06 April 2009

"Erm... Buah Langsat Kuning Mencelah"

Dalam sebuah kamar ruang beradu, sepasang suami isteri resah gelisah, si suami nak dipeluk cium sang isteri terasa tidak enak dan terlalu mual ketika ini. Si isteri, suami di sebelah nak didakap terasa semacam rimas menyelinap rasa. Biar,, biar fikiran alun beralun, tingkah bertingkah kerana hanya kesenyapan yang meribut makin meracau racau digejolak rasa. Ini bukan sebuah kamar mewah dengan meja solek antik kayu jati kilat bervarnis. Ini bukan kamar mewah punya tingkap sliding yang ditarik ditolak. Ini bukan Kamar mewah yang punya ruang mandi sendiri apatah lagi besen marmar besar enak beremdam badan di air panas. Ini hanya sebuah bilik sempit dengan meja dari habuk kayu tempat meletak cermin muka sebesar penumbuk dan bedak kompak jenama Avon serta bedak batu gambar perempuan Jepun memakai Kimono, dan tingkap cermin berjeriji....disamping dua bilah cermin telah pecah menyebabkan udara menerobos dari ruang yang terdedah. Ini adalah rumah Flat bawah 40 ribu ringit seunit.

Dalam ruang yang kelam,, sejalur cahaya kuning dari spotlight jalan menujah masuk menyamarkan keadaan dan menjamah otak yang kekuningan. Seketika lolongan anjing di luar dan dibawah dibawa masuk sekawan angin yang hanya mencari dimana ruang kosong udara.

Didalam kepala hotak berjambul sang suami yang siang tadi penah memerah keringat di kilang besi hanya satu...duit, duit, duit, duit, duit, duit. Dimana nak dicari duit untuk diberi kepada pemilik duit. Untuk diberi kepada orang yang menjual duit.

Awal tahun yang lalu sedikit kelegaan terasa mengalir di urat urat kepala. Yuran sekolah, yuran PIBG dan yuran peperiksaan anak pertama, kedua, ketiga berjaya dilunaskan. Along, Angah dan Ucu gembira dihari pertama persekolahan dengan Baju putih baru dari Jenama "Canggih"... dan kasut putih baru berjenama "Batak". Angah pulak seminggu bersekolah teruja dilantik jadi pengawas perpustakaan, maka baju kemeja berwarna pink ditempah dari kedai Jahit "Tai Ku Cing" yang mengesyorkan fatrib lembut. Baru la smart bile nak susun buku, takpun meletak jari di bibir tatkala Cikgu Rahim gelak gamat mengorat pembantu pustakawan yang ramping berkebaya itu. Dalam beg sekolah masing masing dilengkapi perkakas menulis baru. Along mahukan sebuah set geogmetri, Angah meminta Kakulator Saintifik, Ucu nak sekotak Buncho dan berus mewarna dari bulu kuning dan lembut. Kata Cikgu Nuri itu bulu babi, lepas guna kalau nak cuci, nak lap tangan kene lapik dengan kain, tapi kata Cikgu Nuri lagi, berus bulu babi paling sesuai nak membuat catan kerana kualitinya. Anak nak sekolah, nak belajar... tanggungjawab dia untuk memenuhi keperluan mereka.

Lepas tolak belanja persekolahan, masih lega lagi untuk membayar bayaran tertunggak Kancil 650 warna merah. Lega, lega dan lega.

Mujur ada syarikat pemberi pinjam wang "Kita Saudara" yang sudi menolong. Nak harapkan Bank Orang Ramai, banyak sangat songehnye. Borang itu borang ini, naik sana naik sini, masuk sana masuk sini, datang esok datang hari ini. Pinjam sama Abang Yang Sulung, habis cerita.

Ermmm... adik angkat Abang Sulung datang bagi salam semalam. Katanya Abang Sulung nak mintak benih bunga sikit,,, nak mintak benih bunga dengan pasu bekas bunga. Sebab dah lama tanam, takkan tak subur subur lagi kot. Siram hari hari tak?
Ermmm..patutla layu...

Kalau tak berbunga jugak, terpaksa dicantas pohonnya...biar tumbuh yang baru..
Biar tumbuh yang lebih segar dan cantik kelopaknya.

