31 December 2008

Celah Kelangkang!


Lelaki itu tipikal dikatakan, pemikirannya adalah dicelah kelangkang seorang wanita.
Itu secara tradisionalnya. Seorang lelaki itu jika memerhatikan wanita agak lama tiada lainlah fikirannya. Semunya berlegar pada celah kelangkang. Persoalannya benarkah begitu. Dan kenapa dikatakan begitu.

Seorang ustaz sering diejek, "eleh ustaz pun kalau nampak celah kelangkang habis tanggal serban" hehehe. Aku sering mendengar orang kata begitu.

Dan sejarah memang telah membuktikan bahawa seorang alim ulamak menjadi murtad tatkala ajalnya tiba kerana celah kelangkang itu juga. Nabi Yusof pula dihukum dipenjara kerana celah kelangkang, cuma jalannya berbeza dengan alim ulamak tadi. Alim Ulama itu mengecap nikmat panasnya celah kelangkang, Nabi Yusof menolaknya.

Fuh hebat juga penangan celah kelangkang ni.
Dalam kitab kitab agama yang kubaca sewaktu awal baligh dulu ada menyatakan bahawa celah kelangkang itu adalah syurga dunia. Wah dasyatnya Hingga begitu takrifnya.

Selain celah kelangkang, Hatyai juga popular dengan gelaran syurga dunia.
Dan cerita Hatyai yang kubaca dalam majalah picisan tempatan ada menyatakan Hatyai dipanggil syurga dunia kerana Bisnesnya, Bisnes di Celah Kelangkang.
Celah Kelangkang lagi? apa ni, semunya celah kelangkang.

Mat Rempit kalau menang selain dapat duit akan dapat celah kelangkang. Tauke tauke besar lepas menang tender akan hadiahkan celah kelangkang kepada pegawai kerajaan yang tolongnya. Sampai Pak Menteri Menteri pun letak jawatan pasal kantoi video cari celah kelangkang. Ada Timbalan PM pulak dipecat kerana ceritanya bersama celah kelangkang. Ada pulak pelakon wanita terbaik drama tv dulu berenti berlakon jap pasal tayang celah kelangkang.

Manusia ni pulak kalau marah, macam macam benda boleh disebutnya. Dan yang paling popular disebut ialah celah kelangkang. Sampai nak marah pun celah kelangkang mainkan peranan jugak. Hehehehehehe. Dan biasanya orang yang dipanggil celah kelangkang tu akan marah dan melengting balik. kenapa harus begitu?
Hina ke celah kelangkang tu?
Dan orang menerima celah kelangkang tadi akan mengembalikan celah kelangkang balik. Tak faham aku..

Kembali pada kitab yang aku baca masa baru baligh dulu ada menyebut, bahawa celah kelangkang para bidadari di syurga sentiasa fresh dan fresh sampai bila bila.
APA! SAMPAI BILA BILA? YE SAMPAI BILA BILA!
SAMPAI BILA TU? SAMPAI BILA BILA LA!

Hebatkan, sampai di syurga tempat kekasih Maha Pencipta pun kisah celah kelangkang menjadi tarikan. Kuasanya mengatasi kuasa Wang. Aku tak pernah baca lagi kisah Wang di Syurga, jika aku salah tolong betulkan.

Dan lagi menurut buku itu, antara golongan yang menjadi teman Mr. Azazil di Akhirat nanti adalah mereka yang mencari makan dengan celah kelangkang, dan memberi rezeki kepada mereka yang mencari makan dengan celah kelangkang tadi. Ingat, teman Mr Azazil tau, bukan Mr Azizul, Mr Azizul itu kawan aku ketua teknikal AKSES.

Maka terpulanglah pada kita bagaimana untuk menjadikan celah kelangkang itu sebagai jambatan Taman Syurgaloka nanti. Wajib bagi kamu melayan kehendak imammu walaupun diatas belakang unta sekali.
Dan mulialah kedudukan bagi kamu yang memelihara celah kelangkang mu. Hasil yang baik keluar dari celah kelangkang akan mententeramkan kita di alam kubur nanti. Itulah anak yang soleh.


Dari mana kita keluar? Celah kelangkang jugak. Itu pun satu pahala, segera seksa dan derita moga syurgalah tempatnya.... Amin...

Pelbagai alkisah celah kelangkang rupanya, dari sebaik baik kisah membawa ke syurga dan sepenuh buku catatan Atit. Bagi aku, biarlah cerita celah kelangkang kita dicatat oleh Raqib.

29 December 2008

Dari Jemapoh ke Manchestee (Lari dan Cari Sesuatu)

"Dari Jemapoh ke Manchestee". Aku sure ramai dari kalangan korang tak tengok lagi citer ni kan. Kalau ada pun bilangannya boleh dikira dengan jari tangan.
Diarahkan oleh Hishamudin Rais pada tahun 1998 dan release pada tahun 2001.
Dan ini adalah Malaysia's First Road Movie. Aku berminat gak style filem macam ni, layan beb.

Aku bukan nak buat review tentang filem ni, sbb ini filem lama, malah asing bagi sesetengah orang yang aku andaikan Nice Stupiq Haram Jadah. Bukan anda, tapi kepada mereka mereka yang tidak menonton filem melayu tetapi mengutuk filem malayu seolah olah pengarah filem tu dah rogol Mak dia masa bulan puasa yang lepas waktu ayah dia pergi sembahyang tarawih. Manusia memang kejam, anasir membinasa, ada masalah dengan karakter gua, tak adil, tak boleh percaya, lu kene ada amanah, tanggungjawab lu kene jalankan, kita orang ada harapan, ketumbuhan hitler merebak menjadi anasir bermaharaja lela, tak touch mana mana.

Tak aku nafikan ada filem melayu yang rasa macam aku nak bakar kereta bapak pengarah tu lepas tengok, tapi tak semuanya begitu. Dalam setandan pisang takkan la semuanya tak boleh dibuat cekodok.

"Dari Jemapoh ke Manchestee", aku tertarik dengan penghijrahan Yadi dan Mafiz, dua orang pemuda yang ingin lari dari kehidupan bosan di Jemapoh dan ingin memenuhi hajat memasing.

Yadi fanatik dengan pasukan Manchestee Uni-ted, dan ingin ke Manchestee bertemu George Best. Mafiz pula ingin mencari ayahnya seorang Sailor di Liverpol. Semasa perjalanan itu mereka disertai oleh Lini seorang penyanyi punk yang ingin ke German bertemu kekasihnya dan seorang wanita bernama Mila yang sedang mencari kerja serta baru lari dari perangkap Bapak Ayam atas bantuan Yadi. Kehadiran dua orang itu sedikit merenggangkan persahabatan Yadi dan Mafiz.

Apa yang aku belajar dari filem ini ialah "setiap orang mahu mencari sesuatu dan setiap orang sebenarnya sedang melarikan diri daripada sesuatu".
Aku tertarik dengan keberanian Yadi, walaupun dia buruk perangai. Dia lambang lelaki muda yang teguh mengejar cita cita dan drastik. Maka itu Lini mengangap Yadi cool.

Maka hijrah ini kita(aku juga) perlu lebih berani dan drastik dalam mencari sesuatu itu dan melarikan diri dari sesuatu itu.

Ini antara skrip yang di tut tut kan bunyinya:

Yadi: Halamaak... palat la kampung ni. Aku bosan macam nak mati kat sini. Tengok, main bola pun takde 'kaki'. Semua dah masuk askar.

Yadi: kalau dia pandai sangat orang putih, ko tanye die orang putih cakap Pukimak ape?

Dan skrip yang aku tak berapa nak faham tapi faham akhirnya:
Mafiz: Jam loceng ni bawak tak?
Yadi: Buat ape jam tu.Jam ke, masa ke.dah tak penting. Apahal nak tengok-tengok jam.

Dialog best bagi aku:
Mila: Kamu ni dari Felda ke?
Mafiz: Jangan hina Felda! Kami dari Jemapoh
Mila: Pandai cakap orang putih?
Mafiz: Lini boleh!
Mafiz: Mari ikut sama la.. boleh tunjuk jalan.
Mila: Mana peta? Mana pasport? Kamu ingat naik kereta saja boleh sampai ke? Ni gila punya kerja!
Mafiz: Lini kata, dia ada kawan di pelabuhan. Dia boleh tolong semua tu.

Mafiz: Mana kau tahu Lini tu pencuri?
Yadi: Tengok muka dah kenal. Sekali pandang dah tahu.
Mafiz: Kau pun sama sekarang. Perangai macam orang tua. Sikit-sikit orang jahat. Lain sikit orang jahat.

Dialog bermakna bagi aku:
Polis: Baik-baik jalan. Ingat, bila tinggal kampung ni.. nanti kau orang jadi orang lain. Bukan budak kampung lagi.
Yadi: Takkan la macam tu bang.. Kami tak takut apa pun. Tak pergi, kita tak jumpa. Kalau nak selamat, duduk membatu di kampung lah jawabnye...

