yg sebenar..

Azzaliena Suziantie:
ye.. lampu suluh..

Sharamli:
ye... ada apa? dah habis dah..

Unrestmind:
lebih kurang la..

Farezan:
betoi... tak tipu..

triple x malaya said...

gempak jugak cite nye..

kimisai said...

akhirnya....
joseph jugak...
btl ke sebab keyakinan keikhlasan??

dzul hafixi said...

mungkin cahaya itu belom muncul dalam zahir husin...
harapnya suatu hari nanti...

aloy_paradoks said...

triple x malaya:
keluarkan modal, gua boleh bikin cerekarama utk tv3 punye..

Kimisai:
yup... mereka ada apa yg kita tak ada.

Dzul Hafixi:
ye betul... mmg belum muncul.. entah bila.

abuyon said...

salam aloy,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya pakcik a ..
pinta anak-anakku ..hehe

en.Adam said...

akibat nila setitik
rosak susu sebelanga
penganut tak bercahaya sangat
macamna nak yakinkan orang
bahawa agama kita ini yang tulus dan benar??