15 January 2009

"Berani Mati kisah Yang Hipokrit"

Aku melangkahkan kaki ke DBP dengan satu kehendak yang tinggi. Jangkaan aku mahu melihat sesutu yang puas pada malam itu. Jerjak aku jadikan sebagai batu asas. Jika yang itu baik, yang ini aku mahu lebih lagi. Jika "Jerjak" aku berpuas hati, "Berani Mati" aku mahu lagi kepuasan yang melebih dari yang pernah aku terima.

Sebaik memasuki lohong itu aku terpikir. Dari mana para pemain akan memulai langkah. Lohong itu hanya mempunyai satu pintu dan kini semuanya tertutup. Pintu yang ada itu kulihat tak mungkin akan dibuka kerana terselit daun diatasnya, seolah olah sudah lama bilahnya tidak dibuka.

Gelap dan kelam.. Dalam kekelaman itu kesemua watak menujah masuk. Yes..Satu permulaan yang baik dan terus ke nadi tertinggi. Dup dap dup dap, jantung ku berdegup kencang beberapa minit pertama. Memang pembukaan yang menarik dan kreatif. Mampu menancapkan kesemua indera untuk kaku dan beku.

Bergerak seiring dengan cerita jantung aku tidak berdegup dengan tenteram. Ada saja dialog dialog keras yang menimbulkan unsur suspen. Unsur suspen bukan apabila Lipan dan Azhar bermain pisau, tapi melalui lontaran nada perasaan mereka. Itu yang penting bagi aku.

Razak hebat bagi aku, Jelas dia memang seorang diktator walaupun di beberapa bahagian ternampak kebodohannya. Namun ada bayangan Soffi Jikan dan Adlin Aman Ramli yang aku lihat. Gaya bertutur dan melontarkan dialog. Namun adakala seperti Nasir Bilal. Tapi takde hal la, Lu mantap beb.

Lipan, aku berfikir adakah Lipan ini akan berkuasa di akhir nanti. Ini kerana perlambangan Namanya itu sendiri. Jelas kebodohannya disitu namun adakala seperti tidak ikhlas dan masih nampak seperti berlakon. keluar dari panggung aku fikir andaian aku meleset, Lipan tidak berkuasa. Tapi dalam perjalanan pulang baru aku berfikir. Lipan tadi telah menggigit sebenarnya. Dan farid sebagai medium serta kesemua mereka adalah mangsa termasuk dirinya. Aku kata " INI BUKAN KLISE ".

Pian seorang pelakon yang cantik. Bukan paras rupa. Tapi watak dan pembawaan watak. Memang realism tapi aku tak sure samada pembawaan wataknya dapat mencuri perhatian atau tidak. Bagi aku Pian ibarat seorang penyokong kepada watak utama yang baik. Kehadirannya perlu dan kene pada tempat dan untuk meredakan ketegangan.

Aku kagum dengan lontaran suara Azhar. Jelas dan ada getar dihujung nadanya. Namun aku tak pasti adakah dia benar benar sakit, kerana adakala kesakitan itu seolah tidak dirasainya. Dari segi pembawaan watak aku memuji Wazir, walaupun Kak Lenny berkata perlu diperbaiki(itu benar) kerana aku pun belum tentu mampu buat apa yang Wazir buat. Dan adakala Azhar yang didokong oleh wazir melahirkan kebencian penonton.

Farid, aku fikir dia memang sesuai sebagai seorang "runner", namun dari segi lakonan aku tak merasakan begitu. Bukan maksud aku lakonannya tidak bagus, tapi ketika aku melihat Farid aku tahu dia sedang berlakon. Tidak seperti aku melihat Razak, Razak aku sedar dia sedang berlakon tapi tahap capaiannya tinggi dan menenggelammkan "apa yang dikatakan dia sedang berlakon". Tapi bagi aku Hisyamudin selaku Farid memang sangat sesuai, cume lakonan perlu dihalusi lagi.

Pembawaan watak bagi kesemua mereka pada aku ditahap yang baik dan tidak menegecewakan. Beberapa sindirin sosial jelas dalam "Berani Mati".
Pengarah menzahirkan pemikiran dalam bentuk yang mudah difahami dan kadangkala diringankan sedikit dengan unsur unsur humor dan pojok. Tiada pelakon yang berusaha membuat lawak, tapi ia lawak, semuanya seolah olah spontan.

Namun aku juga terfikir, "berani mati" sentiasa menuju klimaks. Tiada ruang rehat bagi minda aku selaku penonton. Mungkin ada perlunya jika graf itu diturunkan sedikit untuk memberi keredaan kepada penonton.
Atau mungkin pengarahnya memang mahu menyampai "Berani Mati" itu kepada penonton. Mati dan mati.

Isu bahasa Inggeris. Pengarah seolah berusaha keras untuk memberi gambaran kepada penonoton. Namun bagi aku lebih cantik dan indah jika ianya dibuat sebagai perkara sisi yang tepi dan bertapis tapis. Maksud aku bukan terlalu direct, tapi gaya lakonan yang seolah olah tidak membincangkan isu itu, tapi isinya terlalu dalam (adakah ayat aku ini sukar difahami)

Apa yang jelas pada aku, ialah kisah hipokrit seseorang manusia khususnya manusia yang islam. Sikap berpura pura jelas dan semua cube menjadikan ia sebagai sistem piramid. Cube untuk menjadi pemangsa dan mencari peluang untuk terus keatas.

Berkata kononnya itu tak betul, ini tak betul, tapi dia sendiri apa yang dilakukannya. Semua orang boleh berkata itu dan ini, tapi pelaksaannya siapa?
Siapa yang nak melakukannya. Benar, orang melayu ni mesyuarat je lebih, buatnye tidak.

Dari 5 bintang aku suka untuk memberi 3.7 bintang. Maaf bukan 5.
Maksud aku, ia hampir sempurna dan tiada kecacatan, namun masih biasa.

Sebenarnya hanya melalui tontonan sekali belum cukup untuk aku menangkap penghantaran pemikiran pengarah itu, aku perlu menontonnya lagi pada malam berikut.
Namun itu tidak berlaku. Tontonan pertama hanya cukup untuk aku melihat pintu dan ruang tamu, mungkin di tontonan kedua aku mampu sampai ke dapur dan melihat apa yang ada didalam tudung saji atau peti ais itu.

Tapi Aku datang dengan kehendak yang tinggi, dan kehendak itu tercapai.
Tahniah Fasyali.

Dan bagi aku " BERANI MATI ADALAH KISAH MANUSIA YANG HIPOKRIT.

p/s ; penamat cerita ni paling cantik dan aku suke.. Tik tik tik tik,, lampu merah.

4 komen:

iskandarzulkarnain said...

salam..haha..razak disini...thanks 4 coming n da review of BERANI MATI..

ape yg lu nampak kat gua tu betul la babe..gua mmg imitate dorang..

Pegawai Khalwat said...

ruginya aku tak dapat tengok. aku dapat tengok racau sahaja.

aloy said...

iskandarzulkarnai - lu jangan marah lak,, tapi gua mmg suka acting lu,, ada semangat beb...gua rasa benda tu..

aloy said...

Pegawai Khalwat - aku pulak rugi tak tengok racau beb...