Yadi: Yahooo... Manchesteeeee. Selamat tinggal Jemapooh!!

p/s : maka, selamat Maal Hijrah dan berhijrah lah jika anda seperti AKU!

Darah Merah..

Aku rindu pada darah merah!
Persembahan aku yang cilanat untuk "The Bachhae" membuat aku rindu pada Darah Merah!
Teater itu hidup !
Dan hidup itu adalah Darah Merah!

28 December 2008

Dalam Kepala Hotak..

Dalam kepala hotak aku ada 3 cerita yang berkisar. Skripnya on d way dalam pembikinan.
Tapi setelah beberapa bulan ia masih dalam pembikinan. Bukan masalah tiada idea, beberapa rentetan telah aku susun untuk melengkapkan sebuah cerita. Tapi masalahnya seperti biasa, entah bila nak siap?

Skrip pertama tajuknya "Usin", kedua "Provo" dan ketiga "3 pengemis". Ketiga tiga nya aku telah bermula, namun sampai suku jalan aku dah stop kejap,, stop kejap,, dan stop terus...Hahahahaha..

Al kisah jika siappun hasil itu tidak segah mana, kerana aku tak penah belajar menulis secara formal. Apa itu main point, amende pulak kesinambungan. Aku ikut sedap dan berdasarkan karya karya orang lain yang aku pernah baca je. Maka, maybe sebab itu naskah aku tergantung.

Namun impian yang masih aku pendam di pentas teater ialah keinginan aku untuk mengarahkan skrip aku sendiri. Aku tahu ada kawan lain yang lebih hebat dan dasyat.
Tapi bagi aku, skrip itu mencerminkan pemikiran sesorang penulis, dan persembahan pula mencerminkan pemikiran seorang pengarah. Makanya aku mahu mencerminkan pemikiran aku. Bukan orang lain.

Interpretasi adalah perkara utama yang sering menimbulkan perselisihan.

27 December 2008

Under The Road Not Taken

aku tak sure tajuk diatas betul atau tidak, mungkin ada salah ejaan atau perkataan. Itu lu orang fikir la sendiri, gua tak kuasa.

Yang pasti manusia mmg kadangkala salah memilih jalan. Jika aku ingin berpatah balik adalah terlalu letih dan memenatkan, siot! penat woo!
Dan jika aku teruskan jalan ini, aku akan tak pasti adalah jalan dihadapan masih semak
dan banyak sungai. Rakit masih belum sedia, nak berenang aku tak tahu. Kata orang Mamat Khalid "Haram Mandang", kata Zul Huzaimi pulak "Haram Jadah".

Masscom! jiwa aku bagaikan tiada disini. Desakan seni aku memuncak!
Public Relation membuat aku lemas. Nadi aku berdenyut atas dasar darah merah seni pentas. Aku tak pernah rasa puas dengan PR. Arhhhggg, hidup semakin terdesak!

23 December 2008

Aku Dapat DL !

Alhamdullilah berkat kerja keras dan usaha akhirnya membuahkan hasil.
Tak sia sia aku bertungkus lumus membuat asgment dan ulangkaji sebelum exam.
Terima kasih pada semua lecturer yang membimbing aku dan kawan2 yang membantu,
Terima kasih banyak banyak.

Akhirnya kini aku dapat DL(Dah Lingkup)!
hahahahahahahah,,,

Aku pelik betul, macam mana aku boleh fail 3, apsal tak semua je fail.
Alang alang sangat, susah nak kira point. Nak citer pun susah.
Hahahahahaha,,,

Eleh sikit je 3 tu. Takde mende, Ibarat Kuman di Bulan.
Tak takut pun, buwekk!

Tiada kata dapat aku ucapkan untuk melambangkan betapa bertuah dan bangganya aku kini.

Woi ! Aku pun DL la, Dah Lingkup!
Makan nasi dengan A.Galak, aku nak gelak, Hahahahaha.

21 December 2008

"Ha,,,Lu dah Rasa ?"

Refer pada entry aku sebelum ni, "Lu Rasa Dulu Baru Lu Cakap". Tadi Si Bibir Merah tu
cakap rancangan pengambilalihan IJN oleh Sime Darby itu akan dikaji semula dengan mendalam oleh kementerian-kementerian yang berkaitan. Ha Ngaku pun lu belum rasa lagi, main sembur je.

Penswastaan dan penjualan IJN bagus kerana akan mengurangkan beban yang ditanggung oleh kerajaan. Habis tu beban yang akan membeban di kalangan Sang Marhaien ni macam mana? Ada fikir la Lu ni? Aku ingat ramai orang mula risau la bila Lu jadi Sang Utama Mandarin nanti.

20 December 2008

"Lu Rasa Dulu, Baru Lu Cakap"

lu rasa dulu, baru lu cakap! Jangan main sembur. Ikut pakai sedap mulut je.
Nak swastakan IJN,,,, konon janji tidak akan membebankan rakyat golongan bawahan
dan sederhana. Lancang je "Si Bibir Merah Seksi"(bak kata Nam Ron) membuat janji.

Buta or rabun ke aku tak tau la mangkok ayun ni, BN dah la tak popular skang. Lagi nak sakitkan hati rakyat. Buat la benda yang boleh yakinkan orang lu tu bakal peneraju yang baik. Hancur....

Pelakon baru dan kachak tu, sape namenye.. Zulkifli Ariffin? Huyo! pandai la lu cari publisiti beb. Salute. Jangan risau, lepas ni berlambak produser cari lu nak bagi watak Utama, silap silap dengan Lu jadi Hero, dan Heroinnye Abby Kekal tu la. Lu pandai beb, orang macam ni mana mana pergi insyaallah berjaya. Dah tau wartawan ramai dekat makhamah syariah ye tak, baik tunjuk muke sikit. Nanti orang kenal la. Dimana ada gula, disitu ada semut ye taK?

Aku setuju bahawa, kita patut bersyukur dan berterima kasih dengan sumbangan ikhlas dari pihak lain. Ketika dilanda kesusahan, derma sedikit mana pun kita terima, kerana mujur ada yang simpati dari tak ada. Tapi kalu ye pun jangan la buat lawak bangang.
Ape hal bagi 5.50 satu kepala untuk meringankan beban mangsa banjir. Pulak tu ada tambah beberapa biji gula gula lagi. Kalakau betul.

Bukan tak bersyukur, tapi pendapat aku dalam keadaan eknomi sekarang baik tak payah bagi kalau manyak tu aje. Tunggu derma lain or simpan je duit tu hala ke lain.
Pandai Pak Abu(O.K.U) yang membelanjakan RM 5.50 nye, RM 3 beli pisang goreng, RM 2 beli keropok, lebih 0.50 sen beli rokok sebatang. Dapat buat kunyah kunyah sikit.
Terima Kasih JKM.

18 December 2008

Erk Elehhh....

Kalau jadi artis, nak kawin memang kene rahsia rahsia ye?
orrrr..tak tau lak aku.
Bagus gak jadi Aidil Zafuan..dapat bini cantik.
Kalu aku senyap je..Hehehehe.

Ape hal plak Syamsul dengan budak 17 tahun tu? ape kes...
Ye la, budak 17 tahun buat jadi awek...
Memang orang cakap nampak matang kan, tapi itu fizikal,
bukan otak beb. Fizikal je matang, tapi otak tak matang lagi.

ape sangat la die boleh pikir...
Tu yang cakap dengan wartawan main sembur je.
Lain kali pikir lu baru sembur..
Bak Kata Soffi Jikan dalam "orang minyak naik minyak"
"Lu rasa dulu, baru lepas"
Bukan rasa buat seks, tapi rasa kat hati dulu
Sape tengok faham la.

Tapi berapa banyak dari korang yang caya dengan aku.
Tidak merujuk kepada kes di atas ok.
"orang cantik ni bodoh"
ada orang sokong tak?
aku cakap mcm tu sbb orang cantik ni lurus nak mampos.
Tau bace buku je,, tapi bila pusing cakap sikit dah gelabah.
Padahal Benda sama je.. Adil la kot.
Cantik Tapi Bodoh,,,hahahaha/
(ini tidak ada kene mengena dengan kes diatas)

Dan sembang dengan orang cantik atau perasan cantik
ni jugak bosan tau tak.
Serius aku cakap mmg bosan.
Takde menda woi..
lain la kalu korang fikir seks mcm kawan kawan aku tu.
Sebab tu die cakap tak bosan.
Dan mata dibayangi nafsu
serta try nak tackle..

Dah lame lepas tu baru die perasan.. Mak oi bosannya!
Tapidiamjela.

14 December 2008

Malaysia ada "Gaya Mutu Keunggulan"

rokok:
Antara laporan buletin utama yang menarik bagi aku malam tadi ialah "Laporan Rokok Seludup". Memang kelakar tahap bastard la beb, Kawasan Felda dikatakan tempat tumpukan barangan berkenaan. Betul la tu, tapi yang pelik, reason oleh penyampai buletin ni ialah kerana taraf kehidupan dan kurang kesedaran. Woi badigol orang hisap rokok seludup pasai harga dia berjuta kali ganda murah tau tak, sape tanak isap rokok yang "Gaya Mutu Keunggulan", tapi tengok la harganya..

