Entry yang lalu gua keluarakan rasa gua tentang erti keberjayaan dalam konsep kotak hotak gua.
Kini gua nak bongkar pulak apa yang gua rasa tentang "Kematangan". Kalau skema nak ikut kamus dewan dari segi maksud, Matang itu bererti masak! pernah tak lu dengar mak lu cakap, "Nasi tu dah matang dah, jom la makan". Faham faham la maksudnya masak tu.
kematangan diklasifikasikan sebagai kesempurnaan berfikir... Ada teori yang menyatakan bahawa seseorang lelaki atau wanita itu akan matang pada usia sekian sekian. Siapalah gua untuk menyangkal segala macam teori yang dibikin oleh para cerdik pandai itu.
Cume jauh dikampung atma gua.. Bagi gua manusia itu tak pernah matang. Ye! TAK PERNAH CUKUP MATANG! Faham tak? TAK PERNAH CUKUP MATANG! ini bukan marah... ini nak kabor je.. bak kata Cikgu Nuri. Bukan marah.. kabor je.
Bukan usia yang membuat mamalia ini berada pada tahap apa yang anda anda semua katakan sebagai matang. Yup bukan usia. Usia hanya nombor nombor yang menipu. Belum tentu lelaki umur 30 tahun itu lebih hangit fikirannya dari lelaki yang 25 tahun ini.
Apalah erti lelaki itu jika hidupnya diatur oleh mama, bidang pengajian dipilih oleh Papa. Duduk menelaah pelajaran dirumah seharian. Tamat pengajian mendapat kerja bagus di firma firma kebanggaan. Sedangkan seluruh hidupnya tidak kenal erti hidup sebenar. Tidak kenal bagaimana mencari syiling dibawah almari untuk sebungkus Mee Segera. karut!
Bagi gua, kualiti pemikiran ditentukan oleh faktor bagaimana dia menjalani hidupnya sebelum ini. Apa yang dilalui sepanjang hidup dan segala macam kes serta cerita yang dikutip sepanjang perjalanan itu. Jauh perjalanan luas pengalaman adalah metafora terbaik dalam membiaskan maksud gua ni. Ingat! Metafora.. sahaja.
Dan kenapa Gua kata manusia itu tak pernah cukup Matang? Yup tak pernah cukup matang, cume kualiti pemikiran dan penaakulannya sahaja yang menjadi lebih baik.
Pernah tak lu lalui satu hari, kemudian lu duduk di meja dengan rasa yang kosong. Dan kemudian berdetak dalam dada lu, Bahawa hari ni lu rasa lebih matang dari 3 tahun lepas. Dan kembalikan cakera kenangan, pada 3 tahun lepas lu rasa lu dah cukup matang sudah. Malah lebih matang dari 3 tahun yang terdahulu.
Dan tak mustahil pada 3 tahun yang mendatang, lu akan rasa bahawa inilah matang yang sebenarnya.. Ya Hari ini! Jadi? Kepala Hotak gua yang berjambul ni kata,
kita sentiasa merasa diri kita semakin hari semakin matang setiap hari, pemikiran tahun ini lebih baik dari tahun semalam, dan begitulah seterusnya. Maka proses kematangan itu tidak pernah berhenti dan sebab itu gua kata manusia tidak pernah cukup matang. Tidak dan Tidak. Kerana bagi gua apabila sudah matang bermaksud otak lu tidak lagi akan berkembang. Ini gua panggil sebagai kebolehan berfikir dengan lebih baik dan peningkatan kualitinya.
Ini rasa gua pada usia ini, pada usia akan datang mungkin rasa gua akan jadi lain.
dan mungkin berubah sama sekali. Kerana rasa itu berubah apabila semakin banyak yang kita lalui.
K/K: maksud gua Kematangan yang sebenarnya masih jauh.
