05 July 2009

MIMPI

Seperti yang dihonarkan sekali lagi "MIMPI" bertandang bersama "Dunia Gelap". Gua tanak bina janji setinggi langit, bersinar segunung intan, cume kali ini isyaallah akan menjadi lebih baik dari yang sudah. Nama nama yang tertera di poster sudah berjanji untuk datang memberikan sesuatu, dan diharap lu orang semua sudi untuk menerima sesuatu itu.

Sekali lagi gua tegaskan ini bukan majlis gergasi yang garang, hanya majlis kecil di pondok yang romantis. Berita baik watak utama kita "air soya" akan turut berada disitu.
Tapi kalau niat datang nak cari awek susah la, sebab gua pun ada. Kalau nak cari pakwe hensem mungkin dapat kot, juga sebab gua ada.

Dengarkan pekikan suara mereka, petikan gitar mereka dan bongkarkan cerita seorang Tajalli.

K/K: Gua rasa Dark Ray akan bertobat lepas ni.

Update : Kepada yang berminat nak pergi sila sahkan kehadiran anda di no Henfon yang tertera di poster atau di blog ini pun boleh. Agar mudah untuk kami menyediakan sedikit keperluan mengikut jumlah tetamu.Terima Kasih.

28 komen:

bias® said...

ala...kau jek ker?

aloy_paradoks said...

Bias:
Ye,, kau jugak.....

a.b geldofg said...

aku nak hidu seni mu

aloy_paradoks said...

Ab Geldofg:
Terima kasih beb, tapi gua tak buat show.. ini majlis puisi dan akustik, jadi lu boleh bace mcm mana perjalanannya..

wa stomek said...

gua ke majlis besar di kajang semlm..heharap gua juga mampu ke majlis besar lu orang....

erk...stanby soya utk gua...

en.Adam said...

wa stomek~
ini bkan majlis besar bro
majlis kecil kecilan je

aloy,lu rasa dark ray tu
senang ke nk insaf??
dia datang ke??

wahyudi my said...

Sheila siapa?

wa stomek said...

en adam:
apa saja yg bersangkutan dgn seni dan ikhlas..wa anggap sesuatu yg besar..wa salute luorg......

zul hafixi said...

sume lu aloy... camne gua nk cari awek.. arghhh...

yg_indah said...

aku sokong dari jauh.sbb aku mmg jauh

patungcendana said...

betul kau janjikan sesuatu?

paiseh said...

dan sekali lagi gua tanam cita2 nak pegi..

sharamli said...

kal0 aku g ssh gk awek2 nk cri pkwe..
sum0 dpt kt ku..hua3

@tune® said...

InsyaAllah...da lame xg majlis cam nih...

aku g bersama krisantimum tea...okey gak kn??

aloy_paradoks said...

Wa Stomek;
Kalau begitu penafsiran lu tentang majlis seni gua hargai dan ucapkan terima kasih, moga lu berkesempatan utk hadir, insyaallah.

EN Adam:
Entahla,, nak buat show pun takut.

Wahyudi My:
dengar citer artis berkumpulan... lawa budaknya.. eleh leh buat tak kenal lak, lu jangan lupe dtg bro,, gua nak baiki kalau ada kesilapan majlis yg lalu.

Zul Hafixi:
haahhahahah, jadi lu kene datang la, buktikan bukan gua sorang je.. ala lu duduk Shah Alam je kot.

Yang Indah:
Kalau begitu, dari jauh jugak gua ucapkan terima kasih,

Patungcendana:
Insyaallah gua cube beb jadi MC yang terbaik mlm tu bersama Adam.

Paiseh:
Tanam beb.. gua harap ia tumbuh dan berbuah..

Sharamli:
Wah.... besar selera gak,,, gua tak caye.. lu kene dtg buktikan..

aloy_paradoks said...

@tune:
Gua harap lu mampu realisasikan Insyaallah tu..

dark ray said...

ahh mimpi la lu..
tak ada orang datang punya..

aloy_paradoks said...

Dark Ray:
Lu cakap byk lak,,, gua buat keje kat sini,,, lu lepak lepak kat Kuantan..

boe~ said...

gua rasa gua pun nak pegi. gua tak minat puisi tapi gua minat itu akustik

mamai said...

orang yang dah bersara boleh joint ker

n a r d indie winkie said...

hoh? apakah ini gig atau sekadar teater?

wahyudi my said...

Apa pasal la hari ahad bro.. Kalau hari lain boleh jugak aku merasa air soya kauorang.

shakinah said...

sebenarnye..
ape benda mimpi ni?
teater kah? musikal kah?

aloy_paradoks said...

Boe:
Ya silakan..... ayuh..

Mamai:
Apsal gua bukak blog lu tak dpt...
usahkan dah bersara,, dah malas nak idup pun boleh join..

NardIndieWinkie:
kenapa sekadar teater.. adakah gig itu lebih tinggi darjatnya dari teater.. Teater skrg dicemari oleh pembikin yang kurang berfikir hingga orang luar menyangka teater itu bosan..kalau pegi pembikin yg hardcore mungkin anda akan rasa kesannya.. Ini majlis puisi dan akustik.... majlis seni yang santai di tepi tasik shah alam.
Semua dijemput hadir sekiranya berminat lepak bersama seni.
silakakn.

Wahyudi My:
Sebab itu je waktu yang dpt gua gunakan pondok itu, dan itu waktu yang gua ada.. Dan kami pilih tarikh tu sbb isninnya cuti umum.

Shakinah:
Serti yg gua tulis di poster tu:
Satu Lagi Majlis Puisi dan Akustik. Maka semestinya ada permainan akustik dan permainan puisi mengikut gaya bebas. Ia juga sebhagian dari teater dan musikal.. tapi bukan cerita.

zul hafixi said...

gua dtg.. bagi sokongan kat adik gua... sambil2 cari awek... jage lu aloy... hahaha...

aloy_paradoks said...

Zul Hafixi:
Adik lu? sape?

vidadarisakura said...

makanan kompom sedap x?

aloy_paradoks said...

vidadarisakura:
dekat depan tasik ada MCD.. kompom sedap rasanya.. org kata la..