Mana nak cari bunga ni..? Entahlah...benih dah habis dimakan Helang.

Dalam kepala hotak si isteri nak kata apa?
Telebesen plasma tokey kedai elektronik tu pinjam kejap.
Mesin Basuh tu pulak tumpang letak kat kedai jugak.. sempit rumah kot.
Ermmmmm...
Kereta Kancil merah tu, semalam ada dua orang badan besar datang pinjam.

Nasib baik ada sikit sikit main kutu dengan Kak leha, Kak Yati dan kakak kakak yang gempal gempal kat blok ni. Dapat jugak beli beras petang tadi..beli telur satu sangkar..beli sardin King Cup 6 tin. lepas la makan malam dengan makan tengahari dua minggu ni. Ada la lebih buat Along, Angah dengan Ucu belanja sekolah. Buat Suami beli tembakau nak gulung rokok nanti..

Tapi nanti...mana nak kutip benih nak bagi bunga dengan pasu dekat Abang Sulung..
Nak mintak balik kancil 650 yang abang badan besar tu pinjam.
Nak bawak balik telebesen plasma dengan mesin basuh..

Sewa rumah? tuan rumah kata dah 3 bulan die menanti buah tak gugur..
Takkan bulan ke4 tanak gugur jugak kot? mau muntah darah.
"Beginilah, kalau nampaknya hujung bulan ni(esok) tak ada hasil jugak. Saya harap awak gugurlah. Kebun inipun boleh ditanam buah lain".

Itu ini sana sini, deru otak makin meligat..
Itu ini sana sini, tempurung kepala seakan meretak..
meretak..meretak.. makin besar dan merekah...
dan rekahan mengalir derita merah...sakit...sakit..sakit lagi..sakit sungguh..
makin sakit, sakit membelit, membelit belit dan.. tik..tik..tik..tik..tik..
beberapa detik sahaja akan berderai..

41 komen:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

ada yg pggil ringgit

ada yg pnggil dolar

ada yg pnggil bas

ada yg pnggil teksi..

aloy_paradoks said...

Baru kejap tadi gua layan lagu tu balik dalam "kembara Seniman Jalanan"

"semua itu duit,,bikin orang sakit"

Dark Ray said...

lu tak bayar lagi ke sewa rumah bulan ni?

eliza said...

gugur? tanam buah lain?

emm...dalam maksud.

:)

a.b geldofg said...

susah hidup jadi rakyat kan?
jom jadi menteri..
pasti bnyak sedekah yg dapat

sutera putih said...

aduhh,,,
indah sungguh bahasa2 nyer,,,
jenuh blajar memahami bahasa,,,
huhuhu...

patungcendana said...

patutla kau suka cuaca mendung..:-)

shitagi said...

rompak kasino lah. aku tengok citer winning eleven tuh senang jek diorang rompak kasino?

aloy_paradoks said...

Dark Ray -
Hehehehe, pandai meneka?

Eliza -
Maksud biasa, tak dalam sgt. Cume jalannya amik yang jauh.

Ab Geldofg -
Jika gua org kaya dan kenamaan, pasti setiap hari ada undangan makan makan dan hadiah...
Tapi si miskin yang lapar nasi, tiada satu undangan bertandang.
Keanehan bukan?

Sutera Putih -
Tidak seindah mana, cume membelitkan ayat dan memanjangkan jalannya.

Patungcendana -
erm... bukankah mendung lebih baik jika hadir pada masa yang betul dan tepat?

Shitagi -
Memang itu aje bakat yang gua ada.
Tapi gua tahan dan simpan kebolehan itu.

Terima Kasih semua kerana menjengah.

Dato Paduka Masri said...

memang jauh jalan yg ko ambil....

patungcendana said...

masa yang betul dan tepat itu berlainan untuk setiap orang...mungkin jika mendung sekarang...sangat tepat waktunya untuk kau, tapi mungkin pada waktu yang sama, aku perlukan hujan...hehehe

wahyudimy said...

hidup semakin mahal.


*typo
beremdam=berendam


ps: aku dah upload gambar iklan tu..silakan buat walpaper.ha ha ha

aloy_paradoks said...

Dato Paduka Masri;
luas sikit pemandangan dan bertambah pengetahuan.

