02 February 2012

Hampir Mati...

Aku pernah dua kali hampir mati. Hampir mati. Bukan mati. Kali pertama, sekitar tahun 1992 lama dulu. Depan rumah aku ada lombong. Airnya sejuk dan sangat dalam. Aku selalu borak dekat kawan-kawan dalam tu ada naga. Aku selalu nampak malam-malam bila bukak tingkap. Tapi naga tu naik ke darat tak lama. Sekejap je. Sebab tu tak ramai orang tahu. Budak-budak tu semua percaya. Kalau aku cakap aku nabi pun dia orang percaya jugak agaknya.

Satu petang tu macam biasa, aku lepak dekat pondok tepi lombong depan rumah. Pondok tu Atuk aku yang buat, bumbungnya cuma atap nipah dan tanpa dinding. Jadi feelnya sangat best dengan ruang lepak yang luas berlantaikan papan. Tapi punca kejadian aku hampir mati ni tak ada kena mengena dengan pondok tersebut. Sekadar nak establishkan tempat je.

Hari tu tak ada budak-budak yang datang lepak dengan aku main Jutaria macam biasa. Jadi aku akan buat aktiviti biasa yang berpekdah. Bukak baju, pakai seluar pendek. Tarik batang pisang yang dah dicucuk dengan kayu kiri kanan. Kayu tu jadi tempat pemegang ataupun handle.

Tolak batang pisang dalam air. Kaki mula kayuh perlahan-lahan untuk ketengah. Kiranya benda ni aku buat lebih kurang macam Jet Ski la. Makin lama makin laju. Makin lama makin ke tengah. Bila dah sampai tengah aku nak pusing pulak ke arah lain. Kaki terus pukul-pukul air sambil menukar arah.

Tapi entah macam mana, benda yang tak pernah terjadi, jadi hari ni. Batang pisang tak bergolek macam biasa. Tapi berpusing sampai aku dari atas bertukar arah ke bawah. Tangan terlepas kayu pemegang. Aku terlepas ke bawah tasik.

Cuba nak berenang. Tapi celake aku mana tau berenang. Berkali-kali aku tenggelam timbul dekat permukaan. Menjerit tapi tak keluar suara. Tiap kali aku bukak mulut tiap kali tu jugak air lombong menyerbu masuk. Lama-lama aku makin lemah.

Tenggelam ke dalam. Nafas aku mula berhenti. Fikiran aku pun mula terhenti aku rasa. Aku dah tak fikir takut, tak fikir mati dan sakit. Makin jauh aku ke dasar, aku jadi makin tenang. Kemudian dalam keadaan tenang aku dah betul-betul mencapai dasar.

Kemudian perlahan-lahan badan aku mencecah lantai pasir. Baring dan terlentang. Tak ada apa yang perlu dirisaukan sekarang. Tapi kemudian, dalam keadaan yang tenang tu tiba-tiba aku rasa tangan dipegang oleh seseorang.

***

Satu hari tu aku bangun dari tidur. Atas katil. Ada seorang lelaki dengan seorang perempuan duduk sebelah aku. Lelaki tu tanya. Siapa dia. Dia tanya dekat aku, dia tu siapa?

Aku renung atap rumah. Tak ada apa dalam fikiran. Tak lama kemudian lelaki tadi tanya balik kalau aku kenal dia. Aku pandang mukanya. Aku tunjukkan tangan padanya. Aku macam kenal tapi aku tak ada fikir apa pun.

Lepas tu dia tanya lagi. Perempuan dekat sebelah dia tu siapa pulak? Aku tengok perempuan tu. Lepas berkali-kali dia tanya soalan yang sama. Baru perlahan-lahan aku bukak mulut. Aku tunjuk lelaki tadi tu. Aku cakap... ini Uda.

Dia diam. Dia tunjuk perempuan tu. Ini siapa? Aku pun tunjuk perempuan tu jugak. Aku cakap... ni Mak Uda.

Kemudian lelaki tu senyum. Cakap dekat perempuan tadi tu... ha dah sedar la tu.

Ini sebenarnya dah masuk dua minggu lepas kejadian di lombong tempoh hari. Dan baru hari ini aku betul-betul sedar. Selama dua minggu sudah kalau aku tersedar, aku akan panjat tingkap dan cuba untuk terjun ke tanah sebab nampak air yang sangat besar.

01 February 2012

10 Tahun Dari Sekarang.

10 Tahun dari sekarang. Aku mahu ada toko buku sendiri. Dan jika lebih lagi, turut sama ada panggung teater sendiri (blackbox).

