Gua mmg takde plan nak sampai hingga ke tahap ini, gua memang tak pernah plan ini akan terjadi pada hari ini. Semuanya berlaku tanpa gua sedari, semuanya berlaku bukan dengan kehendak gua. Benarlah kata pepatah, makin kita kejar, ia semakin jauh berlari, tapi bila tak dikejar, ia dekat menghampiri. Itulah karaoke.
Gua biar Angah Silotape melakukan segala urusan, gua hanya diam berteleku disebelah sambil berkira kira mahu menyanyikan lagu apa sebentar lagi.
"Bilik 11 ye" ramah je pekerja pusat karaoke di Sunway Piramid menunjuk arah bilik pada kami.
Sebaik saja pintu bilik ditutup dentum terus berdemtum irama sumbang memecah hawa gegendang telinga. Benar gua tak sangka. Memang tak sangka. Kalau Awie dengan Amy nyanyi berduet pun semput bawak lagu Gemuruh... Gua selamber je amik part Amy dengan Awie sorang sorang. Pulun. Ceh! takde la susah mana pun lagu ni.
Tiga jam bagai nak beku dalam bilik. Pada jam ke4 segera keluar apabila rasa rasa macam dah nak puas. Lagu Ahmad Jais pun dah tinggal sikit je belum nyanyi.
Angah Silotape dah keluar dulu,,, keluar sambil memeluk erat tubuh tanda kesejukan.
Gua usha kanan, usha kiri.... capai apa yang patut dicapai,, letak dalam poket.
Gua tanak ulang alik dua tiga kali masuk bilik tu lagi, amik henpon tertinggal la, dompet la, jadi gua pastikan betul betul tak ada barang tertinggal. Dan tegukan dari jernih Jus Belimbing gua habiskan untuk tidak menghampakan hasrat hati.
Dipintu keluar Budak Silotape dah usha gua,, tengok gua macam tak puas hati, tau la gua tak bayar duit karaoke tadi. Tak payah la buat muka tak puas hati. Bukan selalu gua tak bayar, baru dua kali je.
Amoi karaoke dah usha gua macam gua ni lelaki paling menghairahkan.
Angah usha tepat ke poket tepi sisi kanan gua.
Gua turut usha.. Gelombong.
Ceh! Celake! sape letak Mikeropon wayerles ni dalam poket gua.
K/K : Majlis MIMPI ahad ni..... 55 jam je lagi.. lu tido je 20 jam. Jadi tinggal 35 jam.
19 komen:
tid0 lgi 35 jam..da xde jam kn?
hahahaha takan mic pun mau sapu...
aku inagt amaoi tu mmg stim kat lu
hahaha.
sape punya keje la letak mic tuh!
berdebar? relax. aku yakin MIMPI berjalan lancar. dan pasti berbaloi. ramai yang sokong. aku yakin. gud luck bro!
tido 35 jam...minus....driving 3 jam...sesat 2 jam...keji2 pemandu kl 3 jam, sesat lagi 1 jam, traffic jam 5 jam, sesat lagi 2 jam...banyak jam dah tu....ttak cukup aku nak tido 35 jam...huhuhu
AKU PERLU BERSEDIA!!
dup dap ka bro?
patutlah amoi tuh usha lu dengan menghairahkan...dia memang dahaga microphone wireless ha ha
tk K.L lah bro kalau tk karaoke
skrg lu dah K.L
mic karouke tuh ker? mic kau?
layan karok bro..
best2..lama x karok nih..
wei..mgape x ajak gua..
ngape aku x jemput skali?
Sharamli:
begitulah selalunya,,, tau tau dah tak de jam.
mamai:
sapu secara tak sengaja.. bab amoi tu gua tak sure.
nuyuljana:
erm,,,, ntah siape ntah.
addyaholix:
lancar inyaallah, tapi keperluan gua tak pasti cukup ke tak.
Patungcendana:
mmg tak cukup sebenarnya.
en adam:
mmg la..
wahyudi my:
itu sudah mesti beb.
artistlytouch:
wah,, pandai lu menduga ye..
ab geldofg:
jadi benarlah sekarang gua dah KL? Yes!
Bias:
Mic karaoke.
Pal7:
gua layan kehendak member je.
Triple X Malaya:
itu majlis orang bujang.
Momo the mUnkee:
sbb itu majlis tertutup.
lu lupa nak tolak 2 jam pergi bestari jaya lepas tu tolak lagi sejam tolak motor habis minyak..
wah...Kl ke kau sekarang?...tak jadi la aku nak ajak kau kawin...nak cari nelayan gak...huhuhu
keperluan ko orang lain yang akan penuhkan.
mimpi suda dekat... aku perlu bersedia... untuk.... apa??
lamanyaa tak jalan2 kat blog niii
Post a Comment