02 April 2009

"Pagi Yang Sakit"

Pagi hadir lagi seperti biasa, rutin kewajipan yang tak pernah dilalaikan. Di kota metropolitan ini gauman deru enjin dan hon motokar menyambut kehadiran pagi, sama seperti kokokan ayam jantan di kampung dan kicauan ungas di hutan banat. Cuma bezanya didaerah ini udara bukan lagi sesegar seperti di daerah yang penuh menghijau. Asap berkepul hitam dari corong bontot bas bas kilang terpaksa enak dimamah disedut untuk mencari ruang bernafas, biar sesak namun hanya itu udara yang dikongsi bersama.

Pagi tidak lagi sesegar daerah hijau, tidak sesejuk daerah hijau dan tidak seharmoni daerah hijau. Jika jerubu itu satu kecelakaan. Tidak seperti jerubu didaerah hijau yang gua diami suatu ketika dulu. Jika jerubu di kota ini, lu orang, lu orang, dan lu orang serta gua akan menekupkan hidung dan mulut dengan topeng putih melemaskan.

Disebarang jalan sebelah perhentian bas sebelah sana gua boleh nampak ada satu kakak gendong anak berbungkus baju pink. Anak pompuan pada penafsiran gua kerana akal dan minda bangsa gua dan bangsa moden sekarang pink adalah perempuan dan perempuan itu pink. Heh, ntah siapa yang mulakan gua pun tak tau, padahal mengikut pembacaan gua pink suatu ketika dulu adalah kepunyaan lelaki atau lebih tepat kepunyaan para pahlawan. Tapi ntah macam mana, sekarang ni dah bertukar. Patut pompuan pompuan sekarang ni kadang2 buat gua kompius. Kompius? Ye la kompius!

Tapi apa yang pasti anak ni diusia masih hijau tidak merasa nikmat segar udara hijau.
Baru sekejap tadi bas kilang berbadan biru lalu sambil memberakkan najis hitam dari duburnya. Sekejap busuk hitam ruang nafas menyelimuti kakak itu. Ditepis tepis ruang udara yang melingkarinya, ditepis namun dimamah jua.

Gua yang sedari tadi enak tersandar di Restoran Mamak Ghulam bingkas bangun. Beberapa keping not kecil biru gua hulur kepada Mamak berkepala botak yang asyik leka mengorek telinga dengan pencungkil gigi. Jangan die letak balik pencungkil gigi tu kat bekas balik sudah. Dan bakinya beberapa keping duit siling bernombor 20.

Keluar dari kedai, gua tiada hala tuju. Nak kanan tak ada cerita, nak kekiri tak ada cerita. Seluk tangan kanan dalam poket seluar kanan, gua raba raba ada satu benda rasa kotak kotak. Tarik keluar kotak putih, bukak kotak putih tarik sebatang batang putih berline hijau. Tutup kotak putih tangan kanan masuk dalam kocek seluar kanan. Tangan kiri ligat menggagau kocek seluar kiri, keluar batang separa bulat putih, gesek tengah tekan tepi keluar api, lepas tekan tepi api padam.

Hujung batang putih sudah nyala nyala.. tangan kiri seluk poket seluar kiri, lepas batang putih separa bulat. Sedut dalam dalam batang putih, batang putih makin rancak terbakar. Keluar dari mulut batang putih, sedut lagi..... keluar asap berbunga bunga. Asap berbungan bunga bentuk lingkaran awangan di kepala. Asap berbunga bunga sedikit terkena mata. Mata pedih pedih, mata pejam pejam.

Langkah segera hala kekanan, begitulah hukum yang seeloknya. Mulakan sesuatu dari kanan dan mulakan dengan lafaz bismillahhirohmannirrahim. Moga moga kota metropolitan yang semakin sakit dan tenat ini masih mampu bertahan dengan kerenah anai anai kecil ini. Mampu bertahan bagai ibu sabar dengan perangai anaknya yang macam cilanat. Dan moga kota Metropolitan ini masih ada ruang untuk orang macam gua, macam gua dan macam gua merasa makan roti canai esok pagi lagi.

25 komen:

a.b geldofg said...

kota bikinan manusia yg mbuat mnusia boleh jadi gila
mjadi buta dlm celek


teh tarik satu!

patungcendana said...

nasib baik aku kat kuantan...at least kami ada kabus...bukan jerebu...hehe...:-)

f a r e E z a N said...

kamu pun antara penderma jerebu yg keluar dr dubur dpn. huh!

Dato Paduka Masri said...

Ni kesan dari hutan konkrit ni beb....

en.Adam said...

mentang-mentang sekarang kau bangun pagi jual batang daging dalam roti..hehe

@t00neY r00neY® said...

ini yg dikatakan globalisasi barangklai...
tiada ape yg neutral skang

hot!

aloy_paradoks said...

