Aku bukan terlalu Pro kepada kerajaan, dan bukan terlalu memuja pembangkang.
Tapi benak aku kali ini merasakan BN akan tewas sekali lagi. Akal aku yang dangkal berkata begitu kerana aku mengambil kira jarak perbezaan undi yang hampir dalam kempen lalu. Sekitar 600 undi sahaja.
Jika kita dimomokkan dengan kekuatan BN di Buletin Utama dan Utusan Malaysia, aku juga yakin Pembangkang bekerja keras ke arah itu, dan khabarnya majlis yang dianjurkan oleh pembangkang melampau bilangan tetamunya.
Antara faktor lain yang boleh diambil kira, apabila rakyat kini telah terguris hatinya. Kos sara hidup yang tinggi dijadikan kayu pengukur. Jika ada yang sebelum ini berdiri diatas pagar, mengundi ikut rasa semasa, aku yakin rakyat mula jengkel melihat hipokritnya UMNO, kini berbagai bantuan dan prasarana dijanjikan termasuk mengembalikan royalti minyak kepada kerajaan Terengganu.
Aku tak ada masalah dengan Najib, tapi aku getik bila ucapannya berbunyi..
"ini semua rezeki rakyat terengganu kita akan beri royalti minyak,
Rakyat Terengganu saja yang ada rezeki sebegini. Negeri lain di pantai timur tak ada rezeki sebegini"
Tapi apapun mungkin andaian aku tersilap, kerana biasa aku katakan akal aku masih dangkal. Namun ada masa yang lain aku menyokong UMNO kerana aku sayangkan Melayu.
Namun ada ketika aku merasakan kerajaan ini tidak adil walaupun kepada bangsa sendiri.
12 komen:
aku no komen.....hehehehehe
no komen..tapi ape yg aku harapkan pengganti allayarham datuk razali ismail dapat yang berkepimpinan sama dengan arwah..dr parti mane xpenting, yang penting laksanakan tanggujawab spt arwah...
ab geldofg - knp? bukankan anda seorang yg berani?
fareezan - knp dr parti mana tak penting? aku rasa penting kerana parti yang mempunyai suara.
eeeeeeeeeeee...........tkut!!!!
ab geldofg - jika anda takut, "org berjalan malam itu akan semakin berani"
betul.........aku dah tkar jdi pnakut hehehehe
selalunya dua2 pihak sama saja. bila dah naik janji tinggal janji.
ab geldofg - anda berhak utk rasa takut...
raihansyaz - tak salah kata kata anda itu,ada benernya. cume gua ader pandangan yg lain.
politik? malas nk pikir~ lalala
politik? malas nk pikir~ lalala
Faizal Murad - bagus, jangan fikir..
Post a Comment