29 May 2009

Oh Shida (Klasik)

Part 1

Hari ni ari last cuti sekolah. Esok senin nak sekolah nak start balik dah. Tak boleh dah pagi pagi nak main hempuk hempuk duit. Pagi pagi Ikut Atok g laut cari kerang, petang petang cari siput, takpun meranti. Esok awal awal pagi dah kene bangun, benda ni yang gua anti sekali.

Petang tu Pak Cik gua (Ude) bawak gua pegi Selekoh. Kire Selekoh ni macam pekan koboi la, ada kedai makan dua biji. kedai perabot dan kedai gunting rambut. Ude bawak gua masuk dalam kedai gunting. Letak gua atas kerusi yang boleh pusing pusing tu. India tu sudah cekik cekik gua sama kain putih die. Gua macam lemas lemas dah. Lepas tu India tu tanye:

India : Apa macam mau potong.
Ude : Kasi potong habis ar. Tapi bukan kepala potong habis. Aku hentak ko karang. Rambut je, Botak.

Gua pelik gak... apsal Ude suh potong botak. Padahal idola gua Amy Search masa tu rambut panjang. Mustapa Kamal dalam Roda Roda Kotaraya pun rambut ala ala jecQ.
Gua nak rambut jecQ..Pendek citer gua tengok cermin rambut gua sudah habis. Rasa kepala sejuk je.

Gua apa lagi, hangin la satu badan. Kat situ gak gua keluarkan air mata darah.
Kes kat situ tak setel lagi. Balik rumah gua repeat lagi.. Gua cakap kat Ude gua nak balik rambut gua. Kalau tak gua tanak pegi sekolah masuk darjah dua esok. Gua cakap gua nak rambut gua balik sebelum esok. Gua bagi tempoh. Ude gua dah kacau bilau tak tentu arah.

Esok pagi Ude antar gua g sekolah naik Yamaha RsX. Turun motor Ude gua cakap.

Ude : Pegi je buat selamber. Botak pun takpe.
(Ude gua menenangkan Gua sambil rasuah gua RM1)

Seperti diduga. Jijo, Jene, Mail, dan semua malaun panggil gua "Woi Botak" itu hari.
Nak sakit budak budak ni.
Part 2

Sejak hari Ude tak berani nak suruh India tu buat botak kat kepala gua lagi. Gua dah pakai rambut JecQ balik. Satu hari tu masa gua dalam darjah 4 sekolah gua gempar dengan berita kedatangan budak dari KL. Budak tu masuk kelas Merah. Gua kelas biru. Jadi time rehat tu gua tertengok la budak tu adalah secantik cantik budak pompuan yang pernah gua tengok kat sekolah ni. Jijo cakap die datang dari KL dan akan sekolah kat sini sebab duk dengan Opah die.

Rehat tu gua dengar Jijo bace doa makan lebih bersemangat dari biase. Dan gua jugak dapat tau budak tu nama die Shida. Gua nak gambarkan Shida tu memang cantik la. Rambut lurus, muke putih bersih, raut wajah bujur sirih. Semua budak lelaki kata die la paling bidadari sekali. Semua kalau nampak Shida lalu, cakap mesti nak tengking tengking.. Kire die la ketua kat situ. Kasi tunjuk timing sikit la.

Satu hari gua dengar Jijo cakap dengan gua;

Jijo : Ko tau tak Shida suke Ainirizam?
Gua : Ye ke? Tak tau pun.
Jijo : Ye betul! die suke Ainirizam sebab Ainirizam botak.. die suke orang botak la.
Gua : Ye ke?
Jijo: Ye la, dulu aku botak pun die suke kat aku. Sekarang Ainirizam botak. Die suke Ainirizam lak.

Hari tu citer Shida suke Ainirizam sebab die botak tersebar di kelas gua dan kelas Jijo. Dalam diam gua mula memikirkan erti sebuah pengorbanan. Tapi jiwa gua jiwa JecQ. Mustapa Kamal... bukan Mat Over dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Hari isnin datang macam biase.

Semua jantan kaberet tu berdiri depan pintu pagi pagi tunggu Shida lalu. Disebelah Ainirizam berdiri tegak Jijo memberi saingan sengit. Kepala Jijo sama macam Kepala Ainirizam. Kepala Mail macam Ainirizam jugak. Kepala Jene pun macam Ainirizam. Kepala Gua masuk kelas.... kepala gua tengok semua kepala maluan malaun dalam kelas pun dah macam kelapa Ainirizam.

34 komen:

Sarah said...

alala~ Shida pastinya menjadi tumpuan ramai. tapi prinsip itu penting, bro. Mustapa Kamal mesti bangga kalau tau.

aloy_paradoks said...

Sarah:
Itu la Hero Malaya waktu tu.. Badan taf, rambut ala JecQ.

zul hafixi said...

haha... kire last2 tuh ko botak ke x?? kompius aku...

patungcendana said...

jecQ tu siapa?

kita gaduh secara verbal dah la...tak perlu kuat...

aku pergi jumpa kawan2 masa study dulu...dah hampir 18 tahun tak jumpa dia orang...

kau ada kl tak esok?

aku jumpa dia orang tak lama...

