Tak seperti Tahun sudah, semalam ujbakat untuk pementasan AKSES hanya dihadiri oleh ahli ahli AKSES. Memang itu yang aku mahu dan kemahuan itu aku unjurkan kepada Penakluk Air. Alhamdullilah Penakluk Air bersetuju. Bukan aku memilih bulu, tapi aku mahu pada semester ini AKSES berehat dari menerima ahli baru. Setiap semester sebelum ini, aku melihat diawal sem dan ujibakat akan berlaku lambakan ahli. Tetapi setelah tidak terpilih ke dalam senarai pelakon mereka akan hilang, hilang dan menghilang.
Inisiatif mereka untuk belajar dan mengambil pengalaman entah dimana? Kini aku berfikir, dari kita sibuk mengumpul ahli, biar kita mantapkan dulu ahli yang ada. Jika pelakon biar die kenal apa itu lakonan, jika krew, biar die mahir dan cekap serta bijak dalam aspek tersebut. Aku tak mahu orang yang berfikir "Masuk kelab teater boleh popular", tak popular pun sebenarnya pada pendapat aku. Tapi aku mahu orang yang benar benar mahu mengenali "apa itu teater?"
Secara peribadi dari pandangan yang naif, aku melihat kemampuan mereka sudah ada apa yang dipanggil peningkatan. Aku tak tahu dari mana mereka perolehi semua itu, sedetik benak aku berkata "mungkinkah BAKAI?"
Jika benar aku amat bersyukur, sekurang kurang BAKAI telah memberi mereka pelajaran dan pengalaman. Melalui latihan setiap malam mereka akan lebih matang dan mengenali apa itu lakonan. Usaha mereka selama ini aku nilai tidak sia sia. Inilah apa yang aku kata kita tak boleh nak tunjuk secara teori saja, tapi mereka perlu melalui dan merasai pengalaman itu dan sendiri, dan mereka telah merasainya. Para wanita dan lelaki yang pernah berlakon dan menjadi krew dalam BAKAi aku melihat korang ada peningkatan.
Tak mustahil mereka akan menjadi lebih bagus asalkan masih mahu mengutip ilmu dan pengalaman.
6 komen:
kitaorg x popular..lu je yg popular!!hahahaha
bakat + pgalaman
gua nak odisyen gak!!!
en adam - gua tak dasat mcm lu,,,lu dasat.
ab geldofg - ermmm...
shitagi - kamu ada bawak surat?
wa juga mau juga itu uji bakat meh..apa surat lu mau??surat mati pon boleh ka????
Tanpa Nama - surat utk sahabat pena yang cikgu BM ajar masa darjah 2 dulu..
dan kebolehan mesti tahan maki..
Post a Comment