Sebelum gua keje kat Unilever(Ladies Choice n Knorr), setahun gua keje kat Seben Eii.
Gaji kat situ pun kira Farra Fauzana jugak la. Tiap tiap ari gua masuk keje pkul 11. Tapi waktu tu gua dedikasi beb, pukul 8.30 gua dah sampai. Arapaima mangkok ayun bas last dari rumah gua kat Sungai Buaya pukul 8 mlm, jadah apa kalau lambat lambat gua nak datang keje macam mana.
Bos tengok gua mmg dasyat la, seumur hidup die tak penah tengok orang datang keje terlalu paling awal macam gua. Akhirnya dua bulan sebelum diberhentikan keje gua dah mula hebat, pegi keje naik motor kriss. Dan sejak itu gua akan sampai 5 minit sebelum 11 malam. Baru la adil.
Satu malam dekat pukul 12 gua lepak kat kaunter, ada dua orang customer tengah beratur nak kasi duit kat gua. Lepas tu masuk satu brader badan kurus pakai cermin mata. Brader ni kire selalu datang gak la beli barang. Die usha kat kaunter, ada customer dan Die terus pegi belakang dekat rak air.
Customers yg tadi pun dah habis bayar, kaunter lengang..Selengang lengangnya, Dengan pantas brader tu meluru ke kaunter dan tiba tiba masuk pulak 3 orang budak muda terus ke kaunter mintak rokok kat gua, dan brader tadi secara pantas jugak u-turn balik ke rak air kembali. Gua sudah boleh baca ~la~la~la~
Elok je bebudak muda tu bayar, brader tu dah stanby. Tapi bebudak muda tak keluar terus, berenti jap tengok tengok tengok paper dengan majalah yang banyak gambar pompuan pompuan cina seksi tu.....ermmmm.. Orait! Bebudak muda dah keluar, muke brader tu terpancar sinar.. Tapi keruh balik bila makin ramai, makin ramai dan ramai la pulak yang masuk...Hahahaha. Sian aku nengok brader tu..
Nak tak nak Brader tu pun amik roti, biskut dan keropok... Orang dah ramai beratur kat kaunter nak bayar, tapi brader tu masih lagi tengok tengok ape yang boleh dibeli kononnye.. Sambil tu mata jeling jeling kat kaunter usha orang. Tak keruan la aku tengok. Macam kambing jantan tercium buntut kambing betina.
Sampai ke sorang akak, ni last.. aku mintak dalam hati jangan la ada orang masuk lagi buat sementara waktu ni. Dah pucat lesi aku tengok brader ni..
Ngam..line sudah kosong, semua customers sudah keluar.
Itu Brader sudah letak balik semua roti, keropok dan biskut kat rak mana yang die sempat.
Sepantas Oto Boldon menuju ke Kaunter, aku belum sempat tanye nak yang mane die sudah cekup satu pakej "Topeng Suami Isteri" jenis Black Cat..
Die bagi aku cepat cepat sebab tau aku nak Key In dulu, dulu aku penah sound die sebab amik terus masuk poket, lepas tu bagitau "kondom 3.70 satu ye dik ".
"Ye la 3.70 bang tapi saya nak key in dulu"
Sambil menghulurkan duit brader tu cakap "Tak Tahan La Dik, Anak Dah Banyak"
Takpe Bang, rilek bang.
p/s : Brader ni dalam seminggu sekali die akan datang beli, tapi setiap kali tu die kelam kabut. Spesis "Abang Ipar Abang Din" gak la ni, cume die berani beli sendiri la.
5 komen:
topeng suami isteri tu apa???
hahahahaha
kau rasa la,shai pkai topeng ni jugak ke??
dia bli sendiri x??
adam - kalau setakat nak beli sendiri takde hal bagi die..
btol,shai ni jenis jujur...
tapi aku rasa dia x pkai pun topeng tue
dia dah ada topeng setan..hahaha
kalau malu nak beli....
cekup saja ngan plastik pastu ikat ngan getah......
hahahah.....
jinggo - ikat dengan getah nti lemas lak.
Post a Comment