Patungcendana;
ya,,,benar tidak disngkal.

Wahyudimy;
Hidup semakin mahal, itulah kata2 yg tepat sekali..
gua dah tengok iklan tu,,,sun...

pal7 said...

benih yang ditanam belum tentu boleh berbunga kalau xkene cara..

mungkin sebab tanahnya..
mungkin sebab airnya..

atau mungkin sebab bekas pasunya??..

Dark Ray said...

lu bukan tak kenal gua..
lu punya penulisan confirm ada maksud tersirat yang berkaitan dengan hidup sendiri..
cuma tak beritahu straight je.
tu yang gua confuse lu ni straight ke tak?

aloy_paradoks said...

pal7;
atau mungkin kerana karina?

Dark Ray ;
habis tu,,angin kota Astineopel tu kisah gua gak ke?

en_me said...

hmmm..

Dark Ray said...

entahlah..
gua tak bac pun..
gua komen je..
hahahaha....

aloy_paradoks said...
This comment has been removed by the author.
~~~ kay ~~~ said...

(^_^)

aloy_paradoks said...

En Me;
hmmmmmm

Dark Ray ;
biase la, lu mane bace benda2 serius ni.

Kay ;
moga anda sihat walafiat.

Dark Ray said...

perli baekkkkk punya...

+h.a.z.e.r.i.n+ said...

cerpen ini mendalam maksudnye kah atau aku yang biol tak faham apa itu seni? aisshhh

aloy_paradoks said...

Dark Ray ;
mana ada,,,takde takde..

hazerin ;
cerita ni point die mudah je... masalah kehidupan masakini dan hutang keliling pinggang.

@t00neY r00neY® said...

hidup ni ade macam² hal...

Costa Rica said...

duit bisa mmbutakan mata ...
duit bisa buat manusia jadi binatang...
duit duit duit...
ini lah kehidupan...

aloy_paradoks said...

tooney rooney ;
hidup ada macam macam sebenarnya..
hidup segan mati tak mau,
mayat hidup dll.

Costa Rica ;
Duit itu sendiri bisa...

Zul-Elle said...

Hamba dah kembali, Pak Malau!

en.Adam said...

takpe bro,
duit hotdog nanti
lu buat bayar sewa rumah k???
hahahah

kimisai said...

DUIT juga ada kebaikkannya..

D oa
U saha
I ktikaf/istiqamah
T awakkaltualallah..

aloy_paradoks said...

Zul Elle ;
Jika kembali hanya seketika apalah maknanya.

En Adam ;
boleh,, ko sedekah share ko kat aku....hahahahaha

Kimisai ;
betull, kita semnua perlukan duit,,,kerana disitu ada segala kenikmatan..

patungcendana said...

re:... aku pulak?

apakah maksudnya itu?... :-)

Anak Pendang Sekeluarga said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Pegawai Khalwat said...

Bak kata Kudaffa dalam Misi 'kita bergerak dengan kekuasaan wang!'

aloy_paradoks said...

Anak Pendang Sekeluarga ;
Panjang nama beb.. terima kasih...insyaalah.....tapi ana tidak pandai sangat bermuzakarah.

Pegawai Khalwat ;
"Tentunya kita berkumpul ini untuk mendengar bagaimana saya bergerak dengan kekuasaan ringit bukan,,, bagaimana ringit menjadi kuasa yang paling agung" ada mcm Engku Daffa tak gua cakap?

~~~ kay ~~~ said...

alhamdulillah semakin sihat
berkat doa dari semua, thanks.
have a lovely weekend!

patungcendana said...

re: "dan aku pulak? asyik ko aje"

kau adalah sahabat fantasi ku, yang sering muncul dalam mimpi siangku...

kau adalah pujangga mayaku,
yang mampu membunuhku dengan tajamnya penamu...

kau...akan munculkah di alam nyata ku???

ok...sikit2 cukup...hehehe

patungcendana said...

hehehe...

aloy_paradoks said...

kay ;
bagus la jika kay sudah sihat,,alhamdullilah

aloy_paradoks said...

Patungcendana ;
gelak sinis ke?

Sarah said...

"bedak batu gambar perempuan Jepun memakai Kimono"

sangat bernostalgia.
:)