Jangan marah kucing itu jika dia menggesel gesel badannya ketika lu sedang enak menggigit ayam goreng di gerai murahan ini. Jangan lah cepat melenting dan naik angin. Jangan disepak jika kucing itu menggesel badannya ke belakang badan lu tatkala tunduk bersila menyuap nasi di rumah.
Jangan disimbah kucing itu dengan air panas kerana semalam dia mencuri ikan cencaru yang ditinggalkan di singki untuk disiang. Biarpun ia kucing jalanan, kurap dan hanyir.
Menjijikkan pandangan, dia hanyalah seekor kucing yang lemah. Dia tidak diberi keistimewaan untuk mengenakan tali leher dan kepejabat pada esok pagi. Dia tiada kudrat untuk menarik pukat di laut apatah lagi memiliki sebuah sampan. Juga tiada kemahiran untuk menanam bendi dan terung serta menjual di pasar tani. Dia hanyalah seekor kucing yang disayangi semasa bulunya cantik bersih halus, dan dibuang tatkala mula dihinggapi penyakit kulit.
Jika lu digerai murahan itu, campakkanlah sedikit tulang itu, jika tidak pun bukan lu nak makan habis tulang tu, lagi mulia jika lu hamburkan seketul dua isinya. Mungkin dia telah berhari hari tidak menjamah apa apa kerana semua manusia semakin berhati batu. Seketul tulang yang sampah itu, sangat berharga dan ternilai padanya.
Mungkin anak kucing yang kecil itu baru dibuang oleh tuannya sebaik dilahirkan ibunya kerana khuatir rumah akan dipenuhi najis, tidakkah kamu mengerti dalam usia sementah itu, susu dan makanan hanya tujuannya untuk hidup.
Gua lebih rela memberi seketul ayam kepada kucing liar yang kelaparan dari RM 1 kepada mereka yang berhijrah dari meja ke meja itu. Bukan gua prejudis, tapi gua percaya orang lain akan memberi kepada mereka, dan duit dalam beg galas mereka lebih banyak dari dalam dompet gua.
Gua tidak terlalu mengutuk beb, tapi kurang selesa dengan cara tu, tak perlu Gua ceritakan bagaimana Gua mulakan hidup tanpa perlu dari meja ke meja. Bagaimana susahnya seorang ibu tunggal membesarkan seorang Gua.
Namun Gua sedar bukan semua orang punya kudrat yang sama, tapi Gua juga percaya, bahawa setiap orang punyai peluang yang sama, cuma cara jalan berbeza.
5 komen:
best la post ni.
gud2! (^_^)
touching la post ni
even hny bcerita sal kucing tp ase sedey plak
owg mmg syg sgt pd kucing.
may b sbb 2 kot..
mntak tly aloy nasihatkan pd putek a.k.a faizal spy jgn disepak2 kucing yg suka bgesel pada kaki..
dan x perlulah geli2 pd kucing
kucing sememangnya manja..
MEOWWWW.......
utk pengetahuan anda semua,nurul seorang yg alergik kepada kucing,beliau x berani nk sentuh kucing kerana geli,mmg begitulah sejak azali,beliau lagi selesa utk menjamah ayam dan katak..namun beliau masih lagi sgp untuk memberi sebungkus nasi goreng kampug kepada anak kucing kurap yg kelaparan di perindu..lu fikir sendiri la...
English Freak - U buat i malu la,,,hehehe..
Alia Nadira - Cakap kat Putek, Nabi sgt syg kucing, sahabat beliau pulak selalu simpan kucing dalam jubahnya hingga digelar Abu Hurairah (Bapa Kucing)
En.Adam - Gua takde masalah nak pegang, cume tak suke pegang sebab nanti bulu die melekat, tapi gua tak aniaya die.
lu tkut haiwan bebulu kn?
kan kan kan??
eh??
lu ke gua??
p/s: u wat i malu la.. hehehe..
(seminggu aku dmam)
Post a Comment