25 September 2009

Kebaikan Jus Mengkudu (Klasik)

Mengkudu di budak baru masuk hostel, katanya dulu sekolah dekat Jinjang. Masa tu ntah kat mana Jinjang gua pun tak tahu, maybe kat negeri China kot rasanya, bunyi macam Xincang je. Kalau takat leher jinjang tu biasa la dengar dalam lagu Jefrydin.

Mengkudu ni tak ada la hensem mana, takat badan solid kurus itu bukan dia la sebab dia kembang dibahagian punggung. Oleh kerana Si Hafiz Gambus dah lama keluar dari group nasyid dan diganti oleh Hafiz Hamidum yang waktu tu belum berapa nak kurus sangat. Lepas tu Hafiz Hamidun pulak keluar. Maka diadakanlah ujibakat ataupun audition untuk mencari penyanyi utama selama 7 hari 2 malam menjadikan kesemuanya 72 hari.

Berbekalkan wajah yang berbinturung maka si Mengkudu ini pun mengengkang menjalani sesi ujibakat. Setelah dinilai dan difikirkan maka Mengkudu pun terpilih untuk mengisi kekosongan itu kerana namanya juga adalah Hafiz. Jadi selepas Hafiz Gambus dan Hafiz Hamidun kini Hafiz Mengkudu pula muncul.

Namun begitu nasib Hafiz Mengkudu tidak semeriah berbanding dua Hafiz tadi. Kumpulan Nasyid masih juga menjuarai pertanding pertandingan dalam perak dan kebangsaan namun Hafiz Mengkudu tidak pernah mendapat surat surat cinta dari pelajar perempuan seperti dua Hafiz terdahulu.

Sebaliknya kini Azlan Bonggo yang lebih menyerlah kerana kebolehannya untuk menghilangkan tangan semasa mengetuk bonggooo. Populariti Azlan Bonggo menenggelamkan Kehebatan Hafiz Mengkudu. Seterusnya pada tahun 2003 sekali lagi mereka sekumpulan mewakili sekolah bersama Nurul Asyikin yang memang tiap tiap tahun menjadi wakil pertandingan sajak.

Namun beberapa minggu sebelum pertandingan itu Hafiz Mengkudu telah mengalami kemalangan jalan raya hingga mencederakan wajahnya. Maka pada hari pertandingan ramailah peminat nasyid seluruh Perak datang berhimpun menyaksikan kehebatan kumpulan Nasyid Seri Perak dan Menyaksikan Nurul Asyikin mendeklamasikan sajak ciptaannya. Yang capik datang bertongkat, yang buta datang berpimpim, yang kurap datang menggaru.

Petang itu Azlan Bonggo termenung bersama Hakim Toid dan Ramadhan Kantan sambil melihat Nurul Asyikin mengelap piala kemenangannya. Azlan Bonggo tajam menjeling Hafiz Mengkudu di tepi yang telah sedikit sumbing bibir dan hilang 3 batang gigi akibat kemalangan jalan raya tersebut.

Azlan Bonggo : Tu la aku cakap... susah nak menang.. angin banyak sangat keluar dari mulut ko tadi tau tak. Tak boleh control dah, mike berangin je.

22 komen:

•·.·´¯`·.·• naDDy •·.·´¯`·.·• said...

Yang capik datang bertongkat, yang buta datang berpimpim, yang kurap datang menggaru.


hahahaha~


tapi ape kebaikan jus mengkudu yang cuba ditekankan disini?

dark ray said...

macam kenal je nurul asyikin tu??

sharamli said...

angin mulut xpe..jgn angin bawah..

mamai said...

hampeh patut la kalah..hafiz mengkudi joint sekali patut kau balut ajer muka dia

aloy_paradoks said...

naddy:
eh ada.. takkan tak perasan.

Dark Ray :
mana kenal?

Sharamli:
angin mana mana sama je.

Mamai:
ada jugak ingat nak buat mcm tu.

momo said...

hahaha....7hari 2malam = 72hari...aloy ni klaka la...hohoho

@tune® said...

hihi...
cari populariti penting ye mase bertanding..

jus mengkudu??bluekkkkkkkk

kimisai said...

cek mike blaik...kompom berkulat...

jo said...

gua ni pesen lurus bendul...
susah nak paham perkara yang lu ngarutkan disini.

adibah said...

Yang capik datang bertongkat, yang buta datang berpimpim, yang kurap datang menggaru. <-- ni macam nak gi spital jer...

*musykil ni kenapa Nurul Asyikin boleh menang tiap taun.. birokrasi, kronisme ataupun veto? hehe

aloy_paradoks said...

Momo:
apalah makna semua itu, jika hidup dibelenggu suara2 sumbang.

@tune:
itu semua datang secara tak sengaja.

Kimisai:
gua rasa sape guna lepas tu kompen muntah.

Jo:
bace je tak payah fikir. kalau fikir mmg tak fhm..

Adibah;
tak ada la tiap tiap tahun, ada masa kalah gak...

paiseh said...

rare sungguh nama mereka~

bias® said...

dengan mengkudu pun kau kawan? hebat!

PAJID said...

nurul asyikin x ganti bernasyid?

patungcendana said...

patungcengana likes this....:-p

jus mengkudu?...boleh minum ke?

Pegawai Khalwat said...

"Driver, pergi Jinjang ya!" Bak kata Cikgu Shaari dalam Masam-Masam Manis.

aloy_paradoks said...

Paiseh :
yang itu susah nak cari skrg.

Bias:
kdg2 kawan gak...

Pajid:
tak,, kejadian tu kat sekolah ahmad boestamam la rasanya kalau tak salah.

Patungcendana:
boleh la,, tapi tak panggil jus mengkudu.. ia dipanggil jus cengkudu.

Pagawai Khalwat:
arwah dulu penah jadi cikgu besar.

azzaliena suziantie feisal said...

jus mengkudu???huahua

ASE1 said...

sebelum pertandingan , napa x carikan pagar baru utk si mengkudu tu .. taklah jus nya asyik tempias kat mic tu ...

patungcendana said...

kenapa panggil cengkudu?

en.Adam said...

nurul asyikin mmg tak penah kalah

aloy_paradoks said...

azzaline suziantie:
baik utk kesihatan.

ASEA1:
tu la,, tak terfikir lak,,, skrg dengar citer dia dah ada pagar palsu.

Patungcendana:
ha itu kene tanya syarikat pengeluarnya. kalau Onyang gua dia makan mentah je...

En Adam:
tak jugak,,, sebelum2 tu dia dah byk kali kalah.