Jendela berbingkai kayu kelabu yang terkopek catnya dibuka, menderu deru angin Kota Astineopel masuk menghalau segala hapak dan hamis ruang beradu. Cahaya yang menujah menyilaukan penglihatan Joh Bie, mata yang sempit itu sekian lama tidak dibasahi cahaya mentari mengeyit ngeyit menahan kepedihan. Jururawat Raihan menyelitkan daun daun langsir ke ceruk tingkap yang ketat.
Bengang pada Jururawat yang banggang makin menebal. Harap muke je cantik tapi otak letak kat bawah bekas bawang didapur. Bukan tidak diketahui Joh Bie tidak suka akan cahaya dan tidak suke makan tanpa belacan. Cahaya menyakitkan, meyilaukan dan menyebalkan, belacan membuka selera. Joh Bie lebih rela terbaring sepi dikamar. Biar tiada siapa yang ambil peduli pun tidak mengapa, die lebih aman begitu. Tanpa cerita dan kisah dari dunia luar, biar dia dalam duniannya asalkan makan nasi ada belacan.
Saudagar Zulkarnain Cendol Pulut keluar negeri selama dua bulan atas urusan perniagaan. Dan ketika mendengar perkhabaran itu, Jururawat Raihan telah nekad, akan diubah segala semasa ketiadaan Saudagar Zulkarnain Cendol Pulut. Baginya kehendak Joh Bie tidak harus dituruti begitu saja.
Hati yang panas makin membara. Joh Bie mengetap bibir menahan nafsu dan marah. Raihan muncul kembali menyorong masuk kerusi roda. Joh Bie enggan tatkala diangkat kakinya berpijak di pedal kerusi roda. Namun Raihan mengeraskan niatnya, diangkat juga kaki kudis berkurap Joh Bie yang lumpuh itu dan mudah bagi Raihan menghayun Tubuh kurus Joh Bie ke atas kerusi roda.
Di halaman rumah yang menghijau Joh Bie dibiarkan dibakar terik mentari oleh Jururawat Raihan. Berkali kali Joh Bie menjerit meminta agar dirinya dibawa masuk. Puas dipekik dan memaki, namun kini arahannya tidak diendahkan. Setelah penat berteriak dan merasakan semuanya adalah sia sia Joh Bie diam termangu mangu. Kulit mula serasi dibakar matahari dan disapu pawana dingin dari Pergunungan Kenji. Kawasan pergunungan kelihatan berkabut dan awan saling melanggar Gunung.
Di kawasan cenuram Barat rumah dapat dilihat pokok pokok menghijau tumbuh. Sudah lama dia tidak menikmatinya keindahan ini. Dan kini semuanya kembali mengamit memori.
Dari jendela usang berlapuk Jururawat Raihan melihat Joh Bie, pemuda yang terlalu emosi hingga memakan diri. Sejak kematian Ibu dan Kekasihnya dalam kemalangan jalan raya 5 tahun lama dahulu dia yang disahkan lumpuh sementara tidak lagi bersemangat untuk sesuatu yang bernama kehidupan. Segala galanya kosong dan ruang vakum itu adalah lebih baik baginya. Tuhan tidak merancang perjalanan hidupnya dengan adil, dan Tuhan seperti sengaja menganiaya dirinya Jikapun Tuhan itu benar wujud. Semenjak itu tiada Tuhan dalam dirinya, dan tiada dirinya dalam Tuhan. Tuhan itu hanya mitos dan dongeng masyarakat purba dahulu kala untuk merehatkan diri sambil mendengar penglipur lara menghibur.
Angin segar dari Pergunungan Kenji berterusan membasuh hapak Kamar beradu. Semua cadar hapuk berhancing dan langsir telah diganti baru, Jururawat Raihan kini puas biarpun selepas ini Joh Bie akan menyuruh ayahnya Saudagar Zulkarnain Cendol Pulut memberhentikan dirinya. Biarlah cukup sebulan saja dia bekerja disitu, asalkan kebodohan Joh Bie yang amat sangat itu cuba juga dibijakkannya.
Malam itu Joh Bie menangis teresak esak di beranda selepas menghirup udara malam. Jururawat Raihan kaku dimakan sepi dan tangis itu. Airmata kesyukuran turut mengalir membasahi pipi gebu tatkala Joh Bie mulai sedar akan kebodohan dirinya. Azam dan tekad jobie begitu membulat, dia mahu mendapatkan rawatan terbaik untuk membolehkannya berjalan semula. Dia ingin menikmati segala nikmat kehidupan dan tidak mahu terperap di bilik buruknya saja sambil menunggu mati....
