Tagged dari Nicca Vontiya. 25 Perkara tentang diri Gua.
Perkara pertama Gua dilahirkan cacat. Gua tak boleh bercakap! Tapi berkat kesabaran dan usaha kini kecacatan gua diubati. Gua boleh bercakap sekarang. Alhamdullilah!
Gua masih diuji, punyai kecacatan kedua iaitu bertubuh kecil sewaktu bayi. Atas usaha berterusan dari Ibu dan anggota keluarga lain kini gua telah sihat dan normal seperti orang lain.
Daya kepimpinan itu penting. Darjah satu Merah gua diberi jawatan Ketua Kelas. Kompius mengucapkan "Terima Kasih" ketika Cikgu masuk dan "Assalammualaikum" ketika Cikgu keluar, seminggu kemudiam gua dilucutkan jawatan. Jijou yang selalu bagi kompius gua dilantik sebagai Ketua darjah yang baru. Cikgu tu tak faham, gua bukan klise dan gua berpandangan jauh. Maksudnya "terima kasih" kerana Cikgu akan mengajar kami, dan "Assalamualaikum" ketika cikgu keluar bermaksud doa dari gua dan salam perpisahan.
kalau nak balik awal, kene amik pembaris panjang dan bace ape yang ditulis dipapan hijau. Sape yang pegang pembaris die ade mandat untuk beri kepada rakan lain yang die suke dan rakan itu juga boleh keluar awal. Lepas gua bace dan nak past pembaris, semua jerit nama gua mintak pembaris. Tapi gua seterit je jalan kat Ita terus bagi kat die. Cikgu Rosli boooo,,,,,kata gua suke Ita. Gosip semata mata.
Perkara Ke Lima ialah gua masuk darjah 5.
Dan perkara ke enam Gua masuk darjah 6.
Ditingkatan 6 gua seorang yang berjimat cermat dan tak suke membazir. Tak perlu hari hari datang sekolah kerana nanti rekod kedatangan kite akan banyak. Tinggalkan ruang kosong sedikit buat bekalan hari muka.
Dari muka yang suci bersih bertukar menjadi anasir akibat Chicken Pox. Anasir membinasa menjadi ketumbuhan merebak bagai Hitler bermaharajalela. Tak touch mana mana!
Memang tak touch mana mana, Memasuki AKSES dan disitu gua diuji kembali. Gua diugut pukul oleh seorang senior.
Katanya semua budak AKSES tak farra fauzana dengan gua dan cari point je nak belasah gua. Sebagai orang kerdil yang bukan apa apa gua akur dan mendiamkan diri. Gua solo je dalam AKSES.
Di tangga ke 10. Lulus audition Malam Jahanam gua berlakon dengan kecil dan takut. Maklumlah ada budak budak AKSES nak pukul gua.
Dan di tangga ke 11, Akhirnya gua ketahui, rupannya budak tu yang takde orang nak kawan die dalam AKSES. Cakap gebang poyo lebih. Kes jeles sebab gua macam terar dari die. Woi aku sem satu dah pegang watak utama la.. Tupun sebab takde orang lain. Hahahahaha.
Diikuti rapat pula audition "Rekaan Utama" dan baru la gua rasa gua macam ader member dalam AKSES. Baru la Farra Fauzana dengan cilanat cilanat tu semua. Gua ingat dulu dia org dengan Mamat tu nak pukul gua, tapi rupenye diaorang nak pukul Mamat yang nak pukul gua tadi.
Tutup cerita pukul. Shy pulak jatuh cinta dengan Ana masa "Rekaan Utama". Shy rasa macam dah boleh pergi Thailand. Tapi tetibe plak masing masing macam lost kontek. Die kata Aidit Alfian kenal die, sebab Aidit Alfian mentor Anna. Apehal lak citer pasal Shy, buat blog sendiri la kalu nak citer pasal diri ko!
Dalam banyak banyak manusia. Gua paling benci makan kuewtiau. Setakat nak makan dua sudu tu boleh la, satu pinggan muntah darah gua. Gile ape lu makan sudu?
Ade ke patut Ah Moi jual Hand Phone tu cakap gua tak hensem tapi MACHO! tapi MACHO!
