19 April 2009

Penternak AyAM !

Saat ini masihkan lu orang bersenang-senang melihat waktu berlalu pergi, atau lu mcm cacing kepanasan? Merasa panasnya bumi dan makin meruap ruap membahang? Jika lu rasa senang, itu bagus? mungkin benar lu sudah memang bisa bersenang senang seenaknya. Tapi, jika lu rasa panas dan meruap ruap.. itu juga bagus? bagus kerana lu belum selesa dan makanya cubalah cari kenapa lu tidak bersenang senang macam orang orang yang telah selayaknya bersenang.

Tika dan saat ini dimana lu merasakan diri lu, dimana tempat lu. Adakah berada ditempat yang lu mahu tempatkan diri, atau diri lu berada di tempat yang selesa agar lu boleh merasa selesa. Dalam erti kata yang mudah gua ingin bertanya.
ADAKAH LU SUDAH BERJAYA?

Alhamdullilah jika sudah.. dan insyaallah jika masih berusaha.
Klise dilihat kejayaan kita dan kita bila sudah memiliki apa yang dinamakan kehidupan yang nyata. Maksud gua lu ditafsir berjaya bila berkerjaya yang bagus dan bergaji lebat macam pohon mempelam belakang rumah opah gua. Lu balik kampung berhari raya dengan kereta terbaru buatan Malaysia ataupun luar negara. Tiap bulan dalam akuan tersedia menanti not not besar, not not buat meneruskan kelangsungan hidup.

Berjaya.. memang berjaya.. pandai mencari cari dimana ada ruang dan peluang.

Tapi dari otak kecil yang kotor ini gua melihat api! Api dalam diri gua!
Gua keras nyatakan bahawa BERJAYA bagi gua apabila lu BERJAYA capai apa yang lu nak capai!

Lu impikan kerjaya sebagai seorang guru.. dan kini lu megah dilihat sebagai Pegawai perhubungan awam sebuah agensi swasta. Bagi gua lu tidak berjaya. Apa yang lu mahu gemgam.. terlepas dan terburai.. apa yang lu impikan menjadi sirna bila dikejutkan dengan lampu kalimantang.

Jika ayah saudara gua bercita cita hendak kelaut selepas habis sekolah menengah dulu. Dan kini dia benar benar menjadi nelayan. Maka dia berjaya pada gua. Berjaya dalam impiannnya.

Kebendaan dan kemewahan bukan lambang keberjayaan. Itu bagi gua. Lambang keberjayaan bila gua percaya pada diri dan suatu hari nanti gua capai apa yang gua cita citakan.
Bukan mohon masuk maktab bila semua firma guaman dipenuhi tenaga yang tangkas dan pantas. Bukan menternak lintah bila semua syarikat syarikat gergasi tidak mahu mengambil pakar pemasaran baru kerana pakar yang ada tak mahu mahu pencen.

Itu gua tafsirkan sebagai senang, selesa dan stabil.
Tapi berjaya pada gua bila lu bisa memenuhi apa cita cita hakiki lu.
Apa lu mahu lakukan, dan lakukan.. dan apa lu mahu capai dan bisa capainya.
Jika impian gua seorang peniaga pasar malam.. dan esok gua berniaga di pasar malam.
Itu BERJAYA.

kalau lu nak jadi penternak ayam, tetibe lak lu jadi Perdana Menteri Malaysia!
Lu GAGAL!


K/K ; Susah gua nak terangkan apa definisi kejayaan pada gua.. Harap boleh faham kot melalui tulisan berserabut ni.

29 komen:

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

yey!~~ tanpa membaca entri ni, aku berjaya jadi pengomen pertama.

hahaha. jap nak baca

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Aku belum berjaya.
InsyaAllah. Masih berusaha.
Akua akn berusaha berjaya mengikut impian aku. tapi aku tak pernah ada impian. Aku sering berpegang kepada kata-kata "Ikut pada keadaan".