31 January 2012

Lets start a Revolution



Dan minggu depannya kami akan ada di sini.

30 January 2012

Kedai Runcit Ah Low

Masa kecik-kecik dulu. Masa belum masuk sekolah. Lepas Abah tutup kedai runcit sebab bankrap. Aku hari-hari jugak pergi kedai. Tapi pergi kedai orang lain. Kedai cina pulak. Nama tokei kedai cina tu Ah Low. Dan tua, jadi panggil Atuk Ah Low. Satu hari tak terkira berapa kali pergi kedai. Banyak kali jugak la.

Bila dapat duit mesti main tikam-tikam. Bila main tikam-tikam. Mesti kena punya.Tak pernah lagi kalau balik tu tak bawak hadiah tikam. Macam-macam hadiah. Lepas tu Mama marah. Mama tak bagi lagi main tikam. Sebab mama kata berdosa.

Tapi esok-esoknya aku main tikam lagi. Bawak balik hadiah lagi. Mama marah lagi, main tikam lagi. Last-last Mama bagi warning, kalau main tikam lagi. Lepas ni tak nak bagi duit. Alamak! Macam mana ni?

Lepas tu, Pak Cik aku pun masuk campur. Dia pulak pergi kedai Atuk Ah Low tu. Pesan dekat Ah Low jangan bagi aku main tikam lagi. Beli jajan je boleh.

Satu hari tu aku pergi kedai lagi. Macam biasa, aku main tikam. Dan dan tu jugak kena hadiah lagi. Kali ni dapat hadiah patung kepala manusia. Patung tu besar.

Tapi alamak! Aku lupa Mama tak bagi main tikam. Macam mana ni? Kalau Mama tahu habislah. Tak dapat duit lagi dah.

Aku bawak balik patung tu. Dia besar dan dalam kotak. Lepas tu sampai rumah Mama tanya. Mana dapat? Atuk dengan opah pun tanya. Tak cukup dengan tu Pak Cik aku pun tanya. Habis satu rumah tanya.

Kena pulak time tu petang-petang, jiran-jiran semua lepak rumah aku makan keropok ikan. Jadi dengan jiran-jiran sekali tanya. Sebab aku dah janji tadi masa nak keluar tak nak main tikam lagi dah.

Kalau aku cakap, lepas ni tak dapat duit... jadi aku cakap je..

"Atuk Ah Low kasi. Dia kata nak bayar zakat."

29 January 2012

Kedai Runcit Abah.

Dulu masa keci-kecik, masa belum masuk sekolah lagi, abah aku ada bukak kedai runcit. Hari-hari aku pergi kedai runcit tu. Kadang-kadang sampai tak balik rumah.

Dekat kedai runcit tu ada kicap, ada sos, beras dan semua barang-barang untuk membuncitkanlah. Tapi aku tak pedulik tu semua. Aku hanya pedulik dengan main tikam-tikam. Masa tu jugak budak-budak kampung ramai datang main tikam-tikam.

Tikam 10 sen kalau kena boleh dapat pistol. Tikam lagi kalau kena lagi dapat kereta kontrol yang ada wayar tu. Aku pun main tikam-tikam jugak. Sama macam budak-budak kampung tu.

Tapi aku main tikam tak payah guna duit. Bila Abah tak ada, aku tikam je apa yang aku nak. Lepas tu aku akan menang mana-mana hadiah yang aku nak. Kalau aku nak hadiah pistol, aku tikam pistol. Kalau nak kereta kontrol, tikam kereta kontrol. Best kan? Selalunya kalau tikam memang kena punya la. Tuah aku agak baik di situ.

Satu hari tu, ada budak main tikam. Macam biasa la tu. Tapi kali ni dia dapat hadiah power giler. Patung Incredible Hulk. Semua budak dalam kampung nak hadiah tu. Tapi dia yang menang hari ni.

Jadi lepas bangga-bangga dengan semua budak kampung, dia mintak hadiah orang ijau tu dekat Abah. Abah pun nak bagi hadiah tu. Cari dekat tempat tikam. Tak jumpa. Cari-cari lagi pun tak jumpa jugak.

Sama la macam gerai mee rebus Atuk. Lepas tu kedai runcit Abah pun bankrap.

27 January 2012

Gerai Atuk Aku.

Dulu masa kecik-kecik. Masa belum masuk sekolah lagi. Atuk aku ada bukak gerai jual mee rebus. Nak jual mee rebus kena letak telur rebus sekali. Dekat tempat celur mee dan siapkan mee, Atuk aku rentangkan sehelai benang. Tegang. Tujuannya nak belah telur rebus senang. Lalukan je dekat benang, terbelah dua lah jawabnya.