Ab Geldofg;
tapi kota bikinan ini yang diimpi dan dimahukan,, kemajuan..kita yang kejar.

Patungcendana ;
tapi kat kuantan tak banyak seven eleven.

Farezan ;
ini dinamakan metafor.. salah org nampak dimata, salah sendiri tak ketahui.

Dato Paduka Masri;
benar dato,, setiap perkara pasti ada kesan.

En Adam ;
eh! eh! gua dah pandai bangun pagi skrg.

tooney rooney ;
ya,,ini bayaran utk sebuah kemajuan dan globalisasi. Pulau Bandar Haba.

Tie said...

Hmm....kat ulu ganu ni berkabus lak pepagi...tapi udara tetap tercemar...bau pahit dari kilang getah.....uwek!! Hu hu........

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

warghh.. aku klu diajak kawin oleh KJ mustahil aku nak. aku tak sanggup anak2 aku berbapakkan manusia seperti itu. ya. aku yakin. hehehe

tapi tak mungkin la, kan. sbb bapak aku bukan perdana menteri malaysia. hehe

sambutan majlis kecil kau tu, bagus ya?

wahyudimy said...

best la baca tulisan kau,bro.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

kota harapan...

roti canai pelita......

Dark Ray said...

gua dah mulakan skrip gua..
kalau tiada birthday melintang gua rasa dalam bulan ini siaplah beliau..
nanti gua nak bincang sama lu..
bagi cantik lagi..

eh!!
tak ada kena mengena dengan lu punya entry ke?

patungcendana said...

re:...biar aku mengkhianati cinta,
asalkan jangan aku mengkhianati bahgia...

kerana itu lebih celaka.

aku akan bahagia jika orang yang aku cintai bahagia...jika mengkhianati cinta membuat dia kecewa...maka sama lah seperti aku mengkhianati bahagia...tak gitu aloy...hehehe...

patungcendana said...

komen panjang2 pun aku tak kisah...kalau interesting, aku akan post kan...hehehe...

siapa kata kat kuantan tak banyak seven eleven...:-P

aloy_paradoks said...

Tie ;
jika begitu katamu,,benar..tiada yang sempurna lagi kini.

hazerin ;
hehehehe,, mmg benar tak mungkin. tapi bagi gua dia tidak lah sehina mana..itu kerana gua ada jawapan gua sendiri,

yup, majlis kecil itu sambutan agak bagus,,, tapi pengisian dan kebagusan gua tak boleh komen sbb gua penganjur..itu kene tanya tetamu. tapi gua puas hati sbb gua mmg tak aspek tinggi sangat.

Wahyudimy ;
gua lagi suka baca tulisan lu.
tulisan lu lagi best.

aku pentoi ;
ya kota harapan...
dan roti canai..tapi pelita tu apa?

Dark Ray ;
kan gua dah cakap,, kite haramkan benda ni.. gua takut sampai satu masa nanti ia bertukar menjadi tragedy... lu jangan ngada ngada nak turun shah alam bulan ni. nanti gua buat mcm Kala Malam Bulan Mengambang baru lu tau, sampai bas station, lu kene pukul antar balik kuantan.

Patungcendana ;
member gua Dark Ray sejak balik kuantan ni gua tau, mlm mlm bosan bosan mesti lepak seven eleven.. ada sebab tu.

shitagi said...

citer pasal rokok jek 2 perenggan.

aloy_paradoks said...

Shitagi - Tu bukan rokok. tu batang putih line hijau.

patungcendana said...

dark ray lepak seven eleven mana? aku nak join...hehehe

Dark Ray said...

7e taman guru..
gua berada di situ cuma tika rokok habis saja

aloy_paradoks said...

Patungcendana ;
Dark Ray tu budak2 lagii..jgn kacau budak budak main..

Dark Ray ;
mak lu tau tak lu isap rokok.

en.Adam said...

kalau mak dia tahu xdelah dia nak g isap kat 7e...

reza bulan ni kau kena turun shah alam,ada hal yang perlu aku setelkan dengan kau..hahahah

aloy_paradoks said...

Adam ;
Reza turun Shah Alam...gua lepak Pangkor.

Dark Ray said...

nanti gua btau reza.
tak pun lu msg trus je la die.
kalau lu pggl gua je pun ok gak.
gua kan bekerja sbagai Perancang majlis-majlis surprise berkualiti tinggi.

p/s : mak gua tau lah. gua siap lepak dgn dia lagi kat luar.agak2 xde rokok gua pow dia je.

~~~ kay ~~~ said...

aloy,
kay akan komen kemudian....

aloy_paradoks said...

Dark Ray ;
jadilah insan yang berguna pada agama bangsa dan negara.

Kay ;
moga cepat sihat.