05 February 2009

Panas Nye Hari Ini Di Kampung Gua....

Kemaskini : 6.50pm

Esok majlis angkat sumpah MB dan exco BN berlangsung. Anwar nak wat parti malam ni. Musa Hassan cakap jangan.. apa jadi? kita Tunggu...
___________________________________________________________________________

Kemaskini : 6.15pm

Nizar utus surat pada Sultan.
Isi:Pakatan Rakyat sebulat suara tidak mahu Nizar letak jawatan sehingga krisis diputuskan oleh Mahkamah atau DUN.
_________________________________________________________________________________

kemaskini : 5.52pm

Polis sudah kepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, semua exco pakatan rakyat dan pembantu boleh keluar ye. Nizar taknak letak jawatan. Anwar berkubu di Kediaman Nizar. Perdana Menteri telah tiba di Istana Kinta, untuk apa?

mungkinkah majlis angkat sumpah MB baru akan berlaku dalam masa terdekat ini?
Kita nantikan.
__________________________________________________________________________________

kemaskini 5.52pm

PaK Lah sudah sampai Istana Kinta, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.

___________________________________________________________________________________

kemaskini 3.22pm

3 kepala atas Pakatan Rakyat Lepak di rumah MB. Nizar - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi.
__________________________________________________________________________________

kemaskini 2.33pm

Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, Baginda juga menitahkan Nizar perlu meletak jawatan sebagai MB Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

5 komen:

ab geldofg said...

ode baru politik usang

aloy said...

politik mmg permainan usang dan kotor,, dr zaman srivijaya lagi..
tapi kita tetap perlu,,kerna ada keindahannya..

PAJID said...

nape mb kna ltak jawatan~ x paham ar~

aloy said...

sbb kerusi adun BN sudah melebihi pakatan rakyat yang mana ahlinya melompat parti, maka jawatan itu perlu diserah pada BN.

;skema jawapan peperiksaan (harap maklum)

PAJID said...

owh~~