Rokok seludup pulak 20 batang ada yang RM 2.50, seratus batang orang boleh beli dengan harga untuk 20 batang "Gaya Mutu Keunggulan". Kelakar bile pegawai tu cakap mereka tak ada kesedaran dan sebagainya. Ko Tau tak ini masalah duit! duit! rokok halal tu bape ringit badigol? Lagipun mane2 rokok same je murah or mahal, tembakau dan nikotin jugak, takdenye rokok mahal protein dan magnesium die lebih. Tau tak bijak oi?

----------------------------------------------------------------------------------

Minyak:
Dua bulan ni aje dah 6 kali harga minyak turun. Bagus betul. Tapi haram jadah maggi kari makin naik dari rm 3.90 ke rm 4.20. Tomato merah semalam dari 4.50 ke 4.70 (aku selalu beli barang dapur).
Air kosong kat restoran pelita 0.30, teh "o" ais 1.80. Akal ada ke?

Bagus jugak banyak kedai mamak sahut kempen turun harga. Roti canai turun 10 sen, nasi kandar 20 sen,.....Azazil betul dekat KHULAFA nasi goreng kosong dengan sayur bodoh rm 4.00, air buah rm 5.00, dekat restoran HAKIM mintak air kosong macam air longkang lambat nak mampos tapi tulis rm 0.20 tuk air kosong cepat giler. Tak yah suruh.
Woi kat medan melayu seksyen 7 aku makan nasi goreng ada ayam dengan udang sikit baru rm 3.00. Air buah rm 2.00.

Telur ayam dari rm 7.50 berhijrah ke rm 10.50(ikut gred), kus semangat!
Ikan kembung merah mata pecah perut rm4.70, semalam rm7.50. Mak Datin!

.....................................................................................

Terfikir kalau aku dah jadi director skang, aku nak drama or filem style Parody atau thriller. Amik Eman Manan berlakon, seorang ayah yang tertekan akan masalah ini dan mendatangkan bencana pada keluarganya. Lalu dia marah dan membunuh seorang demi seorang peniaga. Ini tanda protes dan amaran aku kepada peniaga.

Takpe, biar aku buat skrip dulu. 20 tahun lagi aku masukkan dalam produksi.

12 December 2008

Kejar Hantu Dengan Kayu (Klasik)

Khairul, 28 tahun, pekerja dewan makan asrama berambut panjang lurus melepasi paras bahu. Kacak dan suke hisap ganja. Along lelaki berumur 19 tahun berbadan gemuk dan punggung besar, selain punggung besar, dia juga suke cakap besar sbb bapak sedara dia tokey dewan makan.

Malam itu selepas selesai waktu minum malam pelajar, Khairul dan Along keluar berpoya poya di bandar Teluk Intan. Hala tuju mereka ke Collesium, ini kerana Khairul membuat part time disitu. Collesium merupakan pub paling class di Teluk Intan. Kalau nak lagi high class kene pergi ke Lumut. Tauke Collesium ni jugak ketua kongsi gelap kat Teluk Intan.

Suasana di kawasan asrama mula sunyi, tiada lagi kedengaran senda gurau para penghuni. kesemua lampu bilik telah lama dipadamkan. Persekitan mulai kelam.
Ramai penghuni telah mula dibuai mimpi, kecuali aku, Dat, Bye, Tayan dan Epul. kami berkumpul di ruang masak dewan makan sambil menyental nasi dan ayam yang tak habis petang tadi. Esok hari sabtu sekolah coti. Harap harap esok tak ade kuliah subuh.

Dunhill sekotak di atas meja pelengkap hidangan untuk berborak. Hajat di hati nak tunggu Khairul balik dengan Along, baru kacip. Tapi hari ni agak lewat dari biase, selalu nye kalau pukul 1.30 diaorang tak balik lagi, itu tanda Collesium tutup lambat dan pukul 3 baru diorang sampai nanti. ERmm

Jam telah merangkak ke angka 3.15 pagi. Aku rasakan ada sesuatu sedang memerhatikan aku dari arah padang di belakang dapur dewan makan, lambaian kelapa sawit makin menambahkan gerun. Aku tak berani melemparkan pandangan kesitu lama lama. Sayup sayup udara berhembus membelai tengkuk aku. Bye mula memandang aku, diwajah Epul dan Tayan tergambar kerisauan.

Bye : apa pasal aku rasa semacam je ni.
Aku : Ko tu memang penakut
Epul : Ada hantu gamaknya.
Dat : mangkok ko!

Tayan yang sedari tadi mendiamkan diri bersuara memahami Epul kerana kelancangannya. Walaupun Tayan sengau tapi kami faham benar butir bicaranya kerana lama berkawan. Jika orang lain pasti termangu mangu tak faham. Tayan diam kembali. Tiada suara sengau yang kedengaran. Tapi sebenarnya hatiku dihimpit kerisauan, takut jika muncul lembaga yang tak diingini.

Setelah jarum pendek jam melepasi angka 3 sedikit, dari luar pagar kelihatan cahaya. Itu cahaya lampu motor Khairul. Beberpa ketika Khairul mula melepasi pondok guard dan melintasi Dewan Semarak, jalan terus ke pintu belakang asrama, dan dari jauh di tepi pintu belakang itu ada pondok sukan......

Dari pondok sukan yang berbalam cahaya Khairul melihat sesusuk tubuh berwarna putih tegak terpaku memandang ke arahnya. Berderau darah khairul dan berdiri bulu tangkuk tatkala terpandang sesusuk tubuh putih itu.

Semakin menghampiri, benar seluruh tubuh itu dibaluti kain putih bersih dari kepala hingga ke kaki, dan ternampak disitu bahawa makhluk itu sebenarnya tidak mencecah bumi. Tepat pandangannya menusuk ke mata Khairul. Tiada apa yang mampu dibuat Khairul selain memecut motornya laju. Dan sewaktu melintas makhluk itu untuk terus ke dalam pagar dewan makan, Makhluk itu bergerak perlahan ke arah padang tetapi mukanya memandang Khairul.

Sampai ditepi dewan makan, Khairul segera menongkat motorsikalnya.
Dalam gementar Khairul bersuara.

Khairul : Ko nampak tak apa aku nampak?
Along : Aku nampak.
Khairul : Ko rasa macam mana?
Along : Ntahla, masuk jom.
Khairul : Ko amik kayu, ikut aku kejar..Kalau hantu, hantu lah dia..

Dari jauh Khairul dan Along berkejar membawa kayu, aku yang melihat kegilaan Khairul itu, segera berlari ke belakang dewan Semarak. Sambil berlari aku menanggalkan cadar melilit tubuh aku. Kini cadar putih itu tertinggal di tengah jalan..... Khairul berhenti mengutip cadar itu..

Khairul : Cilake korang..
Aku @ Hantu : Giler ko, mati aku kalo ko balun dengan kayu tu.

Bebudak yang nyorok kat belakang dewan segera keluar..

P/s : Dekat 3 jam aku tunggu kat tepi pondok tu, bile nampak motor die dtg je terus ambik posisi. Nampak macam tak cecah tanah tu sebab dah plan awal pakai Seluar panjang warna itam. Pakai cadar putih dengan seluar panjang itam, kalau lari dalam gelap kat padang mmg nampak macam terbang beb..Huuuuyooooo. Nasib bek tak mati malam tu kene pukul.

11 December 2008

Pukul sampai menyembur darah!

kali ini seorang wanita cina maut selepas di ragut. Di bukit mertajam seorang wanita baru keluar dari pasar diragut oleh dua orang lelaki yang manaiki motosikal, akibat t Rentapan kuat salah seorang suspek yang menarik beg tersebut menyebabkan wanita ina itu tidak dapat mengimbangi diri lalu dia terjatuh di atas jalan dan digilis treler.

Erm, aku dari dulu mmg bengang dengan kaki ragut, dulu seorang mak cik lumpuh selepas diragut dan macam macam kes lagi la. Bukan soal kehilangan harta benda sahaja yang dipersoalkan sekarang, tapi keselamatan mangsa itu lebih penting.

Tanak pasal cerita langkah berjaga jaga, tapi langkah yang perlu kita lakukan apabila menghadapi kejadian ini. Kalau dapat peragut berkenaa, kita amik kayu, pukul kaki dia bagi patah, pastu beduk badan dia biar luka parah dan last hayun kayu kat kepala sampai menyembur darah, dan ambil telefon segera telefon polis. Maka bila polis sampai kita bergerak segera tinggalkan tempat kejadian.

09 December 2008

Mintak tuan baru.....

Sepupu kpd atuk, Pak Akob merupakan pakar perubatan tersohor didaerah aku. Tiada siapa yang tak mengenalinya. Orang datang berubat dari seluruh pelusuk daerah. Mujarab rawatannya menjadi buah mulut dan pujian masyarakat. Anak perempuan tunggal Pak Akob berkawan dengan mak aku semasa zaman gadisnya dulu. Maka banyak juga cerita yang aku dengar dari mama.

