18 March 2009

Fatimah Juga Senyum

Fatimah tersandar di sofa mahal dari kain baldu biru tua buatan tempatan. Pelanggan di luar rancak bercerita dan menari. Ada yang separuh sedar dan ada yang mabuk sepenuhnya. Ruang kaberet sederhana besar dipenuhi lelaki lelaki kelas pertengahan dan atasan. Dan hanya beberapa orang lelaki yang berkumpul sesama lelaki sahaja, selebihnya asyik diulit dan mengulit para pelayan kaberet. Irama segar Kisah Dan Tauladan didendang oleh ahli kugiran muda berkot dan berkaca mata.

Segelas scoth diteguk Fatimah, rasa yang telah sebati dengan lidah merah melekat di keronkong. Gelas putih tinggi diletakkan bersebelah bekas abu rokok, di meja penuh bersepah dengan gelas gelas lain bersisa air kuning dan jernih nikmat. Sebentar tadi bilik ini penuh dengan lelaki tua berperut buncit. Kini semua telah usai dan dalam beberapa ketika sahaja lagi pesta akan segera berakhir.

Gema diluar mulai menyepi, pasti kugiran telah berkemas dan pelanggan mulai terhoyong hayang keluar pintu. Linda bermalas di sofa lembut, seluruh urat dibadan dirasakan tegang. Letih melayan gendut gendut lelaki miang sebentar tadi, disuruh menari, diajak berpeluk tangan merayap ke pangkal peha dan jenuh diriba riba.

Sudah berpuluh dan mungkin beratus lelaki telah dilayannya, dari yang kaya berduit lebat sebemban, berpoket ala kadar, dan hanya lepas paras hidung telah diberi merasa panas gebu tubuh montoknya. Semua dilayan tidak mengira tua, muda hatta ingin pertama kali megecap nikmat gunung Himalaya sekalipun, semuanya dilayan kerana disitu ada kelangsungan untuk meneruskan hidup. Namun sekali sekala meloya juga tekak apabila berlaga laga dengan kulit bersisik atau kulit hamis berhancing keringat.

Sejak Hassan menghilangkan diri, dia bersusah payah membesarkan Linda, kuih penah dijaja keserata kota kuala lumpur, dapat juga mengisi perut. Jalis lelaki budiman yang dikenali ketika menjaja hadir bagai memberi sinar buat Fatimah menyuluh jalan liku berkelam. Lelaki itu tempat mengadu apabila dijemuh jiran sekampung, dan lelaki itu juga teman berhibur menonton filem filem terbaru lakonan Latifah Omar di panggung Rex.

Pelawaan kerja di kaberet oleh Jalis difikir ragu berkali kali oleh Fatimah. Namun Jalis bijak memancing, hanya sekadar menghantar minuman dan mengemas meja yakinnya.
Namun beberapa ketika bekerja di Kaberet Irama Malam Fatimah mulai berani dan nekad, kerja disitu saja sudah dipandang jahat oleh mata mata sekalian, maka biarlah jahat sepenuhnya dan Jalis adalah lelaki pertama yang dilayari nafsunya tanpa pernikahan.
Dan sejak itu, noktah tidak bertemu lagi....

Tauke Meng masuk kebilik, tajam mata memanah tepat ke mata Fatimah..
"itu Incik Rashid ada tunggu luar ar, ini malam lu pegi ikut sama dia, wa sudah janji"

Fatimah diam,,tidak berkata... lemah dia menghayun kaki ke ruang Bar.. Disitu menanti Incik Rashid Lelaki separuh umur tersenyum manis kepadnya.

Fatimah menghala ke lelaki sedang berghairah itu.....sekurang kurangnya yuran pengajian Linda di Kolej dapat dilangsaikan esok.... Fatimah senyum... senyum juga kepada Incik Rashid.

34 komen:

patungcendana said...

panggung rex?...ni setting tahun berapa ni?...

kesedihan bukan hanya dilihat melalui airmata kan...:-)

wahyudimy said...

