21 February 2009

Pengalaman Saya Di Kolumpo (Klasik)

Masuk je area yang dah banyak bangunan tinggi tinggi ni hati gua mula merisau.
Apa nak jadi nasib gua malam. Kolumpo makin menggelap. Dalam takut takut berani gua terdengar pembantu driver cakap "ar puduraya puduraya".
Bas berenti, semua orang turun, gua pun terpaksa ikut turun bila rasanya tinggal gua sorang je kat dalam bus tu. Cilanat, apasal bas ni tak berenti kat dalam puduraya, ni sipi sipi je.

Buat pertama kali gua rasa macam gua ni bahan kelakar lak, Dengan baju hitam bergetah bergambar naga, gua tak ubah macam cina hong kong, eh standart sikit la macam Ekin Cheng dalam Young And Dangerous. Apsal macam pelik je dressing aku ni, tak macam orang orang Kolumpo ni. Tadi kat Sungai Tiang dah macam moden sangat rasanya. Cool je walaupun kain bergetah tu membakar didalam.

Gerun gak, semua orang orang moden ni aku tengok jalan laju laju. Tak kire lelaki ke pompuan, macam ade benda yang dikejarnye ataupun die dikejar. Ligat!
Aku tak tau nak tanye sape, takde sorang pun yang jalannya perlahan macam jalan jalan kat Supermarket Billion di Teluk Intan.

Nak tak nak aku rayau rayau dulu kat atas puduraya tu cari kaunter yang jual tiket bas ke destinasi aku seterusnya. Dari satu kaunter ke satu kaunter aku bace senarai tiket tiket yang die jual. Haram Jadah takde satu pun yang jual tiket bas pegi "Rawang"! Teluk Intan yang jauh ade pulak. Aku tengok semua orang orang moden yang ligat ni turun ke bawah. Aku pun ikut turun.

La kat bawah ni rupenye bas kumpul, dekat sini mesti ada bas nak ke "Rawang", kalau jumpe nanti aku terus naik je. Tapi mmg cilanat betul, habis semua lorong aku cari tak jumpe jugak. Tension aku terus tanye je kat Pak Cik yang duduk kat hujung lorong tu.

"Pak Cik, Bas pegi rawang last pukul berapa?"
Pak cik tu tengok aku dari atas ke bawah, dari bawah ke atas balik.
Seolah olah aku ni Umi Aida Heroin Salam Taj Mahal.
Takut jugak kalau kalau pak cik ni perogol bersiri ke.
Kes liwat pun makin menjadi sekarang ni.

"Mana ada bas pegi Rawang dekat sini, ko pegi tunggu sana tu dekat kotaraya."
Balas Pak Cik tu.
"Erm macam nak pegi kotaraya Pak Cik". dalam ragu ragu gua balas balik.

Dah panik takde orang lain yang boleh diharap.. Gua angkat Phone gua call Jas. Jas moden sikit, pernah datang rumah abang die kat Kolumpo ni dua tiga kali. Dari mcd jas suruh gua masuk kiri,,lepas satu satu,,satu,,satu akhirnya sampai jugak gua ke Kotaraya. "or ini kotaraya", selalu gua nyanyi lagu XPDC je,
~mahu ronda kotaraya~
~lepak kejap pasar budaya~
tapi haram gua tak tau kat ne tu.

Lepak kejap kat Bas Stop, ade awek cantik. Baru balik keje gua rasa.
"erm kak, saya baru pertama kali datang kolumpo, macam mana kalau nak pegi rawang, bas ade tak?" selamber je gua sound direct kakak tu. Cantik sangat!

"Erm bas nak pegi Rawang dah takde dah ni", jantung gua tersentap bile awek tu cakap camtu.
"Kalau nak g Rawang awak kene naik LRT kot" Sambung akak tu...
Lemah kaki gua menuju ke stesen LRT mengikutT pelan yang awek tadi cakap.

Sampai dekat LRT tu gua tanye sorang amoi untuk kepastian.
"hallo, Amoi tumpang tanya..LRT pegi rawang dekat mana?"
amoi tu diam....pastu die cakap...
"aiyo,,mana ada LRT pegi Rawang maa, itu komuter saja pegi rawang"
apa benda komuter ni? macam LRT jugak ke?

Amoi tu cakap aku kene pegi dekat pejabat Pos Besar. Sebelah Pejabat Pos tu ade stesen komuter. Berdasarkan penerangan ringkas aku redah cari Pejabat Pos. Nak kol Jas lagi kedit dah habis, Sambil tu habis semua orang tanye, dari melayu, india ke cina, indon, Orang Putih je aku tak tanye, Tak tau macam mana nak tanye.

Pendek citer gua berjaya sampai ke stesen komuter dekat Pejabat Pos tu. Lagi masalah gua tak tau mana satu pintu masuk. Tau tau gua dah sampai atas jambatan komuter tu, gua rasa gua dah masuk ofis die la tadi. Lantak la, sape suruh pintu tak tutup.
Gua seberang. Tegak tunggu Komuter, ehh..apsal semua orang tunggu belah sana.. tengok papan tanda belah sana tu rawang. Tapi macam mana nak pegi belah sana, tengah tengah ni rel keretapi. Pintu jambatan tadi dah kene solek. Ah sudah.

