Walaupun dilihat secara lahiriah gua bukan seperti seorang Lelaki yang bersih berkupiah, malah sering diangap kutu juga dipersoal adakah pekerja kontrak binaan di intitusi ini, dan tidak juga dilihat bagai seorang pengamal ajaran islam yang baik tetapi gua masih islam dan mengakui keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.
Maka gosip bahawa gua Freethinker adalah tidak berasas sama sekali. Orait.
Dengan rendah diri gua sekadar ingin bertaskirah perihal dunia masakini yang terpusing sepenuhnya. Dalam komuniti kita biasa berlaku perihal kematian, jika tidak anggota keluarga kita ia berlaku pada orang lain. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluargasimati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuhdan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullahdi mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Sekian saja untuk kali ini, niat gua cume ingin menyampaikan kepada kalian dan harap ianya tersampai.. jika ada yang terasa dan terkena batang hidung, batang hidung gua pun kene jugak.
K/K : Untuk artikel ini gua telah merujuk kepada tulisan tulisan keagaamaan terlebih dahulu.
23 komen:
ahaha...
lu betul...
atuk gua,dia bengang sal kenduri arwah...
sama mcm lu ckp...
nyusahkan keluarga...
kalau yg meninggal mak bapak, pastu anak jd yatim piatu, kita dtg mkn kt uma tu xke mcm mkn harta anak yatim?
ehehee...
-berkata untuk mengisi dada-
ehehe
ini kes silap masuk gear ke silap jalan?
re:...hati yang mudah layu...tak perlu tunggu berdepan dengan arus dunia...berdepan dengan arus air longkang pun boleh hancur...:-)
pie - berkata untuk mengisi dada pulak,,,ermmm bagus...
pokok yang sudah layu, jika disirami, memang boleh tumbuh kembali...tapi jika ia masih di biarkan tumbuh di tanah gersang yang sama, apakah ia mampu memberikan hasil atau sekadar hidup sahaja...:-)
gua semayang tak pakai baju bkan apa,
takot baju tu kotor je,nnt x sah semayang..
hahahaha..
gua x pernah tuduh lu freethinker
dan terpesong!!gua percaya lu ni
seorang hamba Allah lagi!!
hehehe
en adam - eh terasa lak (baju lu selai kat umah gua),, hahahahaha.
or freethinker tu hape?
lu ada ketokohan utk mjadi ustaz dlm prog 'forum perdana'
jawapan melambangkan keperibadian...hehehe...siapa yang cakap tu ya...:-)
lhahaha..
dalam banyak2,part tu je yang
aku terasa...eh,baju kuning kau pun
ada ngan aku lagi..hehehe
freethinkir bermaksud org yang
berfikir tanpa memerlukan duit..
fri of charge ataupun buy one fri one??
huiyoo...ustaz...
weyyy home tution add maths skrg sejam RM35 tau ngaji quran sebulan RM50 org liat nak bayar.
hakikat...dunia sudah tua.
ab geldofg - gua setakat bagi tazkirah subuh kat budak asrama boleh la...hahahaha
patung - gua yg kata.
en adam - jgn buat harta.
aku pentoi - tak layak langsung...
Hijrah - Huyo,,,lebat tu income.. jauhnya jarak dgn kelas Quran...
lu da solat blom ni?
aku tak bwat harta,peram jap..
eh,aku bangga lah jadi kawan kau,
pegi mana2 pun ada
orang nk usha kau..
dan aritu aku yakin,
awek tu mmg usha kau..
aku dapat tumpang
populariti kau pun
dah cukup puas bagi aku..
hahahah
Dark Ray - Belum! Waktu belum masuk!
En Adam - Lu jangan nak bagi gua malu.
betul!!
mmg hebat orangnya aloy ni.
hensem plak lagi..
bertuah la lu en adam.
kalau gua pun dapat jd cam lu kn bes??
kejap je blh jd popular..
awek pn slalu usha..
bl agak nya kt blh jmp yek aloy?
byk yg gua nk blaja ngn lu..
Amin!
dark ray - gua bukan siapa siapa,,bagai kekabu dibawa angin. Lu org semua hebat.
Mangkok tu kalau dihayun pecah ke dinding..
pegawai khalwat - ya robbal alamin..
jawapan yang cukup rasional...sebab tu aku tiru...err...maksud aku...pinjam...hehehe...:-)
erk...aku ke yang salah erti apa yang kau tulis...huhuhu...:-(
selaen perenggan pertama dan terakhir. gua raser pernah bacer entri ini. dejavu.
patung cendana - tiada siapa yg silap.
shitagi - entry yg sama boleh dibaca di Freindster Tuan Guru...
Post a Comment