Hari-hari aku datang gerai Atuk, aku kupas telur. Sebijik demi sebijik. Lepas tu, sebijik demi sebijik jugak aku lalukan kasi belah dua dekat benang tu.

Yeay! Putus.

Lepas tu aku makan. Sebijik demi sebijik jugak. Sehingga habis berbiji-biji.
Tak lama kemudian, atuk aku tutup gerai. Bankrap.

26 January 2012

Indiepreneurs

Ni esok aku pergi sini. Tak tau lagi nak borak mende ni...



update ; Ok silap. Hari ni datang meeting je dulu. Bincang apa nak borak 9 Feb nanti. Berdebar dada tadi.

24 January 2012

Cukup makan di tahun 2012.

Mula tahun 2009, dah masuk tahun ke-3 Paradoks ditubuhkan. Apa akan jadi pada 2012 ini nanti. Mungkin akan terus kekal atau mungkin berpecah? 2011 yang lepas sebenarnya Paradoks agak slow sikit berbanding tahun-tahun sebelum.

Seingat aku, sepanjang 2011 antara projek yang dijalankan ialah PLORE Skala 3 di Teluk Cempedak. Pada awal febuari. Ini antara PLORE yang paling berjaya dengan penyertaan terbanyak. Seminggu selepas PLORE, terus masuk teater Merocok-Rocok pada bulan yang sama.

Kemudian pengambaran filem Kontradiksi pada bulan April. Filem ni kalau ikut plan dah tayang hujung tahun 2011. Tapi apa aku boleh kata sekarang. Tunggu dah lihat saja perkembangannya di tahun 2012 pulak. Selepas Kontradiksi, sepi dari sebarang aktiviti sehinggalah pengajuran event MIMPILem pada Julai.

Terakhir sekali teater pendek BERSIH yang menyertai Festival Teater Pendek DBP 2011 November lepas. Mana-mana filem pendek yang Paradoks buat pulak pada tahun ni, aku malas nak cerita dan nak ingat dah kalau boleh. Baik aku cerita apa nak plan tahun 2012. Itu lagi bagus.

1 . Sekarang Januari. Tahun ni mula lambat sikit. Sibuk dengan beberapa buah novel yang nak disiapkan untuk Sang Freud Press dan SeLUT Press. Jadi Pada Mac nanti baru teater terbaru Paradoks akan keluar. Tajuknya setakat ini ialah "ROMPAKAN BERSEPADU". Pelakon dah dikenal pasti. Cuma nak siapkan skrip dan beri surat tawaran je.

2 . Selepas "ROMPAKAN BERSEPADU". Hujung April akan muncul pula dengan sebuah lagi teater bertajuk "BENDA CELAKA YANG KITA PANGGIL KOMITMEN". Ini hasil tulisan, arahan dan juga lakonan bersama antara aku dan Fazleena Hishamuddin.

3 . Hal ketiga pulak ialah teater "KOMPILASI BERSIH". Ini pada hujung Mei atau pertengahan Jun nanti. "KOMPILASI BERSIH" adalah sambungan dan olahan dari teater "BERSIH" yang dipersembahkan untuk Festival Teater Pendek DBP yang lepas.

4 . Selepas itu pada Julai nanti. PLORE Skala 4 insyaallah akan menyusul jika tiada aral melintang pukang.

Di luar dari PARADOKS. Sebuah lagi buku aku bertajuk NAKAL akan dilancarkan pada MAC nanti di Central Market. Dan kemudian pada Julai sebuah lagi novel juga bertajuk "ROMPAKAN BERSEPADU" menyusul sempena Kuala Lumpur Alternatif Book Fest.

Jadi aku ucapkan selamat berjaya pada diri sendiri untuk 2012. Sebab aku sendiri tak pasti sumber income tahun ni datang dari mana. Asalkan cukup makan tahun ini aku dah lega, sampai menunggu royalti buku masuk tahun 2013.

PLORE Skala 3 - Teluk Cempedak, Kuantan.

Teater MEROCOK-ROCOK - Stor Teater DBP, KL.

KONTRADIKSI - Rumah Anai-Anai, Shah Alam

MIMPILem Fasa 3 - MAP KL

22 January 2012

Perjalanan Untuk Pembunuhan ep 13

Hampir separuh dari penumpang bas rapid itu adalah orang Inggeris. Dan kesemua orang Inggeris itu adalah pasangan yang mana mereka kalau bercakap satu sama lain akan berbisik dan kadang-kadang sering berlaga hidung juga menatap mata satu sama lain yang bagaikan tak pernah tumpah. Jadi kesimpulan mudah aku nak cakap kalau kau masih tak faham sebab bengap ayat di atas menerangkan romantis.

