Hati resah gelisah, perjalanan terasa semakin berat. Hati membentak ingin segera sampai. Perjalanan dengan Kapcai memang menyeksakan, helmet tanpa pelindung bagaikan sial yang menjadi jadi. Angin lintang dari kereta yang memotong laju turut menyerpihkan sisa kecil habuk dan batu ke mata. Mata merah terasa pijar, perit.
Jika berkereta pasti perjalanan menjadi semakin lancar dan tidak terlalu menyeksakan. Hidung turut sebu menyedut asap asap hitam. Kapcai? huh, seksa. Angin lintang dari lori lori besar membuat kapcai terasa tersedut kebawah lori bergerak laju. Lebuhraya memang sangat merbahaya untuk sebuah kapcai buruk seperti ini.
Leka difikiran dengan perihal permasalahan itu dan ini...
Syuuuupppp.... Lori besar memotong, segera muka lidah depan beg coklat ternganga dek hentaman kuat angin lintang... Sempat dilihat kertas kertas kecil menderu keluar ke lebuhraya,,,
Hah! terperasan, ada seakan akan benda hijau turut keluar. Sempat tangan kanan menekup ke paha. Dapat! tapi kapcai tidak lagi stabil, seakan goyang dan mahu jatuh ke kanan lebuhraya,, risau maut menanti segera tangan kanan mengendali kembali pemulas minyak. Benda hijau terbang.... terbang...
Ye! break dipulas, berhenti setelah kira kira jarak 3 tiang elektrik dari benda hijau terbang. Benar! itulah not besar yang tunggal, RM 5.
Digilis kereta, terlihat dari juah not hijau terbang... tapi entah kemana.
Berfikir............
Itu saja not hijau untuk menuang minyak bagi perjalanan pulang. Not tunggal.
Berfikir............
Lengan seketika lebuhraya, pusing segera kapcai, lalu tepi tepi usha usha kalau ternampak lagi dimana not hijau itu... jauh... jauh... makin jauh... not hijau tiada.
Takpe....bukan rezeki....
Pusing teruskan perjalanan,, pulas minyak perlahan, masih berharap not hijau terlihat...
Zap..... kereta menderu laju... nampak not hijau terbang dan melayang ketepi sedikit..
Berhenti tepat disitu... bongkok kan badan sedikit dari atas motor capai not hijau disebelah kanan.....
PONNNNNNNNNNNN!!!!!
Sebuah Toyota Hijau tak sempat mengelak..
Di tangan yang berdarah... tergemgam erat not hijau untuk meneruskan kelangsungan.
Kepala yang bersepai tercerai tempurungnya dimerata rata. Lebuhraya... basah memerah disirami darah..
31 komen:
tragic...
kenapa toyota warne ijau?
5 hingget ke 5 pul0h?
ganas. kenapa kapcai brek dier kena pulas?
huih
hm..sadis..
muntah darah aku bca.
nilai nyawa = rm5
ni masuk kes pembunuhan ni.
wuaaa.. cedey owh.. dah bergenang air mata nih..
orang susah memang hidupnya lebih ber'warna'
lebuhraya memang menakutkan
sedih.
:((
(^_^)
kejamnya dunia...
teringat xcident masa aku nak pegi keje 2 hari lepas..budak bawak kapcai..tragik giler...
apesal ngeri sangat ni..??
fuh ayat.....tak tercapai kepala otak gua..
Si hijau yang besar membunuh orang yang berusaha mendapatkan hijau yang kecil juga.
Hummm.....
Menarik tu....
aku setuju dgn pegawai khalwat....dan pengakhirannya disimbahi dgn darah yang berwarna merah...
patungcendana:
tragedi..
momo the munkee:
citer gua, gua nak bubuh hijau.
sharamli:
dah tulis dah dlm citer tu.
bias:
tarik sebenarnya, bukan pulas,, silap.
shakinah:
ye?
Qishie:
takde la sangat..
hazerin:
gi basuh dulu,, org terpijak lak karang.
Pajid:
ntah,, ye ke,, tak tau la pulak.
itu.aku:
eh, jangan cedey...
Yang Indah:
ye,, itu gua lebih setuju.
En Adam:
jangan takut pada apapun.
Nuyuljana:
knp?
Kay:
hai.
Adibah:
Dunia tidak kejam...
Jo:
kapcai mmg trajik hidupnya..
Paiseh:
bukan kelakar ke?
akupentai:
mcm lagu Elyana lak..
Pegawai Khalwat:
Kerta Karbon:
itulah,,,, merah adalah warna yang dasyat..hijau itu keperluan yang membunuh..
kerana warna hijau semuanya berterbangan...nanti suruh dia mintak kat aku la warna ijau tu
otak dia warne hijau gak ke aloy???
Mamai:
bak la,,, kasi gua..
Zul Hafixi:
tak,,, otak die kuning sedikit.
benda tuh kereta ke??
kereta ke benda tu?
Nice Blog. Congrats.
-Zakir Ali ‘Rajnish’
{ Secretary-TSALIIM & SBAI }
[Editor- Children’s Poem & Adult’s Poem]
giler la aloy...hingga ke india kemahsyurannya tersebar...
lain kali ikut laluan sikal
tukar la jadi comedy...
hye salam ...lame x jenguk blog u..k la u tk cre k..bye
ko buat aku suspen saja!
aku rase yg berwarna hijau tu mesti dlm nilai rupee...kalo tak,knp pula saudagar india itu mnyapa ko kan..
Post a Comment