21/02/2009, Gua dengan rendah diri menyertai Bengkel Asas Bangsawan anjuran Belia 4B Laksama. Tiada apa yang terlalu menarik, cuma kehadiran sebuah keluarga membuat gua terfikir dan berfikir.
Seharian keluarga itu bagaikan berpiknik di Kompleks Sukan Kg Pandan ini. Lelaki separuh usia itu membawa bersama dua orang anak perempuannya mengikuti kesemua aktiviti dan proses pembelajaran. Isterinya duduk di pinggiran kami bersama bayinya. Jika tidak aku pasti isterinya juga akan turut sertai.
Tanpa segan silu dan dengan bersemangat Pak Cik itu akan melakukan apa jua yang diminta oleh fasilitator, bengkel teater tidak seperti bengkel pelajar cemerlang. Di bengkel teater sifat malu dalam diri perlu dibuang jauh jauh, dari sesi ceramah hingga memaikan permainan dilakukan oleh Pak Cik tadi bersama golongan muda yang selayakkan dipanggil anak dan menantu.
Lelaki itu senang gua panggil sebagai Pak Cik sahaja, dan dia pun mahukan begitu. Gua tak pikir di usia yang begitu dia mahu menjadi seorang pelakon (andaian aku sahaja).
Tapi apa yang aku pasti dia mahu memberi pendedahan kepada anak anak gadisnya, biar ada jati diri dan mampu berdepan dengan masyarakat. Itu didikan yang sukar diperolehi di sekolah.
Jika lebih ramai bapa yang berfikiran seperti itu, Gua pasti dan yakin semua rakyat Malaysia punyai ketahanan minda dan jati diri yang kukuh. Buat apa pun yakin dan jelas akan halatuju hidup masing. Tidak sekadar membuat dan mengikut.
10 komen:
hdup msti dteruskan bro
abah saya sebegitu :)
nasib baik anak2 mau join. kalau tak, hmmm..
hurmmm....
kenapa bapak aku
x macam gitu ha???
kalu tak dah lama aku
jadi pelakun terkenal
macam Khalid Saleh..
haha
ab geldofg - jika hidup msti diteruskan, mati jua pasti.
one love - or,,,sportingnye abah lu beb,,mesti best kan.
en adam - tu, kalu tak jogho tu,,ko yang yang berlakon, tak dapat adlin dengan sabri yunus, lagi terar, demo amik watak khalid salleh tu.
kawe nak ambk watak calet...
hahaha
en adam - demo tak sesuai watak chalet....kawe syorkan demo pegang watak tali chalet..
Dengan kelompok kami sekarang ni memang ada yang boleh dilabelkan pakcik dan makcik dengan anak-anak yang kami sendiri boleh nikahi.
Depa join dengan rasa bangga. Tak banyak kerenah macam sesetengah orang muda.
pegawai khalwat - ye,,tak macam sesetengah orang muda.. org muda yang bagaikan ilmu seluas lautan.
kenapa sepanjang 3bulan lepas blog kamu seperti pisang panas?selalu dihangatkan kembali kah??salah dari segi protokol pisang goreng...terlebih bhn api..
el jober - hamba seakan mengerti akan perucapan tuan hamba itu.. tapi hamba juga keliru..
apa maksud mamak bendahara jober?
hamba kurang faham seloknya.
Post a Comment