Sarah said...

rambut dah lulus. badan tough tak?
LOL

Pegawai Khalwat said...

Botak la best, ringan kepala, mandi kena air puas.

bias® said...

botak!

jo said...

lawa sgt gamaknye budak shida tu ye sampai satu kelas nak botak kepala..ke sebab die dari kolumpo?

qishie said...

padahal baru darjah dua.

haih..
pengaruh tv betul.

kayteeze said...

Hi hi...waa...kecik2 dah pandai suka kat pompuan, ya....

Err...botak lagi ke ?

paiseh said...

lu tau Shida tu buat apa skang??? dia jadi tokei kedai aksesaro rambut palcsu..org kg gua panggil wig..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

botak ar licin bro..tak sangkut..

lifestreamz said...

sbb sorang prmpuan sanggup botak? tak patut, tak patut

Dark Ray said...

botak kan ensem?
ke tak?
ensem laaa!!!

en.Adam said...

hahahahahahahaaaaa.....

aku dah tahu cerita ni
tayangan perdana lagi!!
eksklusif!!hahaha

gua bukan dark ray said...

yang last tu memang kelapa ke atau lu silap taip?
maluan lagi satu

eliza said...

wah...baru drjah dh pandai ngorat..

dark ray said...

gua baru baca entri ni walaupun dah komen 2-3 kali..

sekolah lu memang budak perempuan tak pakai tudung ke?

p/s : dari penulisan lu kali ni gua tahu yang lu buat entri ni sedikit rushing..
banyak sangat perkataan tertinggal dan kesalahan ejaan..
gua bagi lu B- je..

aloy_paradoks said...

Zul Hafixi:
Tak... gua kalau botak maknanya gua Protes...

Patungcendana:
Sian,,, JecQ tu bukan nama orang.. Tapi fesyen rambut dan seluar yang popular era 1989 dan 1991.

Sarah:
Nak kene taf ke?

Pegawai Khalwat:
Memang best.... sejuk ke kepala.

Bias:
Ye ....

Jo:
Sebab die dari kolumpo la die lawa.

Qishie:
Rumah gua ada tivi....

Kayteeze:
Waktu kecik la kita lebih ikhlas.
Gua tak minat sangat.. org lain je.

Paiseh:
Mana lu tau?

Akupentoi:
Gua kalau nak botak biar mcm Redzuan Hashim terus,, baru stylo.

Lifestyrem:
Apa lak tak patut?

EN Adam:
Kire lu bertuah la.. lu siap dengar cerita dengan ekpresi sekali.

Eliza:
Shida masuk masa darjah 4.

Dark Ray:
Tukar la gambar tu...

a.b geldofg said...

wa kembali hidup bro

a.b geldofg said...

nanti satu hari gua bisikkan kt telinga lu apa yg wa tulis tu
pasti!

aloy_paradoks said...

Ab Geldofg:
Pastikan benda yg baru... kalau takat Hang Tuah bawak lari Tun Teja ikut jalan tu gua dah tau...dan Sultan Melaka lari dari situ.
Adakah anda pengkaji sejarah dan arkeologi?

a.b geldofg said...

tk molek kita bcerita kt sini....bawa mari telinga bro..aku bisik kan

Sarah said...

loh. kamu yang kata mustapa kamal tu taf. tapi budak lelaki masa sekolah rendah, kalau taf, mesti kaki buli. kamu... tidak kot. :P

patungcendana said...

re:...JecQ tu bukan nama orang.. Tapi fesyen rambut dan seluar yang popular era 1989 dan 1991.


aku takde kat malaya time tu...patut la aku tak tau...huhuhu

aloy_paradoks said...

Ab Geldofg:
Benar tu Ab...

Sarah:
Kaki buli... mana ada... budak budak je buat fitnah kat pak cik gua kata gua nakal... mana ada...

Patungcendana:
Or siannya,,,, terlepas zaman JecQ..

pal7 said...

macho pe botak..
biasa la..budak2 lagi kan?..haha


shida jadi apa da skang nih?..
bini ainirizam ke?..

aloy_paradoks said...

Pal7:
Ntah,,,, gua dh lama tak jumpe.. last jumpe masa gua baru habis STPM... makin cantik gua tengok.. sbb die duduk KL balik..

Sarah said...

takpe2. saya percaya.
budak baik memang selalu difitnah.
:P

aloy_paradoks said...

Sarah:
Ye memang,,, budak baik mmg selalu difitnah..

Sarah said...

yeps. kalau dia baik, orang kata dia jahat, itu fitnah. kalau orang jahat, diperkatakan kejahatannya, itu mengumpat. dua2 pun berdosa. huh.

aloy_paradoks said...

erm betulll... abis tu apa yg tak dosenye..?

Sarah said...

tak berdosa? cinta tak berdosa, asalkan betul caranya. macam cinta budak2 pra-matang ini kepada shida.

zircon_mono said...

haha..
jecQ is d best..
rmbt ak time kecik2 lu