Drastik aku terjun ke bawah dan ke atas rel, aku lintas rel untuk kesana, tetibe ada bunyi wisel kuat nak mampos. Ada mamat Polis datang kejar aku.
~apa salah aku~
Mamat tu menjerit jerit suruh aku cepat naik. Giler ar tembok ni sama tinggi dengan aku, susah siot nak panjat. Dengan kudrat tangan aku tarik badan aku ke atas.
"ko apehal terjun bawah tu? ko nak mampos? kalau ko mampos aku yang susah tau tak"
banyak lagi la die sound aku.

Aku dengan rendah diri cakap "saya baru datang dari kampung, nak pegi rawang cari kerja, maaf la saya tak tau ape ape".
Mamat tu tanye tiket aku, aku jawab la takde tiket. Die pelik! kalau aku takde tiket macam aku boleh masuk, siap boleh lepas sebelah sana lagi, padahal pintu belah sini.
Die tak tau aku lagi pelik!

Die bawak aku g kaunter, suruh aku bayar kat kaunter cakap mana nak pergi.
"Rawang ye bang"
yes dapat tiket! Ops lupe..
"erm tiket ni pukul berape bang?"
abang tu cakap kejap lagi sampai.. Fuh nasib baik.

Dah ader tiket boleh la masuk cara sah.. aku tengok ada uncle India tu masukkan tiket dalam tu, pastu die lalu... Aku ikut...Tapi tiket aku tak masuk...
Aiseh..nak tanye Mamat Polis tadi die dah kat dalam.
Ade awek yang boleh tahan cantik tunggu aku masukkan tiket aku.
Aku try lagi, tapi palang tak bukak jugak, tiket rejek.
Awek belakang dah mula ketawa ketawa.. Ah gentleman je la.

"awak saya pertama kali datang kolumpo, tak tau macam mana nak buat ni"
awek tu amik tiket aku, die cakap aku masuk terbalik dan seraya itu palang terbuka.
Aku lalu, lepas pun..

"terima kasih ye" ucap aku memandangnya sambil kaki berlalu pergi.
Tetibe die menjerit
"Eii tiket ni ambikla...nanti macam mana awak nak keluar kat sana"
Bodohnye aku!

Aduh blur lagi,,nak tunggu kat mana. Nanti Komuter tu benti kat mana?
aku tanye mamat polis tadi. Die cakap aku kene tunggu dekat no 18, jangan pegi lain, nanti tak sampai Rawang.
Elok je aku nampak aku nampak ada binatang Komuter datang, aku meluru ke Mamat polis tadi,
"bang tu pegi Rawang ke?"

Mamat tu bagi isyarat tangan supaya aku naik dan die sempat melaung
"Lain kali jangan terjun atas Rel lagi!"

Aku angguk sambil mulut berterima kasih!

K/K : Sekarang gua dah moden beb. Gua dah tau beli tiket Komuter gune mesin atomatik. Gua dah pandai jalan laju dekat KL.

13 komen:

Dark Ray said...

bodoh!
kk tu haper?

aloy_paradoks said...

bodoh jugak !!

1.
KESAT KAKI la....

lepas buat kerje....
kaki kotor,,cuci,,kesat la kaki.

2.
KESAN KAKI la...
lepas jalan, kite pijak..
ada la kesan kaki...

pie said...

mantap a...
gua pn lbih kurg mcm lu gak...
gua jln buat xtau je...
nsib a Allah kurniakn kbolehan membaca...
nk pg masjid, gua pg pudu...
xtau org kt kl bbaris tgu teksi...
gua layan je naik terus...
apa lg rmi a sound...
ms skola tu...
pstu gua naik je teksi tgl kn cikgu kt blkg...
cikgu gua da rsu bla gua xblik hotel...
gua lpak kt kfc...
mkn...
pstu sorg2 menapak blik hotel...
cikgu duk bising kt lobby...
ehehe

en.Adam said...

baju gamba naga???
gila ah,macam young n dangerous..
mesti semua orang gerun tgk lu..
otai beb..hahaha

aloy_paradoks said...

pie - hahahaha,,gua pun same...naik teksi kene beratur,,gua tak tau...
kampung betul..

en adam - otai ape,,masuk tiket komuter pun tak tau..

ab geldofg said...

sesat di kuala lumpur dosa dan phla bcmpur

aloy_paradoks said...

ab geldofg - tak disangkal kata kata itu.

Pegawai Khalwat said...

Chan Hon Nam!

Aku sampai la ni kalau pi kayell mesti sesat. Tapi aku pi drive la.

aloy_paradoks said...

pegawai khalwat - gua kalu tak jadi Chan Ho Nam,,,jadi Chicken pun ok gakk..awek cun cun or die dapat...
gua tak mcm lu,,gua takde bende nak di drive...

Zul-Elle said...

Suka layan lagu m.nasir tu...
"Sesat di kuala lumpur, dosa dan pahla bercampur... "

aloy_paradoks said...

zul elle - jum nonton Alam Muzik M.Nasir hujung bulan ni di Istana Budaya.

my said...

haha..aloy,pengalaman yang sama! my pun sama kot dulu masa 1st time naik komuter..pastu hampir2 tersepit pintu komuter

aloy_paradoks said...

my - yup, hampir sama,,tapi gua redah je.. nanti gua nak redah g perancis lak.