Masa kecilnya aku jika bertandang ke rumah Pak Akob aku tak berani bertentang mata dengannya, apatah lagi nak rapat. Dia sering duduk berehat di kerusi malas di anjung rumah. Aku yang naik ikut tangga akan tunduk dan lari sepantas segera bila masuk dalam rumah. Bila duduk didalam rumah pun aku tak betah berbicara dan kesana kemari. Tanak lama lama kalau boleh. Anak Gadisnya pangkat mak cik dengan aku, baik dan tak lokek dengan senyum. Manis.

Salah seorang Pak Cik aku, sepupu mak aku semasa kecilnya pernah sakit dan nazak. Seluruh badannya tak boleh bergerak dan lumpuh. Dibawa ke hospital doktor cakap tak sakit. Akhirnya dibawa ke Pak Akob, berubat seminggu terus boleh berlari. Bile dah berlari patah pulak tangan, dibawa jugak ke Pak Akob. Apa ntah dibaca, terus elok yang patah tu, tak payah disimen.

Sampai ajal Pak Akob meninggal dunia, pada sebelah petang rasanya. Malam itu sewaktu ramai sedara mengelilingi jenazah dibacakan Yasin, bunyi bising di atas bumbung rumah. Atap zink bagai dipijak pijak. Orang tak berani bersuara. Menurut apa yang aku dengar malam itu banyak burung diatas rumah.

Esoknya siang jenazah sedia ditanam. Beberapa peristiwa ganjil mungkin berlaku. Tapi aku tak ingat kerana usia terlalu kecil. Aku tak ingin menokok tambah cerita.

Rumah aku waktu itu bersebelahan rumah Atuk Anjang dalam cerita "Jamu Saka" yang lepas. Dihadapan rumah ada sebatang parit dan kebun dan tembus ke kebun itu adalah kubur selang beberapa meter. Malam itu seperti biasa aku di rumah Atuk Anjang, mak aku sekali.

Jemi sepupu mak aku yang tua dua tahun dari aku masuk dalam rumah dan mengadu ada Api terpancar dari kubur. Dia sedang bermain di laman rumah. Seisi rumah menjenguk ke luar dan benar ada api di kawasan perkuburan. Jarak yang agak jauh menyebabkan ketidakpastian dari kubur atau apa api itu menyala.

Ayah aku keluar dari rumah kami dan menyertai kami di rumah Atuk Anjang. Aku terdengarkan seakan ada pekikan dan lolongan orang dari arah kubur. Kami segera menutup pintu dan tingkap. Orang dewasa berbual beberapa perkara yang aku tak pasti. Lolongan itu kedengaran beberapa ketika kemudian lenyap. Sewaktu pulang ke rumah yang hanya jaraknya setiang elektrik aku menekup muka di peha mak aku dan tak berani memandang ke seberang jalan.

Beberapa cerita ada aku dengar dari beberapa orang saudara. Antaranya kerusi malas Pak Akob di beranda sering bergoyang seperti ada yang menggunakannya diwaktu malam.
Bumbung rumah Pak Akob bila malam dikunjungi pelbagai jenis burung. Ada yang melihat kelibat Pak Akob apabila malam menjelang di sekeliling rumah. Dan Anak gadisnya dikatakan semakin kurus kerana ada yang menghisap ibu jari kakinya apabila malam. Ini kerana ia perlukan makan dan kesemua mereka membuat huru hara di rumah itu pada waktu malam kerana mahukan tuan yang baru. Nauzubillah.

Akhirnya Anak Gadis itu berpindah ke rumah Mak Ciknya di seberang jalan dan rumah itu tidak berpenghuni. Kini bila aku balik ke kampung dan melalui jalan rumah itu aku tetap tak berani memandangnya lama lama. Usia aku kini hampir 25, kesemua itu semasa aku belumpun masuk tadika lagi, tapi gerun masih ada sampai sekarang.

P/s: Pak Akob adalah nama samaran, ini untuk menjaga beberapa perkara. Walaupun menguna nama samaran, aku masih takut tatkala menaip entri ini.

DARAH SIAPA DI ATAS JALAN....... (Klasik)

(ini adalah versi ulangan untuk melengkap musim cerita antu aku)

Kebosanan di rumah sewa membawa Aku dan Pojie pergi melepakkan diri di hadapan kedai Ah Chai. Inilah port lepak paling cool buat remaja di Taman ni.
Rokok dari sebatang ke sebatang ke disumbat kedalam mulut, asap berkepul kepul keluar,
bara rokok kejap kejap menyala kuat, kejap kejap malap.
Malam ni tidak seperti biasa. Hanya aku dan Pojie beserta dua tiga budak orang budak taman yang bersantai disini. Suasana tidak sekecoh selalu, aman dan tenang. Cume kadangkala bunyi bingit motor anak anak india menarik perhatian. Lantakla.......

Dihadapan kedai AhChai satu pemandang yang indah sedang berlaku. Bukti melangkah keluar dari ruang kedai yang menjual barang barang buncit itu. Memang barang barang dalam kedai tu faktor rakyat Malaysia buncit. Bukti adalah seekor wanita yang tidak memakai tudung, selesa berjeans tidak terlalu ketat, dan ber t-shirt hitam. Nampak agak sopan dan rambut separa bahu terlepas.

"tumpang tanye, kat sini macam mana nak amik bus pegi Ipoh?"
wanita itu bertanya seperti orang khuatir.
aku pasti die bukan orang sini kerana raut wajahnya sangat asing padaku.

"malam malam macam ni dah takde bus, kene tunggu siang esok je"
Balas aku memberi jawapan yang sememangnya betul, tanpa ada niat nak mintak no telefon.

"ala macam mana saya nak balik ni?"
wanita itu separuh mengeluh.

Wanita dengan bukti yang kukuh ini rupanya memang benar bukan orang sini. Dia datang ke Teluk Intan atas sesuatu urusan yang aku sendiri kurang pasti dan kini terkandas.
Rasa kesian mula menyelubungi aku dan Pojie.

"Bermalam je rumah kami, kami tak kisah"
Pojie mula pasang jerat, memang dasar laut punye budak.

Tapi wanita ni tak layan sangat soalan tu.
"boleh hantarkan saya ke Ipoh tak?"
tanya wanita itu pula.

"jauh sangat la" balas aku.
"boleh la, saya tak ada duit sangat, tapi duit untuk minyak dan bagi awak sikit boleh la"
rayu wanita ini minta simpati.

Setelah berbincang aku dan Pojie bersetuju untuk menghantar wanita ini ke Ipoh.
Perjalanan ke Ipoh dari Teluk Intan agak jauh sebenarnya. Tapi kerana kasihan aku dan Pojie gagahkan juga.

"tapi kami tak ader kereta, ade motor aje" penjelasan aku.
"tak kisah la janji sampai dengan selamat" akur wanita itu.
eleh macam tentu je selamat naik motor dengan aku ni karang. Kalau tetibe aku nak berhenti kat tengah jalan macam mana? ha baru tau nyesal,, nyesal sebab motor rosak.
hehehehe,,korang mesti pikir nyesal sebab kene rogol kan, otak aku tak cetek macam korang, hahahaha..

Dua buah motor telah sedia walaupun nak antar sorang je. Ye la takkan aku nak balik sengsorang je,,gilo apo,,jauh tu. Kalu ader ape boleh la Pojie cover sikit.

Wanita tu rela menjadi pembonceng aku dan pojie naik sengsorang,, keh keh keh. Bukti memang kukuh...

Perjalanan dari Teluk Intak mengambil masa dua jam setengah oleh kerana malam, jika siang pasti lebih lama kerana banyak kenderaan dan jalan sesak. Malam jalan sunyi dan lapang sikit.

Motor aku dan Pojie pantas membelah kegelapan malam. Kami kene cepat dan pulang segera mungkin, kerana esok aku perlu ke sekolah. Sejak aku duduk rumah sewa dah selalu sangat ponteng sekolah. Nasib baik form6 ni tak macam form5 dulu. Latihan rumah kurang diberi oleh cikgu. Cume ulangkaji perlu lebih giat mara kerana STPM semakin hampir.

Gemgaman tangan wanita berbukti ini kukuh di pinggang aku menggemgam tepi baju. Kejap kejap tangan dibuka. Lenguh barangkali. Aku seperti penunggang motosikal yang lain suka menggunakan segala peluang yang ada sebaik mungkin. Break elok lagi dan masih berfungsi dengan sempurna. Maka buktinya memang kukuh.

Jalan semakin sunyi dan kekerapan kenderaan semakin berkurangan. Sepanjang perjalanan aku tidak banyak bertanya itu dan ini. aku perlu tumpukan perhatian pada tunggangan dan bukti yang kukuh. Cume sesekali aku bertanya untuk pastikan wanita ini tak tidur. Aku kira umurnya mungkin lebih dari aku setahun dua. Kerana dia bukan lagi pelajar sekolah, tetapi wajahnya tidak nampak terlalu tua. Standart buat awek boleh la.

