02 June 2009

"Telanjang Bolen" (18SX)

Amaran : Cerkon ini mengandungi unsur unsur lucah yang tidak keterlaluan. Anda dinasihatkan mendapat bimbingan ibu bapa atau kaunselor sekolah ketika membaca cerkon ini. Paling koman pun, Pembimbing Rakan Sebaya jadi la.

Seingat Jober sudah tiga tahun rasanya dia tidak pulang ke kampung. Sial punya manusia, tanpa usul periksa dia dituduh bersubahat menjadi rakan Gey kepada Man Zulka. Maka bagi mengelakkan nama baik Kampung Baik tercemar maka dia dihalau keluar dari kampung. Phtui... dasar anjing semua manusia. Jika diturutkan hati mau dibakar saja seluruh kampung itu. Biar semua penduduk kampung tinggal bogel sehelai sepinggang kerana tak sempat menyelamatkan harta benda yang terbakar di malam hari.

Nanti bila semua penduduk kampung dah bogel bolen kata orang Perak nak ditangkap gambar. Lepas tu nak dihantar ke majalah Mastika dengan tajuk "Seluruh Kampung Berpesta Seks". Didalam artikel tu nanti nak difitnahkan bahawa Imam di kampung tersebut adalah pengasas pesta dan pasta tersebut dan tua mudi turut sama bertukar pasangan. Hahahahahah, baru tau... nak dimalukan semua mereka yang telah memalukan dirinya tiga tahun lalu.

Hidup kota Pen Rai ini banyak dugaan nya. Berbekal muka yang ala Bollywood yang dimiliki Jober mampu hidup sederhana di Kota Metrosetan ini. Untung die berkulit agak gelap kerana dengan mudah die bisa mendapat pelanggan. Pelanggan Jober lazimnya terdiri dari wanita bujang lewat usia dan Jober beruntung kerana menurut perkiraan masyarakat ini, orang berkulit agak gelap mempunyai daya kekuatan di ranjang yang berlebihan. Syukur itu semua bakat dan anugerah yang tidak disiakan begitu saja.

Man Zulka khabarnya sudah lama berkahwin dengan Iraza. Namun hingga kini belum dikurniakan anak, itu dah pasti la, kalau tak lama ada budak kecik kat kampung tu yang mukenya macam Jober. Kalau tak dah lama Jober kene bertanggungjawab.

Di kota Pen Rai Jober jatuh cinta pada tokey butik henbeg. Gadis bertubuh montok dan seksi itu sudah setahun dikenali. Pernah jugak diajak keluar makan bersama dan mengadakan hubungan seks. Namun hingga kini Jober belum pasti sejauh mana jauhnya hubungan ini. Raihanas memang gadis yang lembut, cakap tak pernah meninggi suara. Penuh dengan rengekan manja dan yang pasti bijak dalam memenuhi kemahuan lelaki masakini. Yes.. bak kata Patungcendana... Maskulin... hahahahahhaha....

Selain dari dirinya, Raihanas juga rapat dengan Shairudin.. juga berkulit gelap sepertinya. Berkulit gelap itu lah yang membuat dirinya kucar kacir bila mengenangkan Raihanas yang sering tak dapat dihubungi. Takut kalau kalau prestasinya dibanding bandingkan. Sejak dari kecil die memang tak suke dibanding bandingkan dengan sesiapa. Kucing belang dirumah mati dibunuhnya semasa kecilnya dulu, itu gara gara Mak Limah menyatakan kucing pun tau bangun tidur awal berbanding dirinya.

Berbalik pada Raihanas, ingin rasanya die mendapatkan kepastian malam ini juga. Adakah dia satu satunya lelaki yang Raihanas cintai. Adakah Raihanas mampu hidup tanpa dia disisinya. Mampukah Raihanas hidup susah dan senang bersama.
Henpon berjenama NokNakGak dicapai.. Lantas nombor Raihanas dicari cari. Namun tidak dijumpa.. Oh lupa,,,, dia save no Raihanas sebagai "Sayang".

Hello sayang, I nak kan kepastian. Sanggup tak U kawin dengan I? Sangupkah U hidup bersama dengan I dalam susah dan senang? Mampukah U hidup tanpa I disisi? Jawab sayang.. I nak jawapan kepastian dari U.

Raihanas kaku dihujung talian.. " Hei... ko dah giler ke? ko tu aku bayar untuk jadi Toy je la. Dasar gigolo tak sedar diri". Raihanas kembali geli geli tatkala Shairudin sudah jadi petani yang berjaya di sebuah kebun nenas.

