02 February 2009

"Dalam Bahasa Aku"

Kesan satu derita
Timbul satu rasa..
Rasa sukar dimengerti
Menerbit putik putik keanehan..

kau tidak melihat aku dalam sesiapa
Itu memang kemahuan aku
Kerana aku sedari tadi dan sehingga kini
kekal dan kental berupa itu

Aku merayap dengan kudrat sendiri
Aku terbang dengan kepak diberi
Aku berjalan dengan gaya peribadi
Aku Berlari dengan deru abadi

Kau jangan cuba menjadi aku,
tetapi berusahalah menjadi kau

kerana kau tidak seperti aku
aku yang bersuara dalam jerit
aku yang menjerit dalam bisik
aku yang berbisik dalam lagu
aku yang berlagu dalam bahasa aku!

6 komen:

f a r e E z a N said...

oh aku suka dengan bahasa mu ini!

Nicca Vontiya said...

dalam bahasamu, kau berkata.
dalam kefahaman ini, aku cuba memahami..





pe aku merepek ni???

aloy said...

Fareezan - dalam bahasa ku lahirkan keluh kesah..

Nicca Vontiya - kau cuba memahami? bagus,,cuba lagi...

ab geldofg said...

thniah kerana bsuara dlm aku

guru_cikgu said...

Kadang-kadang kita kena luahkan apa yang terbuku di hati. Sajak cara yang paling sesuai.

Seri Perak 1982 - 1989

aloy said...

ab geldofg - ya,,aku bersuara dalam aku...

guru_cikgu - or,,my senior yang super duper senior..