Sebaik sahaja motor kami melalui satu kawasan kampung yang aku kenal, hidung aku menangkap satu bau yang aneh..
DARAH !
ya bau darah,, Hanyir bau nya masih segar dan seperti baru. Dan jalan pun kelihatan basah seperti darah. Ada kemalangan tadi kot, aku cuba menyedapkan hati dari memikirkan yang bukan bukan. Tapi kalu kemalangan, ada darah takkan orang kampung tak siram darah tu. Sebab ia akan mengundang yang lain jika tak dicuci setahu aku. Semakin jauh kami meninggalkan tempat itu, bau darah tadi semakin hilang,........
dan lenyap,, syukur.....

Perjalanan yang jauh tidak terasa kerana aku asyik dengan Bukti yang kukuh.
Sesampai kami di kawasan Ipoh wanita tadi menunjukkan jalan ke rumahnya.
Jalan yang asing bagi aku. namun aku redah dan Pojie mengikut dari belakang.
Sesampai kami di satu lorong wanita tadi minta berhenti.

Setelah berbicara pendek aku meninggalkan wanita itu kerana katanya dia hendak berjalan saja ke lorong rumahnya. Sedikit wang dihulurkan sebagai tanda terima kasih. Cukuplah, minyak motor aku dgn Pojie pun dah diisikan tadi. Aku pun tak mengharap sangat, tetapi aku pun bukan tanak langsung, budak belajar lagi beb, belasah je duit tu. Belasah duit la, jangan belasah wanita tu, sian die.

Selepas mengucapkan terima kasih wanita itu berlalu dan kami pun berangkat pulang semula ke Teluk Intan. Jam telah menunjukkan 2 pagi, mau pukul 4 jugak sampai ke Teluk Intan pikirku.
Kerana tidak mahu membuang masa perjalanan kami teruskan.

Dalam hati baru terlintas kenapa la tadi aku tak mintak no telefon wanita tu, langsung tak terfikir.
Padahal selalu itu la perkara pokok yang aku lakukan bila kenal dengan orang baru, wanita je la.
Takpelah, dah terlepas nak buat macam mana, Pojie pun tak ingatkan aku tadi. Wanita tadi pun satu, tak reti nak bagi sendiri ke? semua orang nak kene mintak.

Perjalan aku telah sampai ke kampung yang kami lalui dalam perjalanan pergi tadi.
Sebaik sahaja masuk ke kawasan kampung tu perasan aku tak tenteram lagi.
Namun tangan masih ketat memulas tali minyak.
Tempat berbaur darah tadi kami lalui kembali. Bau darah masih kuat seperti tadi dan semakin kuat. Aku pecut laju-laju.

Fuh lega, tempat itu kami lalui dengan selamat.Pojie yang dibelakang aku pecut berada di sebelah kiri aku. Aku tengok Pojie dan motor terus dipandu, tetapi lebih perlahan dari tadi.

Tiba tiba.......ya Allah aku dapat melihat dengan jelas Makhluk putih terbang melayang di sebelah kiri pojie, die terbang seiring dengan Pojie, Die tak nampak ke ape tu?.
aku semakin takut. Memang jelas makhluk itu terbang. Nak aku tengok tak sangup ngeri.

Dada aku berdegup kencang, perasan tak keruan, takut, cemas, aku tau ini bukan mimpi,
tapi realiti. Aku tak sangup lagi lihat, aku potong Pojie dan terus berada di depan.

Kini mata aku tak lagi melihat makhluk yang menyeramkan itu.
aku teruskan perjalanan dengan rasa takut yang masih tebal.
Sekali kali tidak untuk melihat Pojie di belakang melalui cemin pandang sisi.
Aku taku benar, ya Allah tolonglah aku....walaupun aku jarang sembahyang.....

Sedang aku ketakutan yang amat sangat, tiba tiba Pojie memotong aku kembali.
Aduh!!!!! makhluk itu masih terbang di sisi pojie.
kini lebih seram dan menyeramkan lagi bila terlihat kainnya bergemalai malai dipukul angin yang laju. Kainnya yang panjang dan mengerbang menambahkan gerun.

Aku segera potong Pojie kembali. Aku takut benar. Dan sepantas segera Pojie potong aku balik.
Ya Allah Pojie,,aku buka nak race la.. aku takut ni. Tepi ko ade Hantu!

Aku potong lagi dan Pojie potong balik. Aku potong Pojie dan Pojie potong balik. Setiap kali Pojie potong balik aku mengigil ketakutan dan terbaukan darah yang masih segar.

Hingga di satu simpang, Pojie potong aku kembali dan kini Pojie potong aku sendirian.
Aku sedikit lega namun takut masih tebal.

Sebaik sampai di rumah. aku bukak pintu pagar, Pojie meluru ke dalam pagar dan mengambil wudhu di paip tepi pagar.

aku mula terasa sejuk yang bercampur seram. Aku demam......Tarik selimut dan mengigil.
sungguh aku demam kini. Pojie tanye,
"ko apsal"
aku diam..dalam ketakutan aku zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...........

esok pagi aku tak pegi Sekolah......demam aku maki panas.. namun aku gagahkan diri duduk bersila depan Pojie yang juga tak ke sekolah. Letih badan katanya.

"ko nampak apa aku nampak malam tadi". tanye aku pada Pojie.
"aku nampak, kat tepi ko kan?" balas Pojie.
"bukan la,, tepi ko", terang aku semula pada Pojie.
"tak....tepi ko!" tegas Pojie balik.

Rupanya bukan aku je yang nampak, Pojie pun same, Pojie nampak dulu makhluk tu belakang aku, sebab tu die potong aku memula. Tapi lepas die potong aku, aku nampak benda tu sebelah die, aku potong balik dan Pojie pun potong aku pulak sebab nampak Makhluk tu kat sebelah aku.. Itu la sebabnya lepas aku potong Pojie, die potong aku balik, die pulak nampak bebetul kat sebelah aku katanya. Kira sama sama nampak dan takut la malam tu. Patut aku potong, die potong balik.

Tapi yang pelik sehingga kini. Awal pagi yang kami tak ke sekolah tu, cerita kami jumpa hantu kat kampung................. telah tersebar meluas keserata sekolah dikalangan Murid2 dan Cikgu,,
aku dan Pojie kompius, sape yang sebarkan cerita, aku tanye POjie die cakap dia pun tak datang sekolah dan tak cerita or jumpe sesapa. Pojie balik tanye aku, jawapan aku same macam Pojie.
Kami pun sembang pasal hal ni bila dah nak tengahari sikit, sebab baru bangun tidur dan baru berani nak cakap pasal ni. Pelik hingga kini siapa yang bagitau kat orang lain. Aku dengan Pojie sampai sekarang Kompius. Sekian.............................

Nota : ini adalah cerita benar yang dilalui oleh kawan baik Aku Amle dan Pojie. Aku dalam cerita ini adalah Amle. Mereka kawan baik aku semasa di tingkatan6, kawan sekelas dan pernah sebilik di asrama. Nama kampung aku rahsiakan atas sebab sebab tertentu. Cerita ini aku akan buka setiap kali kami lepak bersama. Kini Amle telah mendirikan rumahtangga juga bersama rakan sekelas kami. Dan Pojie kini mungkin didalam hutan kerana dia seorang Komando dalam Angkatan Tentera Malaysia. Mesti hantu lak takut dengan die sekarang.

Waktu Asrama Kosong! (Klasik)

Perkhemahan kadet Polis selama 3 hari di Hutan Pahang amat memenatkan. Aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal iaitu memanjat gunung sangat mengujakan. Petang itu dalam pukul 6 lebih Pasukan Kadet Polis Sek Men Keb Seri Perak tiba di pintu pagar. Tak lama selepas itu semua anggota bersurai, pulang ke rumah. Dalam ramai ramai, aku sorang je pelajar asrama.

Waktu ini adalah cuti pertengahan tahun, kesemua pelajar asrama pulang ke Kampung. Maka tinggallah aku sahaja nyawa di asrama. Senja itu selepas azan magrib berkumandang di Taman Sicelly aku mandi sepuasnya di bilik air. Air lebat mencurah kerana aku seorang je yang mandi, selalunya waktu pelajar lain ada, air mengalir macam segan segan je, sikit nak mampus. Tapi kini sama lebat macam air terjun kat Hutan Pahang yang kali terakhir aku mandi Pagi tadi.

Selesai mandi Hari semakin gelap, mula timbul kekhuatiran dalam diri. Ini kali pertama aku stay sorang dan juga titik permulaan aku mula berani tinggal seorang diasrama selepas itu. Lampu koridor telah dinyalakan, oleh Pak Guard barangkali. Walaupun ada seorang Guard tapi dia jauh di pondoknya dekat surau sekolah. Aku pulak seorang dalam asrama. Malam itu aku sengaja tak nyalakan lampu bilik. Leceh nanti kalau warden nampak. Maka malam itu aku hanya berbekalkan cahaya lampu dari koridor. Tiada makan malam untuk aku hari ini. Lapar juga rasanya.