Aku pandang muka Bart. Bart pandang muka aku. Celake!
Aku lepaskan pandangan keluar, melihat suasana pantai Feringhi di waktu malam.

Haan Yusof dah kami tinggalkan di bilik hotel. Dia perlukan rehat yang cukup untuk meneruskan perjalanan esok. Tambahan aku rasa dia tengah down sekarang. Itu permasalahan yang harus dia lakukan sebagai seorang gadis yang telah bergelar kekasih dan pergi travel bersama dua lelaki single yang mana salah seorangnya adalah sangat awesome. Siapa yang tak cemburu kan?

Destinasi terakhir kami pada malam itu ialah Gurney Drive Penang. Kalau tuan ke situ jangan lupa makan Passembor Meri Mangki Gangga. Sebenarnya dia tak tulis pun macam tu, itu aku yang sukahati yang letak nama. Sebab Mamak Maiden ni akan potong rojak dan passembor sambil menari dan mengetuk parang mengikut bit lagu Meri Mangki Gangga O Teri Mangki Gangga Bo Tera Ta Bo De Sangam Bo Nate Nehi. Nehi Kabhi Nehi.

Bila ramai customer duk keliling, beratur amik rojak makin naik seh mamak ni berjoget, berjoget-joget parang dia dekat udara. Jenis nak tabur kuah berpusing-pusing pingan. Aku sempat berjoget lambak seround dua sementara menunggu rojak aku siap dia gelek.

Habis rojak, aku duduk bersandar. Ini dah pingan kedua sebenarnya. Mamak tadi dah takde customers lagi berebut. Dia relax susun tauhu, susun cekodok. Tapi dia pun jenis nak attention lebih gak rupanya. Bila customers ada sorang je. Haram dia tak nak berjoget. Potong rojak pun tak ikut bit lagu dah. Aji putus je. Tuang kuah dah tak berjoget-joget. Radio biar main sendir je, takdenya nak sing along. Tak lama lepas tu, dia kasi anak dia pulak potong rojak. Anak dia lagi la keras macam kayu.

Dekat Drive Gurney Penang ni Amri kata ada Laksa dan Sate best. Tapi arapaima harai jadai hari ni dua-dua kedai tu tutup pulak. Terpaksa makan sate yang keras tak sedap dari brader badan tegap pulak. Keseluruhan, dekat situ yang sedap rojak tu je. Sedap sambil bergelek-gelek dengan mamak. ~Mama... Bolo Bolo... Papa... Bolo Bolo...~



"Aku tak percaya dekat orang yang prepare makanan aku, sambil menyanyi. More so menari" - Bart Ahmad

21 January 2012

Kami Pedulik Hapa !!!

"Benda celaka yang kita panggil komitmen!" Kata Fazleena pada aku.

Aku diam sekejap. Apa ni?

Terkesima.

Itu tajuk entry yang aku tulis malam semalamnya. Ye betul! Tak syak lagi.

Satu idea yang keluar darinya. Selepas ini kami akan bergabung menulis sebuah naskah, kisah tentang komitmen dan segala benda celaka yang ada didalamnya. Kemudian kami akan mengolah dan mengarah naskah ini bersama-sama. Ia akan dilakonkan oleh dua orang, dan kami lakonkan sendiri jugak bersama-sama menjadi dua orang itu.

Kami pedulik hapa!!!
Sukati kami la!!!

Terlalu awal sebenarnya untuk aku hebahkan di sini. Tapi aku tulis sebab aku dah teruja dan suka idea tu. Bila aku dah teruja, dan bila aku dah hebahkan, bermakna aku perlu berusaha untuk merealisasikannya. Itulah motivasi aku selama ni.

Sebab kalau aku nak kata motivasi aku selama ni dari keluarga, dari teman-teman dan kekasih. What The Fuck??? Motivasi aku selama ni ialah bila aku dah kecohkan dekat orang. Kalau tak jadi, aku malu!

Jadi selepas melancarkan buku terbaru bertajuk NAKAL nanti. Paradoks akan fokus untuk mementaskan teater ROMPAKAN BERSEPADU, kemudian idea baru ini iaitu teater BENDA CELAKE YANG KITA PANGGIL KOMITMEN, dan selepas itu teater kompilasi BERSIH!