04 March 2009

Lelaki Tua Itu (edisi terhad)

Termenung di hujung beranda menikmati angin malam membuat kotak ingatan memutarkan kembali cakera kenangan. Berkepul kepul asap rokok buatan sendiri memenuhi ruang. Perlahan sedutan terakhir ini ditarik lembut, asap dihembus.... kabus memenuhi seketika...dan asap lenyap dibawa angin bersatu dengan udara.

Pandangan kosong dilempar ke tanah seberang, semak bersamun. Pasti ular sudah bersarang disitu, jika benar ular bersarang disitu ia akan membahayakan orang berjalan kaki lalu lalang, membahayakan kanak kanak yang bermain ditepi jalan.
Membahayakan Siti Raihan anak dara Arwah Awang Labu yang saban hari menunggu Bas Kilang di pondok Bas depan rumahnya itu. Serabut mata memerhatikan dan otak memikirkan fenomena itu. Jika kudratnya masih kuat, akan diusahan tanah itu dan tanah tanah jirannya dengan pelbagai hasil cucuk tanam. Hala ke baroh akan ditanam dengan ubi kayu, hala ke darat dipenuhi dengan pisang, hala timur lagu nyanyian Noraniza Idris. Ada juga hasilnya dari bersemak seperti itu.

Sekarangpun jika dia mahu boleh diusahakan, keuzuran perkara mudah baginya. Minum saja "Kopi Ali Guar" yang disaran oleh Amy Search, Tetapi anak anak dan menantu menantunya yang honar menyuruhnya duduk duduk saja di rumah sambil menonton "Astro Oasis", tapi lelaki tua lebih gemar menonton CD rakaman konsert penyanyi dangdut Inul Daratista. Alasan mudah, makan pakai semua sudah tersedia, tiada apa lagi yang perlu diusaha. Mereka tidak mengerti jiwa lelaki tua ini. Jiwanya penuh semangat dan bunga.

Kerepot diwajah yang jelas kelihatan menampakkan usianya tua, lendut lendut diseluruh tubuh mengiyakan bahawa memang lelaki ini telah tua. Entah suratan atau kebetulan isterinya telah pergi tak kembali lebih awal darinya. Jika Umi Kalsom masih hidup, pasti Umi Kalsom akan mengerti bahawa jiwa lelaki tua itu kini memberontak. Memberontak untuk melakukan sesuatu yang mahu dilakukan.

Jika tanah bersemak itu ditanam dengan ubi, mayat dan pisang pasti ada hasilnya. Kini ramai peraih dari kampung sebelah hendak membeli ubi dan pisang bagi memenuhi permintaan dalam Industri Kecil Sederhana yang rancak diusahakan. Dengar kata Kilang Kerepek Salamah isteri Bibik selalu kehabisan bekalan bahan mentah seperti ubi. Panas hatinya tatkala terlihat lori berkepala merah melintasi jalan besar didepan rumahnya, lintas aje takpe, die tak kisah, Tapi ini penuh dengan pisang dan pelbagai tanaman kontan. Pasti hasil itu dibeli dari tanah Mail dihujung simpang, ataupun tanah Ramli di belakang kedai Tin Huat.

Apalah sangat dengan keuzuran ini, yang penting tanah itu tidak menjadi tempat ular bersarang, tidak membahyakan orang yang lalu lalang, tidak membahayakan Siti Raihan yang menunggu Bas kilang saban hari kecuali hari Ahad. Maka tanah itu harus diusahakan dan jangan dibiarkan kosong. Untuk itu kepala mula berkira kira, esok petang Mail lalu nak kebun akan disahut biar singgah ke rumahnya sebentar. Akan dipohon dalam 50 anak pisang untuk ditanam di tanah seberang jalan itu bila semak samun licin ditebas. Jika anak pisang di tanah Mail kekurang, di tanah Ramli juga boleh dicuri pada malam hari. Mereka bukan berkira sangat, sama sama membesar dari kecik hingga segala lanjut segala begini.

Tekad hatinya membulat, rindu pada cangkul, tajak dan Siti Raihan kian membara. Esok pagi pagi akan dihayun tajak dan membalas dendam pada semak samun menghijau itu. Biar anaknya Manisah dan menantunya Sarip sedar bahawa tenaga uzurnya tidak seuzur yang disangka. Biar anak anaknya di KL terlopong mulut tatkala pulang hari raya nanti melihat hasil kerja kudratnya. Biar mereka sedar bahawa jangan dipandang tak bermata kudrat yang telah membanting tulang mencari rezeki membesarkan mereka itu.

Di mata mula terbayang lori berkepala merah itu akan berhenti di depan tanah seberang untuk membeli Pisang dan ubi. Mula terbayang orang yang lalu lalang akan menoleh menyapanya yang tengah membajak tanah ataupun mencatas pisang. Mula terbayang Siti Raihan akan kagum dan gersang melihat urat urat jantannya yang timbul tatkala mencabut ubi dari dalam tanah mencengkam..Jika terlihat oleh Siti Raihan akan dikerah lagi tenaganya biar Urat Urat jantan timbul kelihatan... Biar,,,biar Siti Raihan tahu bahawa tenaganya juga seperti orang muda. Sambil mencangkul boleh juga memerhatikan liuk lentok Siti Raihan dari belakang nanti, pasti saling tak ubah seperti Gerudi Inul jika Siti Raihan juga menggerudi. Biar.....