20 komen:
Aku setuju. Pengalaman banyak mengajar untuk lebih matang. Tapi tidak ada satu garis sempadan yg bisa mengatakan seseorang itu telah cukup matang. semakin banyak pengalaman/pengetahuan, semakin banyak hal yang kita tahu, juga yang tidak tahu. Demikian Sebaliknya.
Wahyudi my:
Terima kasih kerana bersetuju dan berkongsi pendapat.
ada kena-mengena dengan kelahiran bayi pra-matang tak entri nie?
dengan up entri begini...lu ni dikira matang la eh??
ramai juga di luar sana tanpa segulung ijazah/master/phd mereka mampu hidup dgn cemerlang.
kay setuju sesungguhnya pengalaman itu mengajar manusia menjadi matang...
dlm masa yg sama pendidikkan asas itu juga perlu dlm zaman moden yg kian mencabar.
(sekadar pendapat peribadi)
(^_^)
matang sama dgn baligh x?
betul. dan saya gembira bangun setiap pagi, mendapati diri sendiri lebih matang setiap hari. :)
tapi mengenang ke-tidakmatangan diri kadang2 buat sakit hati. bodo betul diriku semasa muda.
kalo betol kate ko matang maknenye masak... then if terlebey matang bermakna menjadi bubur... lembik...
mencari syiling di bawah almari nak beli megi... akoo pernah dalam situasi itu... dan aku gembira pernah menghadapi nya... baru di panggil life kan... ade sweet n bitter...
enrty nih pon belom cukup matangkah??
matang very subjective...xleh diukur dgn skema pemarkahan...
menatang tak ada menatang?
teringat zaman muda mudi dulu~
sigh~
Bias:
Ye... betul//
Jo:
Lu rasa? gua cume berkongsi rasa.. manusia tak pernah cukup matang pada gua.
Kay:
Yup... terima kasih... gua juga sangat bersetuju.. pendapat peribadi perlu dibongkar.
Sharamli:
Erm,,,,, baligh tu dah boleh kawin kan?
Sarah:
Wah! positifnya kamu... bangun setiap pagi dengan keyakinan.
bagus!
Zul Hafixi:
Lu cari siling nak beli megi??.... hahahahha.. moga hiduplu menjadi lebih indah dan bermakna.
@tune:
Yup... matang is very subjektif... tiada siapa mampu menilai kematangan.. ini just rasa peribadi gua... gua rasa begitu, maka gua luahkan begitu.. just share.
Dark Ray:
ada.. menatang minyak yg penuh.. kan menatang?
Pajid:
teringat ke? sama la..
kepala kau berjambul ke??
aku setuju!aku boleh tolong korang cari barang-barang yang nak guna buat bom!!
eh,jemput datng umah aku,lunch
aku setuju; pengalaman byk mgajar utk jadi lbh matang, smakin byk pengalaman smakin byk yg blh tahu, juga yg xtahu...
En adam:
ko nak kene pukul ke?
Lifestream:
Juga yg tak tahu,,,,
bila tempoh matang ko?
gua pun sama. prnah jgk merasa cari syiling bwh dan atas almari..hehehe
Farezan:
Tak akan sampai tempoh matang yg sebenarnya.
Eliza:
or ye ke.... gua tak pernah pun.. hehehe
aloy..
hidup masing2..
suasana masing2..
persekitaran masing2..
pengalaman masing2..
kematangan juga masing2..
xsemua org boleh dapat capai kematangan sama2..ada matang..ada kurang matang..ada yang tak matang langsung..
gua x penah plak cari duit syiling bwh almari sbb nk beli megi..tp gua penah pow adek gua 50sen sebab nak beli dunhill..
lu rasa gua matang x?..haha..
Pal7:
mcm yang lu cakap,,, tahap matang org berbeza sbb hidup masing berbeza... lu rasa lu dah matang? gua
tak tau,, tak boleh nak jawab..
mcm gua cakap, manusia takkan cukup matang sebab matang sebab peningkatan kualiti pemikiran berlaku setiap hari, setiap bulan dan tahun..
Post a Comment