K/K : Segala surat menyurat dan rayuan untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran tidak akan dilayan(terutama ke U.K), kerana MARA telah kekurangan dana.

28 komen:

bias® said...

adakah? adakah? yeayyyyyy!!!!!

aloy_paradoks said...

Bias:
Ap motif ni?

paiseh said...

Jober. Man Zulka. Iraza.
gile karut nama.. tukar2...!!

aloy_paradoks said...

Paiseh Lagi karut....
tukar2...!!

bias® said...

kolaborasi ker nie? dgn?

aloy_paradoks said...

Bias:
Koloborasi mende... gua sorang je... kalau koloborasi mesti gua taruk nama.. nampak ngarut mcm koloborasi kan...

stomek said...

mara suda kering woo..atas bawah sapu..

hijrah said...

kamu apakhabar?

patungcendana said...

Raihanas tu lelaki ke perempuan...aku confuse ni...

addyaholix said...

man zulka? nama macam otai. cool!

noknakgak? macam syial. haha!

bila mau kawen bai?

zul hafixi said...

haha... bodo nye jober...

pal7 said...

aloy..
cerkon?..
cerita kontot ke?..

nama2 watak lu memang klasik..
lu pegang watak mana beb?..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

aishhh..ade pulak nama patung cendana dlm entri ni. heh

dan knapa nota kaki tiada kaitannya dgn entri?

jo said...

cis...
mana lucah??
menyesal gua baca...
tak nak komen...

aloy_paradoks said...

Stomek:
Hahahahha,, mana lu tau ni beb?

Hijrah:
Khabar baik.... lama tak update blog nampak?

Patungcendana:
Semestinya perempuan..

Addyaholix:
Kawen? erm belum ada dalam agenda lagi bai... lu la kawin.. lu kan dah keje... gua baru nak enjoy dengan dunia solo.

Zul Hafixi:
Ye... lambang sebuah kedunguan.

Pal7:
Gua pegang watak Narator dalam citer ni,,, suara je keluar..

Hazerin:
Ha kan? tak semestinya setiap benda tu kene ada kaitan...
lagipun itu bukan nota kaki.. tapi kesan kaki..

Jo:
Biase la beb,, kalau lu tengok film kat pawagam pun,,, propaganda je lebih.. itu lah teknik nak melariskan jualan..
contohnya,, pecah perut di pawagam,,, tapi gua tengok mcm sial je...
gua cume aplikasikan teknik tu je..
hahahahah

patungcendana said...

re:..
Bukan die tanak pegi Pavilion,,, tapi die tak tau jalan kot.

aku drive kat highway dari kuantan ke KL tak pernah sesat pun...:-p

berkulit gelap mudah dapat pelanggan?...tak faham...

aloy_paradoks said...

Patungcendana:
Ye tak sesat.... ok lu berani....

Dark Ray said...

gila siot itu bias!
kolaborasi leceh laa..
gua ada projek baru ni..
tunggu je..

aloy_paradoks said...

Dark Ray:
Perlu ke gua tunggu?
Payment berapa,,, kalau takde 2 bulan gaji gua tanak..

wahyudi my said...

Yang lucah part mana?

wahyudi my said...

Yang lucah part mana?

aloy_paradoks said...

Wahyu:
yang lucah part mana? yg lucah tu ada dalam cd bawah katil...

patungcendana said...

re:...

wah...betul ke...patutla populasi kat africa berlebihan...hehe

err...kau?


hazerin...

nama aku takde kena mengena dengan watak2 dlm cerita ni...sekadar reference je...hahaha...tak caya tanya aloy.

pasal UK tu pun takde kena mengena dgn aku kan aloy?... :-p

Costa Rica said...

wah loy....tak de yang lagi lucah ke?
ini lucah lucah anak anak namanye..huahuahuauh good post...

aloy_paradoks said...

Patungcendana:
Gua org melayu... so kulit org melayu.. yup,,, nama tu sebagai selingan je... pasal UK tu,, member gua,,, result gempak... tapi nak buat pinjaman sambung study kat UK Mara tak luluskan...

Costa Rica:
jadilah lucah anak anak je,, gua tanak jadi penulis laman lucah nanti.

sharamli said...

apa yg lucahnya...

ni 18sx ke umum?

@tune® said...

pergh..
pasti orang niger, india, bangla dan zimbabwe hebat di ranjang...

kamu so so sajalah ye?

aloy_paradoks said...

Sharamli:
Kan dah kata.. Lucah yang tak keterlaluan... jadi.. tak keterlaluan lah... hahahaha

@tune:
Ye.... jadi kamu nak kawin dengan nigel?