Bayu malam masih dingin mengigit tubuh.. Sudah sepuluh tahun berlalu, nama Raihan kekal bersemadi dalam hati dan tidak luput diingatan. Maisara lambang kasih sayang bersama menjadi kudrat Joh Bie meneruskan hidup. Raihan menghebuskan nafas terakhirnya disisi Jobie suami tercinta tatkala dia telah menjadi sebahagian dan hampir seluruh dari dirinya. Namun kini dia semakin bijak, tidak perlu lagi mengsiakan siakan hidup dan Maisara harus merasa kasih sayang sewajarnya biarpun tanpa ibu lagi disisi. Maisara gadis manis, manja dan keletahnya menawan hati ayah. Penawar duka dan pengarang jantung di kala sepi, menghalau jauh jauh rasa rindu yang sering berpamit di pintu hati.
Namun yang pasti menjadi sebu dan sebal. Tuhan itu memang tidak adil.. dan hampir tepat siapa Tuhan, dimana Tuhan, apa itu Tuhan. Bagi Joh Bie ini hukum alam, datang pergi, lahir....membesar...dan mati.... tiada siapa menentukannya kecuali diri sendiri. Kerana diri sendiri yang selayaknya menuntukan siapa kita. Dan kini, Joh Bie sendiri sudah lupa benar bagaimana untuk sujud kepada Tuhan yang pernah diangapnya sebagai Tuhan. Kerana yang pasti baginya jika ada Tuhan dimana dia?
27 komen:
kejap joh bie kejap jobie...
mane satu ntah..
asyik2 nama pompuan tu je lu guna...
bosan gua...
bl bc asyk ternmpk2 muka dia...
eeee....
Pemuda 1:Terima kasih la sebab sudi borak dgn aku..
aku nak masuk ke ruang 'vakum' sekejap..
p/s:entri ini ada kontroversi nye yg tersendiri..
gua harap lu insap dan sedar...
jgn tggl semayang jumaat ye...
Kota Astineopel tu kat mana ya..? :-)
Dark Ray - jika anda mencari kesilapan, maka itulah yang anda perolehi. Tapi jika anda mencari falsafah, itulah hasilnya.
Mr TanpaBukti - Afdlin Shauki dengan Awie, Ac Mizal dan Hans. Mamat Khalid dengan Soffi Jikan dan Pak Jabek atau gagak di rimba.. Begitu juga dengan gua bersama watak Jobie dan Rehan dlm menghidupkan cerpen..... tapi tiada siapa akan mempersoalkan mereka kerana mereka org besar dalam industri...
En Adam - Lu melihat hanya permukaan cerita,,tapi bukan dalam cerita.
PatungCendana - Kota Astineopel berada didalam minda gua sahaja..
begitu juga pergunungan Kenji...
Gua mengambil teknik ini dari Nisah Hj Haron..
hasil tulisan yang sangat menarik...
kay - moga anda menjadi insan yang menarik hati dan jiwa..
kadang-kadang org yg tak berjaya adalah org yg xnk mengaku kesilapan sendri...
kadang-kadang laa
rayza - aku benci kadang kadang,,
tuhan ada bila kita nampak...
ab geldofg - kronik tu ab...
sudi ko jengok aku... terima kasih.
aku ke hulu
aku ke hilir
semua org pegi cuti
ada yang ke luar negara
ada yang keluar2 makan angin
cuti katakan... ko pegi mana?
kwn baik aku tu siap tutup blog
dia sbb pegi cuti.. bosan tul.
re:...kau benih pokok apa aloy?...err...pokok ke?...:-)
dah cari...Plectranthus amboinicus aka poko bangun bangun. bagus untuk orang lepas bersalin tu...
tapi kenapa benih itu yang dipilih?...:-)
pandai kau beri rasional...:-)
tuhan.....berombak lautan..
tajam.....duri dihutan...
begitu....kuasamu....
patungcendana - jawapan lambang peribadi.
akupentoi - kalau g karaoke nyanyi lagu ni best jugak.
re:...litar kehidupan...
tapi aku tak suka berlumba...:-(
sampai sekarang aku masih berlumba dengan diri sendiri...berlumba untuk apa pun aku kurang pasti...
sampai sekarang pun masih tak ada pemenang...huhuhu...
nak berlumba dengan dunia...? :-)
aloy,
hari raya
jalan raya
balai raya
hantu raya
pilihan raya
bunga raya
raya raya raya
baru baru baru
Tinggalkan ulasan anda
shitagi - silalah..
wa nak royalti....
el jober - mana boleh dpt royalti. Gua pun tak dpt ape.
aku dah cuba tinggal kan ulasan dah. tak jadipun? kener tulis jugak.
shitagi - Maybe internet kat umah ko pakai stremix kot.. kalau pakai stremix mmg tak boleh sebab aku register telekom.. so lain line,, kalau boleh pun maybe mahal.
tiba2 aku rasa mahu berpiket..menuntut royalti..xkesah laa laku @ x..berduit @ x..janji aku nak royalti..aku mahukan hak aku..aku nak berjuang utk hak aku..tosai sardin+kuah kelapa lebih dgn teh o ais saja la..
Post a Comment