11 May 2009

Jangan.....

Amri tersengguk sengguk di hujung beranda beratap nipah.. Mata kuyu kuyu layu. Rokok gulung mula sampai ke puntung, jari terasa panas.. Rokok gulung terlepas.. jatuh ke tanah.
Mata Amri rasa terlalu berat untuk dibuka, rasa kelopak matanya tebal bersimen. Jika tak ditunggu habis durian dikebas orang. Jika ditunggu badan binasa diratah nyamuk. Diperosok pondok membukit sebakul durian, hasil yang gugur sedari maghrib tadi.

PAP! PAP!

"celaka kau nyamuk? gigit lah buah durian tuh! aku jugak yang di gigit nya?" Amri mengibas-ngibas tangan menghalau nyamuk.

sabut kelapa yang di bakar nya sedari tadi sudah tidak
'efektif' lagi.

"hoi! tunggu durian ker!!" Udin besi tiba-tiba muncul entah dari mana.

"taaaakkkk...aku tengah tunggu bas nak pegi pekan nie...kejap lagi sampai lah tuh..." Amri mengensot memberi ruang buat Udin besi.


Malam semakin gelap.
Mata Amri menjadi semakin merah tanpa disedari sesiapa.
Mungkin kerana terlalu asyik melihat bulan mengambang?
Mungkin?
Amri terasa tak sedap badan.
Udin besi yang terbaring di sebelahnya nampak begitu menyelerakan.

Sarip berjalan pulang ke arah mereka.
Seluar pendek yang dipakainya kelihatan sedikit basah pada bahagian zip.
Baru lepas buang air agaknya.
Sesampainya Sarip di situ, beliau terperanjat melihat Amri berubah menjadi makhluk bermuncung panjang dan bersayap nipis sedang leka menggigit dahi Udin besi.

'Nyamuk jadian dalam legenda?!' Sarip menunjukkan gaya terkejut yang stereotaip dan tipikal.

Jeng jeng jeng!!!

Sarip kaget, terpempan tidak berganjak.. terasa cecair putih yg dibuang tadi mula terkeluar sedikit. Akibat ketakutan barangkali, maka sisa baki itu tertunjal menujah. Mata dipejam pejam namun masih tidak mahu tidur. Kerana jika terasa takut dirumah kala seorang dia akan terus tidur.

La macam mana nak tidur kalau berdiri. Maka dia pun berbaring... bagi melenakan mata lagu Dayang Nurfaizah bertajuk "Dayang Sayang Kamu" didendang perlahan.

Tak jadi tidur! Mana boleh tidur! Bodoh betul! Macam sial....member kene baham dek nyamuk gergasi die boleh nak tidur pulak.. Otak meligat memikirkan cara bagaimana untuk menghapuskan Nyamuk Gergasi itu,,,

Pantas Sarip menghalakan kaki kebelakang pondok mencari cangkul..
La celake betul,, cangkul tinggal kat kebun petang tadi... botol mineral kosong banyak la....

Tanpa berfikir langsung Sarip lantas mengambil botol air mineral Tesco yang kosong dan simpan dalam poket.
Boleh juga buat simpan air oren bulan puasa nanti fikirnya.
Beliau lantas kembali ke arah Udin besi dan Amri.

'Woi! Lu hisap darah solo-solo je yek? Tunggu la gua sekali!' Kata Sarip dalam bahasa nyamuk.

...

"isap darah aper setan?! asal weng kau datang sini, asal weng jek, kau datang sini. bawak-bawak bertobat Sarip oii..." jerit Amri kepada Sarip.

"owhh...sori...sori...haha! gua weng lah beb! gua nampak lu macam nyamuk tadi...tunggu durian ker?" Sarip duduk di tangga pondok.

"sekor lagi? takkk...aku tunggu pengumuman hari raya nie. kejap lagi diorang announced lah tuh." Amri masih lagi mengibas-ngibas nyamuk yang menyerang.

"Assalamualaikum Amri..."haji Kahar memberi salam.

"waalaikumsala...." jawab salam Amri terhenti.

Amri dapat lihat Anep basikal, Man bomba, Kiah nasik lemak, Eton, Sufiyan tempe, Y.B Salleh , Usup skodeng , Khairul sampan, Mat, Abdul Ghuyyub dan abang Sidi kelapa datang bersama haji Kahar.

"apsal datang ramai-ramai ni aji?" Amri pelik.

"owhh...si Udin besi cakap kat kitorang petang tadi, kau nak belanja makan durian. maner nyer?" Haji Kahar bersuara.

"owh...time umah saya roboh ituari, sekor pun takder nak tolong naik kan balik kan? time makan? satu kampung datang. yerlah...yerlah...naik. naik. kopek lah sendiri durian sebakul tuh. memang saya tunggu untuk durian ni untuk orang kampung pun. bukan untuk jual. sebab saya orang kaya. gaji ribu-ribu sebulan." Amri hulur parang pada Haji Kahar.

...

malam itu, Amri di tidur dilokap kerana di tangkap mencedera kan Udin besi dengan kulit durian.

K/K : Kolaborasi: Tiada Tajuk Lagi, TanpaBUKTI, dan BIAS.
Gua pun pening bile bace balik.

17 komen:

Dark Ray said...

Ehh sama laa dengan entri gua..
lu cut & paste ke gua yang cut & paste??

aloy_paradoks said...

Dark Ray:
Ada sorang lagi yang cut and paste... lu check la..

Dark Ray said...

gua dah sound dia tadi..

Dark Ray said...

sound trouble...

aloy_paradoks said...

teruk budak tu.. bongokkk..

pal7 said...

bro..
gla satu kampung dtg nak lahap durian ker?..


*sape copy paste?..nak tau..haha

aloy_paradoks said...

Pal7:
Ni gua tengah fikir ni... sape yang copy paste sape.

shitagi said...

macam pernah bacer jek entri nie? nie dah kali ketiga rasernyer... samer jek?

sharamli said...

tid0 kat l0kap xde nyam0k k0t..
pandai t0l si amri..

aloy_paradoks said...

Shitagi:
Gua pun naik bosan dah... tiga tiga page bukak benda sama.

Sharamli:
tido kat lokap pun banyak nyamuk..

patungcendana said...

ahahaha...aku ingat aku baca cerita science fiction tadi...err...weng tu apa?

re: perkataan truistic tu bombastik ke...

aku rasa perkataan bombastik tu sendiri lagi bombastik dari perkataan truistic. kata dasarnya 'true'...tak bombastik pun kan???? hehehe

aku bukan lecturer...aku guru bahasa la... :-D

paiseh said...

kolaborasi abah lu..!


ahahahahaa...!

shitagi said...

atas sebab kemalasan pihak-pihak tertentu, orang kampung yang sepatut nya datang sorang-sorang, akhirnya datang serentak.

Anonymous said...

entri yang sama dengan komen yang sama

aloy_paradoks said...

Patungcendana:
Gua tak pernah dengar,, kire bombastik la tu...hehehe..baik cikgu.

Paiseh:
Abah gua takde dalam kolaborasi ni... Abah lu lagi takde gua rase.

Shitagi:
Padan muke reza,, Nyamuk gergasi tu hanya imginasi sahaja.

TanpaNama:
Dimana? dan apa komennya?

Anonymous said...

komen gua laa..
dan entri ni..
lu nak tahu lu tengok la komen kat entri lain

a.b geldofg said...

trima kasih bro atas undangan...mudah2an aku ada masa utk itu pada waktu itu

harap2 yg dtg bukan 'anak2 abu'
yg dtg utk mraihkan cinta