Maknanya, aku tak berjaya lagi lah, ye??

Jam sekarang = 4.42 pagi @ 19/4
Aku = belum tido.
Sebab = Study.
Knapa bgtau kau = saja-saja.
Kenapa tak tido = Klau aku tido sekarang, confirm aku tak bangun subuh. Hahahahahaha

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Waaahh.. aku pegulas pertama, kedua dan kini ketiga. Hahaha. Aku tak gila kuasa. Aku cuma mau habiskan masa...

WeBViDeOKLiP said...

sedara nie mmg berteater ek?

aloy_paradoks said...

Hazerin;
erm...samada anda akan berjaya atau tidak..bab tu gua tak pasti... tapi lakukan dan capai apa yg lu mahu capai.... gua pun belum berjaya lagi... terima kasih kerana jadi pengomen pertama...

Webvideoklip;
Yup..begitulah adanya.. tapi gua bukan nama besar nama bidang ni. cume penggiat independent..

Dato Paduka Masri said...

berjaya..... aku.... disini.... dalam.... perjalanan.... untuk berjaya....


berjayakah....aku....tunggu dan lihat.... suatu masa akan tiba.....

joegrimjow said...

buat2 tak paham....

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

berjaya time square...

berjaya bila lu berjaya mentafsir kejayaan mengikut tafsiran lu...

maafkanlah kami...
dlm generasi kami...
menjerit...meraung..
meminta lepaskan....

patungcendana said...

siapa sebenarnya yang menghukum samada seseorang itu berjaya atau tidak?

wahyudi my said...

kita merancang Dia pun merancang. Kadang2 akan berlaku di luar rancangan kita. Mungkin itu yg terbaik sebenarnya.

@t00neY r00neY® said...

owh...
masing² punya definisi tersendiri..

pal7 said...

aku gagal capai cita2 pagi ni sbb aku nk bgn awal..malangnya..

malam ni aku nk buat cita2 baru lagi nak bgn awal pagi lagi..tgokla kalau cita2 aku berjaya atau tak esok harinya..

FareeZan said...

ko mmg sukar difahami. ko pelik.tp ko ajaib.

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

Aku final 21, 23, 4 dan 5.
Masih berjuang utk banggakan mama.

Aku dh update.

a.b geldofg said...

lu belum bjaya slagi lu ada musuh

aloy_paradoks said...

Dato Paduka Masri;
Insyaallah..semoga lu berjaya..

Joegrimjow:
Ya....itu yang sebagusnya.

Akupentoi;
Ya///berjaya ikut tafsiran sendiri.. jadi tafsirlah salayaknya dan sebagaimana yang lu mahu.

Patungcendana:
Diri sendiri yang menilai dan menghukum samada kita berjaya atau tak...ikut tafsiran sendiri.
Cume bagi gua.. gua perlu capai apa yg gua mahu capai..itu berjaya bagi gua.. bagi yang lain.....ikut kemahuan anda.

Wahyudimy;
Ya..benar tu...itu yang terbaik sebenarnya...bukan gua kata tidak baik....cume jauh dihati gua akan berkata sesuatu yg lain.... harap lu bisa memahami.... lu bijak bro..

TooneyRooney;
Ya...tiap org punya definisi sendiri....dan terpulang pada diri sendiri utk menilai.

Pal7;
Gua pun selalu gagal bab tu beb..semoga lu berjaya.

Farezan;
Hahahahah...ajaib? ayat baru tu! first time dengar/// ko mmg ajaib..

Hazerin;
Semoga mama lu bisa berbangga dengan anaknya ini..insyaallah.

Ab Geldofg;
Aduh....lu selalu komen yang membuat gua terfikir dan mahukan jawapan lebih....

en.Adam said...

kita sudah BERJAYA buat event!!!

aloy_paradoks said...