Tak caye la gua. Lu caye?
Susah nak percaya bahawa gua suatu ketika dulu pernah bergelar seorang Pegawai Polis.
Susah kan nak percaya? Gua pun tak percaya! Gosip liar ade orang cakap Gua berlakon dalam Kala Malam Bulan Mengambang. Tu Rosyam Noor la, bukan gua.
Lagi sekali haru bile orang tanye gua kenapa lame tak keluar dengan Album? Ya Allah takkan tak perasan, gua ALOY la, bukan Aqasha. Korang dah salah sangka.
Perkara ke 17, ciri ciri wanita idaman gua ialah seorang wanita. Tak kire bangsa apa, dan yang penting dia bukan sahaja wanita, malah seorang wanita.
Sebut tentang perkara yang mahu gua lakukan, dalam usia 30 tahun gua mahu menjelajah seluruh tubuhmu. Tubuhmu? Ok itu cerita lain, gua mahu menjelajah dan merantau. Destinasi pertama gua mahu ke Indonesia mungkin dalam masa setahun. Belajar dan melihat bagaimana utuhnya seni Peran dan budaya mereka. Dengar citer kat sana banyak rumah urut? Selanjutnya negara mana biar ditentukan oleh faktor yang mendatang.
(cukup kot sampai 18 je)
orang yang gua Tag untuk buat Tag ni jugak
- En Adam
- Dark Ray
- Susilo Bambang Yudhoyono
- Raihan
- Utusan OnLine
- Gloria Macapagal Aroyo
- Prof Dr Ibrahim Abu Shah (V.Canselor UiTM)
19 komen:
kah kah kah!
gila hebat! hahah nasib baik tak kuar album betul2! hehe
dpt msg aloy,
cuma xde kedit.
time kasih..
esok bazla dtg b4 6.40 insya Allah.
hehehehehee brovo bro
one love - album gambar dah ada 3....nak tengok?
english freak - orait..see u.
an geldofg - lu sponsor gua realisasikan perkara ke 18 boleh?
gua da mintak ab sponsor dulu,tapi beliau kedekut beb..hahahaha..
wahhhhhh..gua di tag oleh lu!!1st time tu beb..
1st time aku di tag!fuh.....
malas la nak jawab
lalalalala
lalalalala
lalalalala..
mintak ubat nyamuk cap panah spnsor lah
Salam, thank you for following my blog.
Due to some reasons I'm making it private. If you want to read my blog, kindly give me your email address so that I can invite you as my blog reader. Thank you very much. (^_^)
ko macho ker?
el Jober - Alhamdulilah....tidaklah hensem dan Hot seperti Anil Kapor yang memegang watak didalam slumdog..
dengan rendah hati gua rasa gua ada sedikit ke-MACHO-an. Tidaklah terlalu out, tapi boleh la jugak.
Syukur ke Hadrat Illahi.
en adam - Family lu kan banyak tanah kat kelantan....jual la sikit,,leh buat modal...
ab geldofg - ubat nyamuk cap ikan emas lagi popular,,"kuar Kala Malam Bulan Mengambang"
gua onlne lg...
salam...
1 - aku suka tajuk blog kau
2 - tajuk entry ni lagi aku suka
3 - jangan gelak kan aku ok...AKSES tu apa
4 - betul ke rupa kau macam aqasha...hehehe
1-alhamdullilah sbb suka.
2-terima kasih byk
3-tak gelak , aktor seni pentas (akses) sekadar kumpulan teater kecil je.
4-hehehehe,,,melawak je..hahaha.
gua suka nama Patung cendana tu,,dengan gambar kat pokok hijau dr belakang tu...
tapi kenapa tak ada entry yg boleh dibace?
takde entry yang boleh dibaca? x faham
oh...baru faham...kau ken atengok older posts...sebab kebelakangan ni aku tak de mood nak tulis panjang2...so aku letak gambar...hehehe...atas dasar...a picture speaks a thousand words...hehehe
patungcendana - baik! faham..
huh..macam-macam ada..
mai la datang indon!
huhu..
aku sapot makan lunch!
huhu
Post a Comment