Lebih kurang pukul sembilan selepas isyak aku membuka beg camping, betul betul dihadapan pintu yang terbukak menghadap ke ampaian, ini untuk mendapatkan cahaya. Beberapa helai baju kotor aku letakkan di ampaian sementara menanti dibasuh esok, mungkin dibasuh. Duduk bersila kembali di hadapan pintu mengeluarkan segala macam benda.

Angin dari luar semakin menerjah masuk menyebabkan tengkuk dan lengan yang terdedah kesejukan. Tiba tiba Darah menyerbu ke muka, aku rasanya bulu tengkuk ku mula berdiri. Untuk menyedapkan hati aku memandang ke luar dan pandangan terus menerobos ke Bilik Study di hadapan tempat ampaian. Angin makin menyerbu dan bulu tengkuk semakin keras berdiri.

Dalam perang perasaan itu aku dihimpit keanehan dan.......
Tak semena mena tiba tiba satu lembaga melintas di hadapan pintu aku, bagai susuk tubuh yang dibalut kain putih longgar lembaga itu melintas laju di depan aku,,
syyyyyiiiuuunngggg... Tak berapa jelas kerana laju dan pantas. Bagaikan peha orang melintas dihadapan mata kita, kan hanya kelihatan sabur pandangan, begitulah ku gambarkan.

Aku kaget, dada berdegup kencang, dup dap dup dap. Automatik kaki melangkah keluar. Hati berdebar sambil berharap biarlah itu orang yang ku kenal. Namun diluar tiada siapa. Rasa seram menyilap setiap urat nadiku. Hah cilake betul, angin makin kuat bertiup, anjing melolong dari tempat sampah belakang dewan berhampiran padang kedengaran. Dalam sayup sayup lolongan anjing itu aku terus tutup pintu dan terjun ke atas katil.

Lolongan anjing bergaung, aku kakukan diri dalam selimut. Habis dari muke ke kaki. Apa pun terjadi aku takkan bangun jengukkan muka. Haba terasa panas, tapi aku tahan dan pekakkan telinga dari bunyi tingkap yang bagai digosok gosok dari luar dan pintu yang bagai bergegar kecil sekali sekala.

p/s; kes pertama ini menjadikan aku lebih berpengalaman apabila seorang diri di asrama selepas itu. Aku akan sediakan makanan awal awal dan masuk Form six aku dapat bilik khas yang dilengkap tempat study, bilik mandi dan tandas, maka sepanjang malam aku dalam bilik je, sebab tandas pun kat dalam.

Jamu Saka!

Warna Petang telah masak, ramai puak berkumpul dipangkin depan rumah menghadap ke parit. Pokok kedabu tak berbuah, kalau tak habis aku sesah dah. Maka pokok nyor la jadi mangsa. Berdebuk debuk buah muda jatuh bergolek. Ngah datang mengendeng,
"ada ke yang muda?" perut dah macam aflin sauki.

Lebih kurang pukul 8.30 mlm selepas makan semua orang berkumpul.Tapi aku tak makan lagi, sebab apa aku tak makan? Ha, yang ini kita tak tahu ni. Semua orang Duduk rapat rapat. Aku rimas betul ada sorang budak pompuan, pangkat dua pupu aku makin rapat ke badan aku. Kalau budak takpela. Ni dah anak dara. Aku bergerak jauh sikit dekat Atuk Anjang, aku suke tengok upacara ni dari kecik lagi, mesti aku tak lepaskan peluang.

Atuk Anjang bersila di tepi tingkap. Kain kuning mula dibuka, ada keris. keris diletak ketepi. Asap kemenyam naik bumbung. Mak Cik Ani(sepupu mak aku) disuruh duduk bersila mengadap ke pintu. Aku segera membuka pintu seluas luasnya, biar senang tetamu nak datang .Udara malam menyerbu masuk.

Jamuan satu demi satu dibawa mengadap. Ada tujuh jenis kuih, pulut kuning, ayam panggang dua ekor, dan beberapa juadah lain. Angin malam makin menderu.

kalau ada sapa nak keluar, keluar dulu. Jangan ada orang keluar masuk lepas ni. Aku di pintu berganjak ke tepi mengadap Mak Cik Ani. Biar ruang pintu menjadi luas.

Atuk Anjang bangun, siap sedia. Kaki Mak Ani diluruskan. Mak Cik Ani yang telah bertukar pakaian masuk kembali ke dalam bilik. Dia perlu mengusapkan asap ke suluruh tubuhnya. Dalam bilik dia dibantu seorang lagi mak cik. Selesai dia duduk berlunjur mengadap pintu. Pandangannya dilepas ke luar.

Atuk Anjang menyusap asap ke kepala dan ubun ubun Mak CIk Ani.
"HHHhaaaaaaaaaaaa'''
sepantas segera Mak Cik Ani meraung. Lagaknya seperti merengek dan merajuk.

"Hahahaha,,,apa ni sudah lama tak makan?
Mana apa pun tak ada, lapar lapar lapar!"

Dia membentak, kakinya ditunjal tunjal kedepan. Aku bersila kaki tegak dan hampir tergelak. Dua pupu aku tadi beralih tempat ke celah celah Pak Cik2 dan Mak Cik2 yang lain.

Kini Atuk Anjang telah duduk kembali dan mengusap keris ke asap.
Limau dipotong dan dicampak kedalam mangkuk air.
"Sabar sabar, ini orang nak kasi makan la ni"

"Ha sudah sekarang boleh makan" Atuk Anjang memberi arahan.

Mak Cik Ani melihat kesemua hidangan. Tiba tiba dia menangis,,,merengek.

"Mana ini mana ini" Katanya sambil menggonjang gonjang pergelangan tangan?

"Apa lagi" Tanya Atuk Anjang.
"Ini la mana? Takda!" bentaknya sambil mengonjang tangan.

"Mana nak cari, sekarang semua orang sudah tak ada. Mana pergi barang apa pun semua orang tak tahu" Balas Atuk Anjang.

Menurut Mak Cik Aku yang lain dia mahukan gelang sebenarnya tu. Tapi sebab dan lama, dan banyak waris dan tiada, gelang gelang itu tak tahu kemana perginya dah.

Mak Cik berkeras tak mahu makan sebab banyak syarat dan keperluan yang tiada.
Dan akhirnya Atuk Anjang kembali bangun menggemgam kain kuning.
Atuk Atuk membebel.

"Kamu jangan banyak hal, ini datuk sudah penat. Dari siang sudah macam macam Datuk buat. Kalau kamu tak mahu makan, ini nanti datuk marah"

Atuk Anjang terus bergurindam, butir gurindamnya mengungut agar makanan itu dimakan segera. Sambil itu tangannya melibas libas kain kuning ke tubuh Mak Cik Ani. Mak Cik menangis kesakitan. Dan dalam tangisan itu, dia mencubit serta menjamah makanan tadi.

Aku ditepi menahan Gelak. Dua dua pupu aku yang lain bengang je nengok aku. Depe takut gile.

"Apa ni ayam tak cantik. tak ada warna warna! Nak ayam merah!" Mak Ani menengking.
Aku ditepi terburai sedikit gelak, tak tahan dah. Kelakar giler, Nak makan ayam yang cantik. Akhirnya sedara yang lain tahan tahan senyum tengok aku. Tapi budak yang lain makin takut.

Atuk Anjang suruh Cik Mat bawak antar seludang kelapa, ada dua seludang kelapa yang dah dibentuk menjadi seperti sampan. Didalam diisi beberapa benda. Satu harus dihanyutkan ditepi pantai, dan satu lagi di muara sungai. Kedua itu adalah pintunya.
akhirnya 4 orang yang lain pergi melakukan tugas tersebut di dua tempat berlainan, yang pergi tu Atuk Chu dengan Warie, Pak Cik aku Mat dengan kawan dia.

Aku? aku tak pergi, sebab tugasan aku lain. Tugasan aku kejap lagi.

Nak tanak walaupun ayam tu tak cantik dia kene makan gak sebelum Atuk Anjang Libas kain kuning kang. Sedikit je makan dia dah kenyang, kata nak balik. Fuh aku lega.

Atuk Anjang teruskan adat nak balik. Macam biasa, habis bersepah rumah dengan mayang kelapa. akhirnya Aku lihat Mak Cik Ani betulkan rambutnya yang kusut masai itu. Itu tandanya dia dah sedar dan tetamu tadi sudah keluar. Tapi aku tak pasti tetamu tu dah keluar rumah atau belum. Bukan ape, aku segan sikit nanti.

Maka lepas sapu mayang kelapa tadi aku terus ke dapur. duduk bersandar tepi dinding.
Atuk Anjang datang ke dapur, ditangannya penuh hidangan tadi. Kuih tujuh jenis, Ayam panggang dua ekor, pulut kuning, apa jenis masak lagi ntah. Kesemua itu dikumpul depan aku.

Aku tanya Atuk Anjang "Dah siap dah?"

Maka dengan bangganya aku mengkokak ayam sekor tadi. Penuh kiri kanan tangan aku.
Melengkung badan aku menjamu diri. Tiba tiba aku rasa leher aku kene Takuk dari belakang!

