05 May 2009

Amri dan Imam Kampung

Amri masih ingat, pada hari ini ditahun yang telah lalu dia pernah juga berada disini. Dan tahun ini dia juga disini dan pada waktu ini. Segala gala masih belum berubah, Siang tadi dia menikmati kopi "o" pekat dan menikmati lenguk punggung lebar Leha anak Tunggal Haji Ahmad tauke kedai kopi. Leha masih cantik, masih manis seperti dulu. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Leha makin cantik dan ayu sebenarnya.
Mungkin itu seri tunangan orang, khabarnya pinangan dari husin anak Leman Tauke kelapa telah diterima oleh Haji Ahmad...

Pandangan dilempar jauh jauh menerobos hutan kelapa diseberang jalan. Kutu kutu kampung tidak ramai yang lalu lalang. Atau mungkin semua kutu kampung telah mati dilanggar lori kelapa. Setahun meninggalkan kampung tiada perubahan besar yang dilakukan oleh YB kampung tersebut. Ketua kampung masih ketua kampung yang sama, A.J.K kampung masih orang sama. Imam kampung saja yang dia tak pernah kenal, ntah bertukar atau tak. Jadi teka teki untuk korang.. siapa Imam Kampung tersebut?

22 komen:

eljober said...

imam kg tu imam yg mngimamkan solat 5 waktu bersama jemaah masjid kg tu..maka imam tu munkin ayah amri..sb amri seorg yg bermata keranjang..setan suka hasut anak imam tau..hahaha

aloy_paradoks said...

El Jober-
Jawapan yang bernas dan kreatif.
Tapi salah! terima kasih kerana mencuba!

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

imam kampung juga masih orang yg sama. betul x??

aloy_paradoks said...

Hazerin:
Ermmmm...... jawapan yang ada logik dan kebenarannya.. Tapi salah!
cubaan yang bagus..

Dark Ray said...

sepuluh orang imam!!
keluar la wey..
gua bosan gila-gila ni..

wahyudi my said...

bro, rumah kau area mana?

aloy_paradoks said...

Dark Ray:
Ya...jawapan yang salah! ko mmg tak bijak....

Wahyudi My:
tidak tepat....terima kasih kerana mencuba menjawab.....sila cuba sebentar lagi...

THE SARAH said...

Imam Kampung adalah ayah Amri, dan Amri tak penah kenal sebab sekarang Amri berbapa tiri, dan ibu Amri tidak mahu mengungkit kisah lama.

wahyudi my said...

oh, saja tanya. Cuti ni, aku akan selalu ke klang, jom futsal

shitagi said...

nak kena tanya dulu, imam kampung mana?

~~~ kay ~~~ said...

mata dah ngantuk x leh nak fikir...
hehehe...
(^_^)

el-jober said...

haji ahmad??

patungcendana said...

dia tak kenal sebab dulu pun dia tak pernah pergi surau...hehehe

paiseh said...

gua syak jawapan dia ikan yang paling pandai ilmu agama. kompom!!

en.Adam said...

aku benci teka teki mu......

aloy_paradoks said...

The Sarah:
Gua sendiri pun tak tau Amri ada ayah tiri...dasyat la lu ni beb..

Wahyudi My:
Salah...sila cuba lagi...Amri tidak pandai main futsal. begitu juga saye//

Shitagi:
Kampung Mentadak Mentadu..

Kay:
Lebih baik tido dari berfikir.

El Jober:
Hampir tepat....tapi jawapannya tidak seperti itu,,jadi cubaan anda salah..

Patungcendana:
Memang die tak kenal..sebab itu kite perlu mencari jawapan siape die.

Paiseh:
kalau lu boleh dpt apa ikan yang pandai ilmu agama tu....lu mmg terar..

EN Adam:
Teka teki aku juga benci kau..

patungcendana said...

amri punya adik...hehehe

alia nadira~ said...

biar sy lak teka..husin yg jd imam baru.sbb 2 la leha bekenan n ayh dia pun suke sgt ngan husin.spe x ske dpt menantu yg baik2 kan..

aloy_paradoks said...

Patungcendana:
Jawapan yg kelakar patung, seperti ada kesinambungan dr entry sebelum ini...tapi salah....terima kasih byk kerana mencuba,,

Alia Nadira:
Wow.....kreatif gak membuat pemerhatian..... mungkin ya,,tapi itu bukan jawapannya..

THE SARAH said...

haha! dahsyat sebab pandai buat citer tidak benar.

mungkin juga di kampung itu kerjaya Imam adalah on rotation basis. sapa sampai dulu, dia Imam.

aloy_paradoks said...

The Sarah:
Or ada jugak sistem mcm tu ye... erm baru tau ni... sbb tak pernah jumpe lagi.. dulu kat asrama je org buat system mcm tu..

pal7 said...

owh..
ni la soklan dia..

jawapan da tau..xyah jwb la..haha