Esok.. segala sagalanya bermula esok.. Dia perlu merehatkan badannya kerana esok tenaga akan diperah dan keringat akan menitik. Maka lelaki tua ini bingkas bangun ke kamar beradu, namun tak semena mena terlucut kain pelikat cap buah mata kucing dari cengkaman di pinggannya. Melendut...tetapi nasib baik tiada siapa siapa disitu bersama bersamanya. Jika tidak entah dimana hendak disorokkan muka merahnya yang berkedut itu.

Lega menyeresap terasa apabila kepala diletakkan di tengah tengah bantal.
Akan kubuktikan pada semua fikirnya..
Dibilik yang suram dalam angan dan sedar lelaki tua tertidur.

Esok paginya semua telah tersedia.. Cangkul yang tersimpan didalam setor sudah tegak berdiri di tangga. Di luar jangkaan rupannya Orang ramai makin ramai datang berkumpul, yang capik datang bertongkat, yang kurap datang dengan Minyak cap ayam, yang berpanau berbau salap, yang buta berkaca mata, yang pekak diam tertanya tanya, yang budak berputing di mulut. Semua datang berkumpul memberi semangat. Zakaria pemuda hitam legam ditugaskan untuk menggali tanah kubur di hujung kampung mula bergerak. Pak Mail dan Pak Ramli bertukang menyiapkan keranda. Menantunya Sarip memotong batang pisang bagi memudahkan kerja memandikan jenazah. Anak anak dari KL subuh tadi sudah berada di rumah itu.

Dan selepas Zohor lelaki tua diusung ke Tanah Perkuburan oleh sanak saudara dan sahabat sekampung. Lori berkepala merah berhenti seketika berselisih dengan rombongan menghantar jenazah lelaki tua. Dan menjelang tengahari juga Siti Raihan kelihatan menonggek membonceng motosikal sambil merebahkan dada di belakang badan Kamil menuju keluar kampung, hari ahad, mungkin mereka ke Pantai Port Dikson untuk makan kerang rebus.

20 komen:

patungcendana said...

aku confuse sikit dengan genre cerita kau ni...err...romatic ke...tragedy ke...

tapi, aku suka baca...hehehe...

re:...kalau orang tanya aku soalan tu...sure tak terjawab aku...

lagi typical...bila aku tulis atau sebut nama aku kat counter...kau sure boleh teka reaksi dia orang bila aku sebut...normala samsudin...sgt typical...huhuhu

aloy_paradoks said...

patungcendana - genre cerita yg gua tulis ditafsir oleh pembaca... sbb lu kompius antara romantic dan tragedy,,maka genrenya adalah ROMANTIC TRAGEDY.

en.Adam said...

kesian lelaki tua itu,tak sempat merasa
keenakan tubuh badan siti raihan yang montok dan mengiurkan itu...rugi

patungcendana said...

re:...wah...kau lagi havoc...(aku tak ketawa ok...aku senyum je...)nanti jadi reaksi typical pulak...hehehe

aloy_paradoks said...

en adam - lelaki tua seperti juga mana mana lelaki tua yang ada,,menyimpan seribu impian dan seribu ringgit.

patungcendana - pelik sikit,,siap tanye,,tapi u keras lak ekk...
gua nama je pompuan tapi lelaki tulen.

patungcendana said...

sah orang tu memang tak sayang muka...hehe

PAJID said...

owh~
da terkejut bce~~

f a r e E z a N said...

? akhirnya raihan kawen x ngn bf die?- kdg2 soalan kita biar diluar kotak fikiran- hahahahaha

Pegawai Khalwat said...

tu dia terhad. kelabu mata aku nak baca. kalu tak terhad lagu mana gamaknya.

aloy_paradoks said...

patungcendana - takpe,,gua baik hati.

pajid - kenapa harus terkejut.

pegawai khalwat - kenapa kelabu mata.. edisi terhad biasa la, propaganda.

patungcendana said...

muka jahat tapi hati baik...ok apa...

tapi muka kau tak jahat la...nakal ada...:-)

patungcendana said...

ps...memang best ada anak...kau bila lagi...hehehe...

Lily Cartina said...

re : panthera?? nah.. i prefer black sabbath.

~~~ kay ~~~ said...

salam,
such a great blog!
(thanks, sudi singgah ke blog kay)

en.Adam said...

kesian kat aloy......

aloy_paradoks said...

patung cendana - gua kawin pun mcm jauh panggang dari api...mcm ne nak ader anak...

lily Cartina - ye la,,lu lagi ganas...

kay - nasib baik such,,bukan suck..

en adam - itu maksudnya gua marah,,biar gua yang sakit dan cedera,,kalau tak JPK yg sakit.

patungcendana said...

tersentuh?...:-)

aku tulis apa yang aku rasa...time aku brutal...brutal la puisi aku...hehehe

a.b geldofg said...

bst cerita...siap iklan lagi tu...Kopi Ali Guar

en.Adam said...

selamat jpk tu kau berkorban demi dia..

anak buah tuk guru mmg mempunyai sifat
suka tolong menolong...
tapi kadang2 ada juge yg bersft diskriminasi..
org kelantan yg berhenti dan tolong tu
kira wakil dari aku lah tu..hahaha

aloy_paradoks said...

patung cendana - betulll,,lu rasa dulu baru lu cakap..

ab geldofg - sekadar picisan

en adam - kalau gua g Indonesia tetibe jumpe org kelantan,, gua cakap kat orng indon tu kitaorg sekampung.