"Ho! ko tak tunggu aku ye!" Warie kat belakang rupenya baru balik, masuk ikut pintu dapur. Dia pun duduk sebelah aku terus berjamu.

Gilo apo ayam sedap sedap tanak makan, apa la Datuk tadi tu. Nak makan ayam yang cantik je.

Sebab tu aku tak makan malam tadi, pasai aku tau kejap lagi ada lauk lagi best. Ayam tu secubit dua je dia usik. Pulut kuning secubit je, kuih sebiji je dia makan, tu pun separuh. Kan menbazir tu. Maka inilah tugas aku, tolong itu Datuk jangan menbazir. Yang lain sebab dah kenyang, maka tak lalu lagi la. Aku pulak tak kira, ayam tu cantik ke tak cantik, janji sedap.

Bak kata Mak Cik Aku yang lain, jadilah Jamu tu Jamu Nurul, bukan Jamu Saka. Heheheheheheh. Patutla aku pun kekadang perangai macam saka. Tahun ni ada lagi tak?
Sebab turn datuk tadi lagi 8 tahun dari sekarang. Datuk yang lain bile nak makan?

p/s ; jangan persoalkan pada aku khurafat atau apa. Kita sedia maklum akan saka ini.
Aku sekadar berkongsi pengalaman. Wallahualam.

Kepala Siapa di Bumbung?(Klasik)

p/s : ini adalah versi ulangan sempena minggu cerita hantu.

Suasana di ruang padang Sekolah Rendah Kebangsaan Sg Tiang Baroh kecoh,, riuh dengan dengan suara orang bermain bola,,
"sini! sini!" jerit lelaki di tengah padang bermain.

Sememangnya petang petang begini padang sekolah rendah di kampung meriah, bukan sahaja kanak kanak yang bersekolah disitu menggunakan padang tersebut untuk beriadah petang hari. Malah pemuda pemuda kampung dan orang separuh umur turut berkumpul. Selebihnya yang tua tua lebih gemar menghirup kopi di warung Pak Latif sambil menonton video gusti atau di menghirup kopi di warung Janda Esah sambil ekor mata ligat melilau mengekor lenggang lengok punggung Esah menghantar kopi.

Padang bola di hujung pagar lebih didomiasi oleh orang orang dewasa ataupun pelajar sekolah menengah, bersebelahan padang bola ada padang bola tampar, juga diisi oleh orang dewasa, di hadapan sedikit Gelanggang Takraw, juga dipenuhi oleh orang dewasa.

Manakala pelajar sekolah rendah itu sendiri hanya menyepak nyepak bola di sisi padang atau memerhatikan orang dewasa merebut bola. Jika tidak pun mereka boleh menyertai rakan rakan yang lain bermain polis sentri atau menangkap belalang dan main baling selipar.

Inilah senario padang ini setiap petang. Guru besar memang membenarkan padang itu digunakan oleh orang kampung pada petang hari. Asalkan harta benda sekolah tidak terusik.

Jam telah menunjukkan pukul 6.50 petang, semakin menghampiri malam.
Chik segera keluar padang dan ingin pulang, Rumah memang jauh, dan selepas jalan besar, perlu melalui ban sepanjang 1 km. Lagipun kalau balik dah gelap sangat nanti Atuk bising. Atuk kalau dah mula bising habis sebuah rumah mendapat habuan, habis salah orang lain pun dicarinya.

Peluh bermain bola mula kering, penat berjalan tak terasa sangat. Apa la nak dibandingkan dengan berlari mengejar bola tadi. Rumah kami terletak di tepi laut, hanya sebatang Ban(benteng) dan parit memisahkan antara rumah dan pantai.

Ban itu panjang hingga ke pantai, Sebelum sampai di rumah Chik akan melintas Rumah Onyang terlebih dahulu. Depan sikit dari rumah onyang ada pokok Jejawi dan Chik perlu melintasinya. Mengikut cerita orang orang tua Pokok Jejawi adalah merupakan rumah bagi makhluk halus selain Pokok Ketapang.

Senja itu Sebaik melintasi pokok Jejawi yang besar dan tegap, Chik terpikir untuk mengambil sepatah dua ranting pokok itu yang tebal. Duduk ditepi laut angin bertiup kencang, sangat enak, cume kadangkala angin yang kencang itu sering menghempas daun tingkap terbuka dan tertutup, bunyinya agak bising jika berdentum dengan kuat. Ranting kayu itu nanti akan digunakan untuk menyendal tingkap dari tertutup ditiup angin, kayu sendal yang lama entah kemana perginya, barangkali aku yang buat main dan hilang.

Sebatang ranting kecil yang agak tebal mudah saja dipatahkan oleh Chik, dan dibawa pulang. Di rumah senja itu Chik meraut ranting yang diambil tadi dan meletakkannya di alang atas tingkap. Biar senang orang nak amik dan susah hilang.

Malam itu selesai mandi dan makan aku duduk terlentang di ruang tamu dan mama sibuk mengemas dapur, Opah pula telah kembali mengayam tikar mengkuang.
Atuk duduk di beranda luar rumah sambil bersembang dengan kawannya Ah Sun, tetamu yang sering bertandang dan sudah biasa.

Aku leka mengodek kereta kebal plastik, nak tengok tv, tv takde, Orang kampung. Tiba tiba aku rasa seisi rumah bergegar, aku berlari mendapatkan mama yang baru selesai mengemas di dapur. Mama duduk bersila di tengah rumah, dan aku duduk takut di ribanya. Chik juga turut mendatangi kami. Opah kaget. Suasana sangat kecoh dengan suara Ude, Alang, Opah dan Chu yang turut takut. Chik diam.

Rumah semakin kuat bergegar, tetapi lebih dasyat aku rasa ruang tamu ini seperti ligat berpusing. Pening, aku menekapkan muke ke peha mama.

Atuk tiba tiba masuk dan marah marah, aku tak berapa jelas butir bicara atuk. Sementara suasana kecoh atuk turun ke bawah dan mengelilingi rumah. Atuk diam di hadapan tingkap dari bawah dan naik kemabali.

Sewaktu atuk naik kerumah aku dapat melihat dengan jelas bahawa,
Ada kepala yang berlumuran darah terselit di bucu bumbung atas kayu alang rumah.
Aku cakap kat atuk,
"itu die tuk,,ade kepala kat situ" jerit aku sambil jari menuding ke siling zink.
mata aku menatap wajah kepala yang ngeri itu.
Atuk diam dan bertanya"mana? mana?"

"tu ar kat situ,,uluy nampak" tunjuk aku pada mama pula.

atuk pergi ke bucu rumah dan diam seketika di situ, betul betul di bawah kepala tu. Mulutnya terseringai pada aku. Wajahnya ku masih lagi, kemerah merahan dan sedikit lebam. Rambut tidak terlalu panjang tapi kusut masai dan mengurai. Lama ku perhatikan sambil tangan menunjuk nunjuk untuk memberitahu pada mama. Tapi macam tak nampak je. Semua orang aku rasa tak nampak kecuali aku.

Atuk berpaling mengadap Kami, Ekor mata ligat mencari kedudukan Chik.
Lantas atuk bersuara
"ko ade amik ape ape tadi Alim" keras suara atuk
chik diam...
"ko ader amik ape ape tak Alim"
chik seperti kebingungnan...

"die amik kayu pokok jejawi senja tadi" mama pula bersuara. sememangnya mama tahu senja tadi chik membawa pulang kayu itu untuk menyendal tingkap..

Atuk mintak kayu tu. Digemgam erat. Dan malam tu jugak atuk berjalan kaki sepantas segera ke pokok jejawi. Dengan tidak berbaju, didalam kelam tangan mengemgam kayu itu atuk memekik!

"aku pulangkan balik, ko jangan ganggu anak cucu aku"
pekik atuk sambil membaling kayu itu ke pokok jejawi.
Marah benar dalam hatinya apabila kami diganggu.

Nota: Chik atau Halim dalam cerita di atas adalah ayah saudara aku. Uluy adalah aku. Kejadian ini berlaku ketika aku masih kecil dan belum memasuki alam persekolahan lagi. Orang orang tua selalu cakap budak kecik dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang dewasa, kerana waktu itu pancaindera kita lebih sempurna dan suci berbanding sekarang. Malam itu selepas dipulangkan rumah tidak lagi bergegar. Atuk dan Chik telah kembali ke rahmatullah, semasa kejadian umur chik dalam belasan tahun.

07 December 2008

hantu bilik basuh..

Pengalaman tinggal di asrama merupakan kenangan terindah dalam hidup aku. Tak mungkin aku lupakan sampai bila bila. Tanya la budak yang pernah duk asrama, best ke tak?
Mesti dia cakap best la, kalau dia cakap tak best,,hehehe, itu tandanya dia selalu jadi bahan masa duk asrama dulu. Bahan apa? ha yang ini kita tak tahu.

Orang kata duk asrama ni mesti ada cerita antu antu kan. Suatu malam lebih kurang pukul 2 pagi saiful terjaga dari tidur. Berat matanya, namun pundi kencingnya terasa berat juga. Menyesal kerana minum banyak sangat teh o lepas study tadi.

