11 May 2009

"Nak Jadi Anjing"

Anjing itu memang binatang. Lahirnya saja sudah binatang dan matinya jugak tetap binatang. Tak mungkin dia menjadi tumbuhan ataupun pokok rambutan. Jika nak kata matinya terhurai dan bersatu dengan tanah serta menjadi garam mineral yang berguna untuk pembesaran pokok nipah lu boleh pergi minum kopi sama Pak Cik gua Tapa. Sebab gua nak menulis tentang anjing.. Anjing yang sifatnya sifat anjing.. dan fizikalnya anjing. Lidah berjelir jelir badan berbulu.

Perkampuan Melayu Cina. Itu tempat gua membesar.. Walaupun tak bela anjing, tapi rumah gua ada lebih sepuluh ekor anjing liar yang menumpang teduh dibawah lantai rumah gua. Maka gua bisa untuk menilai dan menilai apa itu anjing.

Anjing binatang haram itu dipelihara samada bebas atau dirantai dengan nawaitu. Menjadi haiwan peliharaan semata, dan menjaga kepentingan pemiliknya. Anjing menjaga kepentingan pemiliknya dan berjuang untuk hak pemiliknya hanya untuk pemiliknya. Anjing juga pengawal diri pemiliknya jika pemilik diancam bahaya. Bertarung didepan biar maut jelas menjelang asal tuan pemilik terselamat. Dan Anjing yang berjasa itu
dirantai atau dibiar bebas di kawasan sayur belakang rumah gua oleh orang seperti Ah Kau dan Bee Hock untuk mengawasi dari pencerohan Mat Gian yang sebangsa dengan gua. Selama hidup anjing itu di Kebun sayur, tapi tidak pula pandai dia memindah milikkan tanah itu ke atas namanya. Menjual timun dengan harga yang murah untuk duit poketnya. Namanya saja sudah anjing bukan? Bodoh gua berkata begitu.

Anjing yang menjaga kepentingan tuannya. Tapi tidak pula meminta dan hanya menerima apa yang diberi oleh tuannya. Jika tulang yang diberi, tulang lah dimakan. Jika taik diberi.. pun taik juga dimakan. Anjing itu patuh... anjing itu dipukul.. dan anjing itu.. SAYANG tuannya. Anjing itu binatang! Ada yang kata sial.. haram jadah... dan jadah jadah lagi. Bukan gua yang kata. Itu orang yang kata.

Dan kita biasa melantik seseorang yang hebat untuk menjadi anjing didalam kalangan kita. Menjalankan tugas seperti anjing. Melindungi hak kita..dan menjaga kepentingan kita. Menjadi tempat perlindungan jika terasa diri terancam. Maka tugasnya sama seperti anjing bukan. Jika orang kata anjing itu hina bagaimana pula dengan?

Sehina hina anjing, dia tidak membelot pada tuannya dan tidak pernah ingkar dalam janji untuk berbakti kepada pemilik. Anjing pun ke syurga. Tapi anjing anjingan itu tadi rasanya akan menjaga kepentingan yang melantiknya untuk kepentingan dirinya. Menjaga hak kita untuk menjadi haknya. Dan lagi cilake anjing anjingan itu boleh menggigit kembali... Aduhh!!! Mana lebih sial? mana lebih haram jadah? dan mana yang lebih lebih jadahnya?

Nak jadi Anjing bukan senang.... nak jadi anjing yang bagus jauh jauh lebih bukan senang. Tahniah kepada Anjing hakiki yang telah ternyata benar dalam tugas menjaga tuannya. Dan tidak mengigit tuannya kembali.

K/K: Kalau Aliffie rasa berat.. Aliffie boleh tengok tibi.

24 komen:

Dark Ray said...

nak

aloy_paradoks said...

Dark Ray:
Nak jadi anjing?

Dark Ray said...

nak tengok tibi

sharamli said...

nak tgk tibi dgn Aliffie jgk...

jgn la kita membel0t dan pentingkan diri..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

byk anjing-anjing yg lebih anjing dari anjing dia luar sana.

hahaha. sibuk nak ulang

one love said...

amek!!

:p

patungcendana said...

anjing betina kelas A...ok? hehehe...analogy yang truistic kan?

paiseh said...

babi takde? babi..

YUSRIE MOHD YAMIN said...

ade juga kes hanjeng makan tuan...parah smpai masuk ospital...
itu hanjeng jahat punye keje!!

aloy_paradoks said...

Sharamli:
Ye..pergilah tengok tibi..

Hazerin:
takpe pengulangan itu penting..

One Love:
Ambik kepada yg berhak..

Patungcendana:
Analogy truistic? terarnya... tak faham gua.

Paiseh:
Ada,, tunggu sikit lagi. Tapi biar tepat perkiraan nya,

Yusrie Mohd Yamin:
itu hanjeng,,, bukan anjing..

n a r d indie winkie said...

uiks.. ada maksud tersirat ni. hehe..
terigt cite anjing ashabul kahfi.

a.b geldofg said...
This comment has been removed by the author.
a.b geldofg said...

anjing juga mhkluk yg perlu hdup....perlu mkn....perlu bbini...perlu branak....

anjing perlukan tuan utk hidup...
walaupun anjing tahu
hinanya dia bila bkurap
pluru pastu akan mnembusi kepalanya

"aku ada bnyak lagi yg sudi mjadi anjing"...kata ketua kera

en.Adam said...

anjing lho!!!

FareeZan said...

mmg dasar hanjeng!hanjeng2 liar! arini ati aku bengkak.nk tkr tpt kelahiranlah.

aloy_paradoks said...

Nard Indie Winkie:
Tak da lah,, mana ada... ashabul kaffi... siapa ye 7 pemuda tu?

Ab Geldofg;
Lu buat skrip ketua kera... leh dipentaskan kat pentas..

EN Adam:
Amin... balikkan lah Ya Allah Ya Tuhanku..

Farezan:
Jom tukar.. aku nak jadi orang Negeri sembilan..

shitagi said...

*aliffie sedang tengok tibi*

patungcendana said...

re:...analogy anjing kau ni memang tidak boleh aku sangkal kebenarannya

a.b geldofg said...

kalau lu brani pentaskan...gua brani skrip kan

kimisai said...

amek la gua berlakon...anjing pon anjing la...hehehe

wow susah gak jd anjing...xpe sume tuh makhluk tuhan...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

anjing...bila duduk ia tinggi...berdiri jadi ketot....

aloy_paradoks said...

Shitagi:
Alifie budak baik..

Patungcendana:
Terima kasih kerana bersetuju.

Ab Geldofg:
Isyaallah gua berani.. asalkan skripnya sinikal.. tapi baik lu cari pengarah teater yg lebih berpengalaman..

Kimisai:
Kalau dalam cerita gua,, tiada watak yg menjadi bintang,, sebab gua tak suke.. cume ia disampaikan melalui monolog.

Akupentoi:
Tapi ia jujur,,

pal7 said...

anjing ni leh bercakap x?..


kalo boleh mesti dia da mintak mcm2 kan kat tuan dia..xde la asyik makan tulang jek bila diberi tulang..kan?..

aloy_paradoks said...

anjing tu boleh bercakap,,,, cume kte tak faham///