Cerpen 1 episod
Danial sengaja membiarkan kakinya terjuntai juntai hampir mencecah air. Arus mengalir lesu dari darat ke baroh, terus memenuhi setiap ruang dan salur yang mampu terisi. Resamnya air akan sentiasa memenuhi ruang yang bisa diisi asalkan tidak terhalang. Dan resamnya manusia adakala akan melalui hari hari yang penuh sunyi sepi. Tanya pada hati apa yang tidak puas dengan dunia ini.
Dari titi tempat melabuh punggung Danial melihat seluas sawah yang sedang menguning, syahdu bagai selautan emas terbentang. Angin bertiup dari barat ke selatan asik mengalun alunkan lautan emas yang bagaikan berombak. Dalam kesyahduan ada kesedihan yang meruncing. Jika dibiar pasti makin gamat runcingannya, pasti honar seluruh urat nadi dan deru nafas berterabur tidak bersatu.
Petang semalam mayat Abah selamat dikebumikan. Dalam usia sehijau padi yang menghijau sial hidupnya bertambah tambah. Beberapa malam sebelum Abah pergi mengahadap penciptanya Abah sempat berpesan. Abah berpesan biar apa yang berlaku dalam hidup Danial perlu tabah dan kuat melakonkan hidup ini. Abah kata hidup ini ibarat sebuah drama. Sebuah drama akan ada Heronya. Dan dalam drama ini Danial lah heronya. Kata abah lagi Hero perlu berani hadapi siapa musuhnya sekalipun.
Dan selepas malam itu, abah tidak lagi banyak bercakap. Abah menjadi pendiam yang teramat sangat. Abah hanya bercakap bila perlu.. bila perlunya Abah mintak air, bila perlunya Abah ke Tandas untuk berak dan kencing. Abah tidak lagi mengadu sakit sakit dan pinta dipicit badan. Hanya batuk batuk kasar abah yang jelas kedengaran. Abah lebih suka dibiarkan sendirian. Dan dalam sendirian itu, Danial sendiri tidak pasti bila Abah hembuskan nafas terakhir. Yang pasti pagi semalam tidak seperti pagi pagi sebelumnya. Puas disahut dan digegar seluruh badan Abah tidak juga menjawab. Danial pasrah.. inilah masa sekian lama dikatakan Danial perlu hadapi. Pagi itu terburai air mata anak jantan kecil ini. Terpekik jerit tangis sendu Danial.
Dulu pada hari hari terakhir ibu, ibu juga berpesan. Danial mesti berani. Danial mesti berani kerana sampai satu masa Danial perlu melakonkan hidup ini tanpa ibu dan Abah. Kata ibu, jika ibu perlu pergi dahulu, begitu juga dengan abah. Abah juga akan perlu pergi dahulu. Waktu itu Danial keliru.. terlalu keliru dan terlalu sulit untuk mengerti. Cuma kata ibu.. hidup ini sangat buas.
Selepas ibu pergi untuk selamnya, abah bawa Danial pulang kekampung. Badan abah juga mulai melemah dan sakit sakit. Kadangkala abah sukar nak bernafas. Menurut abah mereka perlu pulang kekampung kerana masa abah juga tidak lama. Dan sampai suatu masa nanti Danial perlu hidup dengan atuk dan opah saja, tiada abah, kerana abah akan menemani ibu. Atuk dan opah akan menggantikan tempat abah dan ibu. Danial akur walaupun benak dihati begitu sukar diungkaikan segala kekusutan yang membelit.
Dan memang hari ini, petang ini Danial semakin tabah. Danial semakin kuat. Danial merasa airmata ini adalah airmata terakhir yang akan dititiskan untuk seumur hidup ini. Untuk apa lagi airmata selepas ini? kerana seksa dan ujian terbesar dalam hidupnya telahpun ditempuhinya kini. Telah pun diselesaikannya. Maka segala masalah dan cabaran yang mendatang hanya permasalah picisan yang mungkin pada orang lain besar dan dasyat sungguh musibatnya.
Maka pada suatu hari jika ada cabaran melanda.. akan Danial ucapkan
"arhhh.. aku telah lalui musibat yang lebih celaka dari ini"
''''''''''''''sepuluh tahun lalu''''''''''''
Rashid termenung, esakan dan amukan Amera tinggal hanya esak esak yang lemah.
Tiada apa lagi yang terdaya dan mampu Rashid lakukan. Apa yang sepatutnya berlaku sudah berlaku. Celaka yang terbesar dalam seluruh hidup ini sudah datang. Datang dalam dirinya, terus kepada Amira.. dan yang pasti natijah itu turut meremukkan bayinya yang masih kecil.
Sesalan kini bukan lagi sesuatu yang menguntungkan, celaka bagaikan jelas didepan mata. Dosa ada dimana mana. Dosa rashid mencelaka pada Amira dan Danial.
Dan celake itulah kasih sayang yang Rashid pupuk selama ini.
Perlahan Rashid mendakap Danial yang lena di buaiyan. Mudah mudahan Danial tidak terkena natijah H.I.V ini.
17 komen:
kesan dosa yang terpalit, tak akan hilang walaupun jasad dah mereput dalam tanah..
sesal dgn apa yg berlaku tak akan merubah takdir yang sememangnya wajib berlaku..
cuma peristiwa sahaja yang membezakan.. samaada jijik atau sucinya kehidupan yang bakal dilalui oleh insan2 yang ditinggalkan..
ganas. boleh buat cerita hari raya nie. "danial buruk".
best gilee..
sile lah mengupdate..hehe...
btw rashid men dg nyk perempuan meh?
أول شهر رمضان رح وآخره عتق من النار مة وأوسطه مغفرة
Ertinya: awal bulan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari Neraka.
selamat berpuasa.
uh..ending yg wa tk sangka...baik nye plot beb...leh bikin cerita pagi raye nih..
hidup adalah lakonan.adakah berlakon kena HIV?;)
patut ada epis0d 2 ni..
huhu.
nice entri.
ada sambungan tak?
sadis...untuk sesuatu yang tak ingin diwarisi
name gempak tu danial..name orang bandar tu...
adakah celaka yang lebih besar menunggu danial? kesian danial...
Sis Nita:
terima kasih atas pandangan Sis. Tapi kenapa gua tak boleh nak komen entry Sis?
Bias:
Babi...
Azzaliena Suziantie:
yup.... rashid kerap melanggan semasa zaman bujangnya.
Kay:
Terima kasih.
Akupentoi:
nanti gua jual kat Rashid Sibir.
Yang indah:
semua yang berlaku adalah lakonan.. tapi tak bermakna lakonan itu bukan kebenaran.
Sharamli:
kesian dekat orang bace.
Nuyuljana:
tak ada, kerana kisah Danial akan ditentukan oleh alam selanjutnya.
Mamai:
tu la... tapi apakan daya.
Triple X malaya;
kalau lu bace betul lu akan tau mmg Danial berasal dari Bandar.
Patungcendana:
ada, tapi itu semua adalah mainan bagi Danial, kerana celake yang terbesar sudah dirasainya.
KALAU TIBA-TIBA GUA PERGI SAMBUNG EPISOD DUA KEJAM TAK?
abah...
amira...
erm...
dahsyat...
insaf sikit
terasa insafnye...
Dark Ray:
sukati la.
Zircon Mono:
ape tu?
@tune:
sikit pun jadilah.
ntah..
Post a Comment