Aku ingat aku pun nak buat entri macam ini la.

hijrah said...

wah, best aarrr baca tulisan mcm gini.... kisah benarkah ini?
hasil tulisan yg meyakinkan.
aku lahir 1976 pun x tahu nak tulis mcm ko tulis nih... aloy, ko jauh lebih muda dari aku kan?

aloy_paradoks said...

patungcendana - setting tahun 60an, gua pun tak hidup lagi waktu tu,, tapi try je la..

wahyudimy - teruskan dan lakukan apa yang dihajat...

hijrah - gua lahir tahun 1984 wahai kakak..

raihansyaz said...

woah. klasik nya cerita ni

aloy_paradoks said...

raihan - klsik ek,,,,,hehehehe... tak cukup bahan lagi..pendek je.

dark ray said...

lu mmg pendek!!
atas bawah dalam luar

aloy_paradoks said...

dark ray - komen tak membina.. takda pelajaran kot lu ni?

dark ray said...

mmg xde..
gua bkan cam lu..
ada digri pembinaan dan ukur bahan..

patungcendana said...

aku tak mengharap tangan untuk menarik aku keluar...aku cuma mahu tahu ada atau tidak tangan yang akan menarik ku ...

ya...aku boleh mencerap dengan bagus kerana fatimah dan aku punya banyak persamaan...:-)

en.Adam said...

aku suka latar masa dalam cerita ni..
terkenang zaman aku muda-muda dulu..
hurmmmm.....

tubuh linda tu montok macm raihan x???

Anonymous said...

cilake korg sume!

aloy_paradoks said...

dark ray - hakikatnye kite same,, belajar tak habis.

patungcendana - banyak persamaan...ermmm jika benar begitu.. gua harap kakak cendana tabah.

en adam - ermmm... tunggu direalisasikan dalam bentuk film pendek nanti.

tanpa nama - nak carut org buat blog sendiri la.....

hijrah said...

aloy, ko sebaya dgn arwah adik akak...

wahyudimy said...

Aku nak buat,tapi dari minggu lepas pendahuluan pun tidak siap lagi..dem!

Tanpa nama,
Aku memang celaka,jom kawin dgn aku.

patungcendana said...

tangan itu pasti ada,,kerana tangan Tuhan sentiasa bersama...

kepastian satu penawar...:-)

aloy_paradoks said...

hijrah - nmpaknye itu kebetulan yang tidak disengajakan,,adakah die lelaki atau pompuan?

wahyudimi - same la kite,, permulaan peram dua tiga minggu,,takpun peram terus

patung cendana - mmg satu kepastian dan penawar.

hijrah said...

adik2 akak semua lelaki dan yg meninggal itu yg bongsu.

patungcendana said...

:-)

aloy_paradoks said...

hijrah - jika itu kehendaknya,,pasti ada sebab, dipinjamkan sementara.

patung cendana - senyum? itu sudah bagus.

hijrah said...

ye, sbb arwah tu seorg yg sgt alim, baik, rajin dan pandai lagi hensem.

re: ye, ajar dak2 form 5&6

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

perenggan last tu...cam biasa baca je 'berghairah' tu..

amin said...

cerpen ni mcm wahid kasran utusan malaysia...zaman 90an dulu...so ko punye blog letak nama abg wahid le (kalau diizinkan...)

a.b geldofg said...

pendedahan yg berani budak2 uitm ke ni hehehehe

aloy_paradoks said...

hijrah - sy pernah melalui form 5&6..

aku pentoi - pinjam ayat Ab Geldofg jap(berghairah)

amin - gua akan cari dan baca cerpen itu jika jumpe.. fowardkan pd gua jika ada..adakah jalan ceritanya sama dan olahannya sama?

Ab Geldofg - hanya khayalan gua semata mata..

amin said...

mr aloy,
kalau nak, cari surat khabar mingguan malaysia tahun 1988~1992,
mase tu mane ade internet...
org-org lame tahu le pasal cite tu...tak lama kemudian ruangan tu kene ban kot...banyak org komplen ade unsur 'tuuut...' tak sesuai dibace utk umum (18SX)...
ade sesape keje kat utusan malaysia...any comments...

el-jober said...

seorang kawan yang semakin maju...

~~~ kay ~~~ said...

menarik dan tertarik...
(^_^)

aloy_paradoks said...

amin - or begitu mengertilah daku...
1988-1992, sy mbaca pun belum pandai masa tu..

el jober - maju di perut...perut jucka lagi maju.

kay - lagu ruffedge...cantik menarik tertarik kau mmg da bom...

patungcendana said...

kau ni...jgn la pressure aku...nanti hilang semua semua idea dalam kepala aku...

nanti...malam2 sikit aku update la...hehe...:-)

el-jober said...

teringat pula pada nama sebuah restoran mamak..tetapi ini versi terbaru...AhLOYDAH MAJU..(MAHMUDAH MAJU)

aloy_paradoks said...

patungcendana - ok ok,,tak pleasure..

el jober - ya.... boleh buat restoran gak ni..

Dark Ray said...

lu stail camni skg ek?
bg satu entri pastu layan komen sampai 7-8 bulan.
kalau dulu satu hari 980 entry.
Tidur lu sibuk sangat ke?

aloy_paradoks said...

dark ray - gua bukan mcm lu,,banyak idea nak tulis entry,,,gua idea runcit runcit je..