Suasana dalam bilik kelam. Namun dia masih mampu melihat jejaring diatas tingkap. Dan dari jejaring itu menerobos cahaya lampu dari koridor. Sepi, hanya bunyi kipas yang kedengaran. Semua rakan rakan telah tidur. Kebiasaannya warga disini tidur seawal jam 11 malam apabila lampu wajib ditutup.

Hajat dihati hendak segera ke tandas di hujung blok, tapi perasaan gentar membantutkan segalanya. Seram rasanya pergi ketandas seorang diri. Hendak dikejutkan salah seorang rakan tak berapa lojik rasanya. Mampus dimaki ataupun digelakkan besok pagi. Penakut! gile la kalau dituduh macam tu.

Tahan aje la sampai besok pagi. Besok pagi aku nak kencing puas puas!
Tidur je dulu. ZZZZZZZZZZZZZZZ.
Argggggghhh giler ape tahan kencing? Mana boleh.

Nak tanak kaki melangkah turun dari katil, berdebar juga nak melalui blok yang sunyi dan sepi ini. Pintu dorm dibuka. Angin dari kawasan ampaian menyerbu masuk, berdiri bulu tengkuk.

Kaki gentar melangkah keluar, perlahan melalui lorong sepi, baju di ampaian berhayun hayun ditiup angin malam. Memang kebiasaan pelajar lelaki kain dibiar berminggu minggu di ampaian. Dari jauh kelihatan lampu bilik basuh bercahaya terang. Fuh lega, ada orang rupanya. Dari jauh terdengar sret sret bunyi orang membasuh kain. Dan di selang seli tawa gurau.

Perasaan takut sirna diganti cahaya gembira. Sebaik tiba di depan pintu bilik basuh, Saiful menegur " Ai basuh kain Abang Tajul?" Abang Tajul yang disapa memandangnya dan meneruskan kerjanya. Selain Abang Tajul kelihatan lagi dua orang senior bersamanya. Setelah teguran tidak dibalas Saiful terus ke bilik air disebelah meninggalakan gelak tawa gurau kawan kawan Abang Tajul tadi. Gelap dan Saiful mencapai suis lampu bilik air.

Jika pelajar Junior yang membasuh kain tadi itu adalah pelik. Kerana hanya senior yang berkuasa Veto saja boleh berbuat demikian. Kira hebat la jadi senior ni.

Saiful terus menunaikan hajat, selesai sahaja dia tidak lupa untuk membasuh kepala kura kura itu agar bersih. kepala kura kura disimpan kembali dan keluar. lampu ditutup kembali dan keluar.

Aik! terpempan seketika. Tiada cahaya yang keluar dari bilik basuh tadi. Gelap, Mana pergi Abang Tajul tadi? Takkan dah abis basuh kot. Cepatnya, di ampaian tak ada pulak orang sidai baju. Kalau dah basuh mesti sidai. Tapi tak ada pun.

Erm, maybe diaorang nak takutkan aku kot, saja padam lampu, fikir Saiful dalam hati.
Saiful melangkah ke bilik basuh, kalau tak kene lalu gak sebab nak balik ke bilik.
Sampai depan bilik basuh, Saiful melangkah masuk dan tangan pantas mencapai suis di dinding.

Tap..........
Lampu terpasang, terang disetiap sudut. Fuh,,,,,, tu dia....
Bilik basuh sekering keringnya.
Tak ada langsung air mencurah dari sinki macam yang dilihat sebentar tadi masa nak pegi toilet.
Tak ada air bertakung disana sini. Tak ada buih berbusa busa. Memang kering sungguh.
Tak ada tanda baru digunakan.

Tangan yang menggigil terus menutup suis kembali dan berlari sepantas kilat ke bilik. Dirinya tak rasa seperti berlari, tapi terbang kerana terlalu laju.
Sampai dibilik pintu segera dikunci dan memanjat katil terus berkelubung dalam kelambu. Gigil.....

Ternyata yang ditegur tadi bukan Abang Tajul, tapi Abang Antu.

P/s; selepas ini beberapa siri pengalaman aku sendiri di asrama.
(kisah diatas diceritakan oleh Epul kepada aku)

06 December 2008

What The Hell 3

Doktor : Sah Amran, awak memang mandul. Dua kali kita lakukan ujian, ujian ini benar.
Amran : Shitt! Anak siapa di rumah.

Amran segera pulang ke rumah dalam api kemarahan yang membara. Dia terasa terhina dan tertipu. Anak disayangi selama ini ternyata bukan anak kandungnya. Nyata kini isterinya Sheila telah curang dibelakangnya. Balik nanti akan diceraikan sheila.

Amran : Aku ceraikan kau dengan talak satu.
Sheila : atas alasan apa? (sambil mengesat air mata)
Amran : Kau curang dibelakang aku.
Sheila : Apa buktinya awak menuduh saya begitu?
Amran : tu anak tu, anak siapa?
Sheila : Anak saya la..
Amran : Betul anak kau! tapi bukan anak aku!
sheila : ye bukan anak kau!
Amran : kan betul, doktor sahkan aku mandul. kau curang dibelakang aku hingga melahirkan anak. Aku kesal Sheila,,, aku kesal... Oh Tuhan, apa salah dan dosa aku.
Sheila : Woi bodoh! Ko kan kawin dengan aku ni Janda anak satu. Biol betul!

05 December 2008

What The Hell 2

Doktor : Sah Amran, ujian menunjukkan bahawa kamu mandul.
Amran : Bangsat! anak siapa sebenarnya dirumah itu.

Dengan kecewa dan marah Amran pulang ke rumah. Tak disangka anak yang disayangi selama ini. Adalah hasil kecurangan Sheila. Shitt betul Sheila.

Amran : Kini saya tahu bahawa selama ini awak curang dibelakang saya.
Sheila : Kenapa awak berkata begitu?
Amran : Kerana awak telah tergamak melakukan seks dengan lelaki lain.
sheila : Apa buktinya ?
Amran : Anak itu! anak siapa?
Sheila : ????????????
Amran : Doktor baru sahkan saya mandul, bagaimana kamu boleh hamil jika saya mandul!
Sheila : Woi bodoh ! kan aku amik upah jaga anak orang ni!

03 December 2008

What The Hell 1

Amran bangun..leceh betul rasanya bila terbangun tengah malam macam ni. Shit!
Tapi apa nak buat, pundi pundi sudah penuh dan harus dibuang.
Kaki melangkah lemah keluar dari bilik.

Pintu bilik air dibuka, automatik terus lampu bernyala.Heran, pelik, kencing aje la. lepaskan hajat. sruuuuuurrrrrrr, air terjun memancut. Geli hingga ke tengkuk..

Fuh lega, tarik seluar ke atas.
Tutup pintu bilik air, lampu automatik padam. Senang la kalau macam ni.
arhhhh..masuk bilik nak sambung tidur...

Amran :yang yang,,pelik la tadi, lampu bilik air nyala automatik bila abang bukak pintu, tutup pintu pun dia padam automatik

Sheila : or SHIT ! what the hell? You buat perangai lama?
you kencing dalam peti ais lagi!!

02 December 2008

Young and Dangerous

1. Young and Dangerous: I
2. Young and Dangerous: II
3. Young and Dangerous: III
4. Young and Dangerous: IV
5. Young and Dangerous: V
6. Young and Dangerous: VI: Born to Be King
7. Young and Dangerous: The Prequel
8. Young and Dangerous: The Legendary "Tai Fei"
9. Young and Dangerous: Goodbye Mr. Cool
10. Young and Dangerous: Portland Street Blues
11. Young and Dangerous: War of the Underworld
12. Young and Dangerous: Those were the Day

Tetibe aku rindu dengan citer "Young and Dangerous"
Dan untuk pengetahuan semua aku masih belum menonton
siri no 1,8,10,11 dan 12.

Box set DVD ni mahal giler. Sape ade full set citer ni atau ada yang aku tak tengok lagi sila pinjamkan pada aku. Aku dah lama tak kacip ni.

Pada yang tak pernah tengok, jangan ngengada nak kutuk citer ni. Aku lempang mak bapak ko karang! Aku tak kutuk pun korang tengok citer Full House kan? or Winter Sonata ke? Whatever....

Ini citer Jantan, lelaki tulen. Lelaki cantik boleh blah!!
Aku kalau salah pilih jalan hidup pun jadi macam dalam citer ni.

p/s; no 5 berlakon dekat Malaysia.(apa latok latok ar,, sohai lu latok)

01 December 2008

CERITA APA NI?

Bang Selamat: Itulah, kusuruh kau tinggal disini kau menolak. Nah sekarang benar tak kata²ku?

Si Bongkok: Benar bang Selamat, orang kampung jijik memandang sifatku. Pondok burukku dibakar hangus. Pabila besok fajar menyinsing, aku pergi jauh. Jauh dari masyarakat cantik

Bang Selamat: Mengapa gila sebelum ditakdirkan? Walau kelangit hijau sekalipun kau pergi, namun sipenghina tetap menghina.