Pagi ini Pejabat JPN aku tuju pulak. Not RM50 dua keping kuhulur dan Mykad yang menjadi idamamku sejak setahun lalu kini bertukar tangan. Sah aku kini warganegara Malaysia.
Singgah jap JPJ pulak sempena memperingati Road Tax motor aku yang dah mati semenjak 2006. Siot insuran dah naik harga, dari rm64 kelas bodoh ke rm125. Erm bayar je la. Yes akhirnya aku boleh hidupkan road tax.
Tap tap, Blacklist da. Aku gi check ada 2 saman. Hampeh, ntah sape naik motor aku takde lesen kene saman, dengan aku aku sekali kene saman jugak. Lagi satu saman pasal aku tak dapat surat saman yang pertama tadi. Orang yang bawak, aku jugak kene saman. Rm 200 lebur disitu. Maka nya hari ini aku budget Rm 2500 akan lebur menjelang petang nanti.
Dan esok rm600 akan dikorbankan untuk sewa rumah selama 3 bulan.
Lusa nak bayar yuran UiTM,,hehehe,,tambah hutang baru pulak. Gali lobang tutup lobang.
Takpe, aku kan TABAH melakonkan hidup ini.. Ye, aku TABAH dilakonkan OLEH hidup ini.
AKU TABAH.
_____________________________________________________________________________________

lelaki Palestin ini meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza, semalam.
Bagi aku, lelaki ini perlukan ketabahan yang lebih berbanding aku..
6 komen:
tabahlah dik ... hidup memang begitu ...
bertabahlah wahai aloy ku!!
hidup ini penuh dgn duri dan ranjau yg penuh berliku. aku ni pun, duit ptptn, xpenah cukup. sama mcm ko. bayar itu, bayar ini.. last2, makan nasik ngan telur kicap je (kalau bernasib baik) dan megi la menjadi santapan harian aku. ntah la, terkadang cemburu tengok anak2 org kaya n rumah dekat area2 shah alam yg xpayah pikir pasal makan, umah sewa dan sbgnya.. hmm tabah kan diri. susah dahulu pendapatan.
kak lenny - nasib baek idup,,
farezan - tengah tabah ni,,
faizal - same dengan je kite. tak cukup megi dtg umah aku, stok byk.
ni bukan susah dahulu, ni susah sekarang,,
best. kita banding kemewahan nasib malang kita dgn yg lain yg lebih sayu hidup mereka.
mamat khalid - bersyukur dengan apa yang ada.
Post a Comment