En Adam:
ya..kita sudah berjaya..ayuh lakukan lagi...teater kita bile?

patungcendana said...

kau bercakap pasal internal satisfaction...

maka...kalau kau bercita2 untuk menjadi penternak ayam, dan kau berjaya menjadi penternak ayam, maka itu dikira kau telah berjaya...

tapi, jika kau sekadar menjadi penternak ayam yang kais pagi makan pagi sahaja...adakah itu juga satu kejayaan? :-)

shitagi said...

tidak salah berkongsi pendapat.

aloy_paradoks said...

Patungcendana;
kais pagi makan pagi... ya mungkin pd org itu tidak berjaya..
jauh kedalam pemikiran gua itu juga adalah satu kejayaan,, kerana gua menilai kejayaan itu melalui kepuasan dalam diri.. kepuasan yang diperolehi oleh atma gua.. kerana kepuasan memperolehi sesuatu yg kita mahukan itu lebih bermakna..

Matlamat(cita-cita)
#
Usaha (ternak ayam)
#
Kejayaan(Jual ayam)

Jika ada satu reban, mungkin melihatnya bodoh, tapi bagaimana jika ada 10 hektar ladang ternak ayam dan sepuluh pekerja Nepal?
Ehem ehem....

bagi org lain gua tak tahu,, tapi bagi gua,,,kepuasan dalam kemahuan itu adalah kejayaan...

Tak salah kan kita bertukar pendapat?

P/S: ternak ayam tapi jadi PM..itu adalah satu metafora gua utk dunia politik semasa..

Shitagi;
ermmmm....tak....kan?

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

re: tu lah. rasa ringan skit bahu kiri aku

~~~ kay ~~~ said...

kay faham...
syabas! yang penting SEMANGAT.

Dark Ray said...

gua ingat mula-mula malas nak komen..
tapi bila gua terbaca perkataan ''keberjayaan'' gua terpaksa komen..
lu mesti belajar kat sekolah sri perak ni kan?

shitagi
kongsi pendapatan pun tak salah rasanya kan?

patungcendana said...

hehehe...metafora kau buat aku ketawa terguling2...

setuju dengan apa yang kau tulis...sama dengan apa yang aku maksudkan...kalau mau jadi penternak ayam...maku sure kita jadi penternak ayam yang berjaya...:-)

tak salah berkongsi pendapat...:-)

aloy_paradoks said...

Hazerin ;
alhamdullilah lah kalau mcm tu.

Kay;
bagus la kalau begitu... bukan nak senang nak memahamkan ni..

Dark Ray;
seri perak tu bukan sekolah.. tapi institut pengajian tinggi..

Patungcendana;
jangan sampai mengguling sgt,, nanti anak2 tengok pelik lak..
Betul tak salah berkongsi pendapat
kan... biar bertegang leher takpe kan,, tapi jgn emosi...hehehehe..

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

re: mama aku kata, bela toyol akan bwk padah pd diri sendiri. hehe

patungcendana said...

ciss!!!!...kau pun rasa aku emo?....erk.....:-p

Ladang Polaris said...

Aku 'termasuk' dalam blog sini saat aku tgh cari rakan penternak ayam... Aku cerita sikit kisah aku, aku kerja eksekutif sistem, bagi orang lain aku dah berjaya!!! Bagi aku itu bukan yang aku mahu, sekadar mengikut apa yg org lain lakukan utk hidup. Lantas setelah 5 tahun bekerja makan gaji ngan syarikat mega dalam steel industri aku mengambil keputusan meninggalkan 'kejayaan' aku tu... Hurmmm ape yang aku dapat??? Orang mengata aku sebab resign sebab nak bela ayam...Yelah.. income cecah rm3k dok kat kampung memang boleh je.. Well... aku tak kisah pun, hidup aku biar aku tentukan. Kegagalan atau kejayaan aku yang tentukan.. sekadar berkongsi kisah hidup aku.. blog aku, http://ladangpolaris.blogspot.com ..